Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Wednesday, June 30, 2010

segan la nak buat entry geli-geli lagi.

heh heh heh. Gelak baru, ok tak macam ni? :P


As usual lah tiap-tiap hari I online mesti I bukak my facebook. Check notifications, friend request semua. Oh yah, cakap pasal friend request, ni nak bagitaw lagi sekali, I don't accept random request ok. Kalau u kenal I melalui blog so sila bagitaw I yang u dari blog. Kalau tak memang I tak accept. Huhu


Ok, dah menyimpang. Sambung balik.


You guys perasan tak, kalau kat Facebook, mesti ada ruangan requests, sebelah kanan. Di situ la letak nya segala macam request. Agak dah berjam-jam I on Facebook tu, baru I perasan I ada satu relationship request. Macam cuak jugak la. Status I before ni, in relationship with Shakur Rivera. Tak kan la Encik Boyfriend nak tukar kepada 'it's complicated' kot? Sobbb. Then bila I buka, suprisingly ! Wahhh tak ku sangka. Dulu I nak buat status 'engaged' dia cakap tak yah nak ngade. Tapi sekarang dia request somthing yang bigger than engage. Nak tahu apa? Jeng jeng jeng. . .



click gambar untuk kepuasan maksimum

MARRIED ! Hoyeah hoyeah. *suka sangat apehal ntah*

Ish ish, sweet la pulak. Nak jiwang-jiwang tak reti pulak I. Haha. Biar je la kan. Sekarang bukan la usia sesuai untuk kahwin walaupun I tak sabar nak ada baby. Haha. Baby comel la, siapa tak suka? Even baby gajah pun nampak comel apa tah lagi baby monyet. Hahahaha.

Ok, itu je. Kang geli lebih-lebih ada orang muntah. Heh heh heh :P


P/S : Siapa kahwin muda? Nak tanya pendapat ni. Hehe

About new template. Sila baca dan lepas ni tak perlu tanya lagi ok? Hehe

Fuhh, siapa akhirnya template baru ni. Ok la tu I puas hati. Just ada beberapa je yang I nak buat tapi tak dapat lagi. Dah puas godek code sampai berpinar mata. Haha. Maybe ada yang I terlepas pandang kot
1. Header transparent. Tak reti pulak I nak buat. Dah try dah ubah code sana sini. Tapi tak jadi-jadi jugak.


2. Nak kecik kan sikit size canvas dia. Rasa macam besar sangat la pulak. I tak biasa dengan size besar-besar ni hehe.
But overall, memang I puas hati. Tapi ada beberapa benda yang dah memang sedia ada kat blog ni, and you guys jangan la tanya I macam mana nak buat sebab memang I tak tahu. Hahaha. I mean, dia dah sedia ada masa I install blog ni.


1. Emotican kat comment. I tak tahu nak buat macam mana. Dia dah memang sedia ada. Hari tu I ada terjumpa blog yang buat tutorial emotican kat comment. Kalau I jumpa balik, I share dengan you guys :)


2. Tanda bloclquote
Jangan tanya I kenapa dia lawa macam ni. Install je dah memang ada :D
3. All features yang ada dalam blog ni
- Don't ask me how I did the calendar, jam, tempat comment begitu dan juga border. Tu semua dah siap sedia time I install. Hehe betapa bodoh nya I dalam coding hahaha.


Yang I buat hanyalah menu tab, facebook like and share button, auto hide shoutbox, and reply to comments. Btw, if ada apa-apa yang tak tahu boleh je tanya I. Kalau I tak tahu nanti I tanya la orang lain. Sharing is caring kan. ♥


So, do u love the new template? Hehe


HAPPY !  :)

new template !

Ok ok, relax jangan kecoh, tak tukar pun lagi. Hehe. Nak tanya pendapat je ni. Mana satu lagi ok?


The current one,


ni my current blog

Or the new one, 


Obviously, background sama. Tapi ada lain nya ! You guys kena tengok full template dia kat sini ;


So tell me, which one better? I nak tukar template ni. I bosan pulak dengan template I yang ni, haha. Template baru yang I nak buat ni feature dia cantik, tu yang I suka. You guys boleh tengok dekat blog lama I tu. Bagi pendapat ok? Thanksss

Sebab kenapa orang pergi blog korang lepas tu diorang tak sabar-sabar nak tekan button close

Selain daripada diorang nak terberak, most probably diorang . . . 


1. Tak tahan dengan lagu korang yang tak best tu. Dah la tak boleh nak tekan pause ke stop ke apa. Lagu pulak dari band yang diorang benci. Haha. Tapi bila-bila je boleh mute. Ngee


2. Page korang load lembab sangat, oh bukan sangat, lembab GILA ! Widget tak nak kalah banyak nye. Pergi blog orang ni jumpa widget best, korang ambik. Pegi page sorang lagi, jumpa widget best lagi, korang ambik lagi. Lama-lama dah jadi blog widget.


3. Ni kalau orang yang penting kan duit. Dia tengok nuff tak ada kat blog korang, dia terus blah. Tujuan dia mungkin nak click nuff korang dengan harapan yang korang click nuff dia balik T_____T


4. Page yang 10 entries per page. Lepas tu, sepuluh-sepuluh entry tu penuh dengan high quality pictures. Loading nya Ya Allah, punya la berjanggut nak tunggu ! Apa lagi, close terusssss !


5. Page yang background dia merelip-relip. Apa tu? Haha. Page yang background dia macam lampu kat club tu taw tak? Pening wehh. Kejap cerah kejap malap. Clubbers boleh la tahan kot background dia.




Ok itu sahaja. Kalau ada siapa-siapa yang terbaca then kebetulan blog dia macam ni, jangan la terasa hati. Pi ubah balik benda-benda dalam blog korang. Yang tak perlu buangkan je. Jam ke, patung menari-nari ke. Takde sape nak tengok, kalau tengok pun sebab tertengok. Hahaha


P/S : Nuff I asyik tidur je. Kenapa eh? Tengah malam baru nak bangun. Tekanan la. Dah la orang selalu visit blog I siang-siang. Hmm.


PESANAN PENAJA.
I tak suka kalau buat entry yang membebel pasal nuff, then suddenly orang nak cakap jangan la nak kejar duit sangat or etc. Hello, I tak kejar duit. Tapi kalau dah chances nak dapat duit tu ada depan mata. Tak nak rebut ke? Woot woot jangan marah :P



Baju dota.

Siapa tak tahu main dota? Lelaki kalau tak tahu main dota tu mesti lelaki yang dah tua sikit. Ekekekeke. Encik Boyfriend I menghabiskan masa 10 jam main dota. Tu pun tengah main dota lagi tu. Sekarang kat rumah dia dah ada streamyx, memang menjanda la I. Eh apa janda-janda ni, kahwin pun belum. Hehe. So sekarang I nak cerita pasal baju dota. Kenapa tiba-tiba bukak cerita dota ni? Sebab ni ;


kesian kau. mesti hampa kan tak dapat jumpa baju dota dalam blog ni? 

Macam mana la rupa baju dota tu ye. Nak jugak belikan untuk Chako hahaha. I google baju dota, and result nya ini je yang memuaskan ;

berapa ringgit ni? kat mana ada jual? Tolong la budak yang search keyword baju dota tu. Haha

P/S : walau pun i minat dota, tapi tak boleh over over. Kang tak study pulak. Haha

Huda ke blogger paling friendly tu?

Masa I online and bukak blog petang tadi, I terbaca satu message kat shout box I, from a friend.


Then I pun pelik la. Siapa blogger paling friendly? I pergi la blog dia, kot-kot tu nama new entry dia ke kan. Tapi tak ada pun. I dah makin pelik. So i reply la kat shoutbox dia pulak. Siapa yang friendly? Hehe. Then I teringat pasal Geng Blogger ada buat slot Blogger Paling Friendly kan?

So, I pun check la kat GB. And I found this.

click untuk paparan lebih jelas.

Hehe terkejut jugak la. Sebab tak sangka boleh dapat blogger paling friendly. Lepas tu, tak sangka entry geli-geli I tu tersenarai jugak dalam entri popular hari ini. Haha. Sebelum ni, kalau I buat entry geli-geli tak ada orang pun nak comment. Tapi I rasa I tahu apa rahsia nya, kurangkan geli ye adik-adik. Kalau jiwang sangat nanti orang muntah baca entry anda itu. Haha.

Apa-apa pun, thanks to Geng Bloggey sebab senaraikan I sebagai blogger paling friendly. Lepas ni I buat kenduri pulak untuk bloggers ! Cewahhh tak ada la. Datang open house time raya boleh la haha.

And btw, thanks guys for reading this. ♥


P/S : Jangan la rasa annying bila I banyak gila update. Haha. It will be over soon kot sebab I dah nak start belajar. Soon they will be one entry per day. Ok puas hati? Haha :P

Tuesday, June 29, 2010

Kenapa bontot dia lagi besar dari I nok? I perempuan taw

Yes, I have a flat ass. I mengaku. damn it. Nak cari seluar sikit punya susah la. Peha besar, flat ass. Mesti londeh grr grrr. Last-last I comfortable pergi sana sini pakai legging je tak pun jegging. Tapi dia? Dia ni, ass mengalahkan perempuan !
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


HAHAHAHAHA

Geram mak nokkk ! HAHAHA. I wonder how he can get that kind of ass. Sedangkan I yang perempuan ni, flat ass ! What do you think? :P

P/S : i'm not a big fan of CR, thank you :)

Gaduh dengan bf sampai jadi macam ni. Apa cer?

Cehh apa cer, macam rempit sungguh ayat itu. Haha.


Yes, tadi I bergaduh sikit dengan Encik Boyfriend. Ala, benda kecik je tapi entah la kenapa I tiba-tiba nak dalam hati ada taman pulak kan, touching-touching pulak. Hehe. Tapi Chako ni satu je, kalau dia tahu I tengah marah, mula-mula dia marah jugak la. Lepas tu bila I call ke atau macam dah lama sikit tu, dia buat suara lunak manja dia tu, ecehh tak ada la manja sangat tapi sedap la di pendengaran I. Haha. Terus tak jadi marah. Lagipun memang I bukan perempuan yang kuat marah. Eh, nak marah pun tak tahu camne kot. Hahaha


Ok, back to the topic. Masa I tengah gaduh tadi, time-time tu la pun I bukak account Bloglist I tu. Entah apa yang dalam otak I ni, I ter 'remove' kan blog list tu, now I kena letak balik semua url tu ! Adoiii malas nyaaaa, kena check email pulak tu. Ish, mengelamun lebih macam ni la jadinya. GRRRRR.


But now I dengan Chako dah ok, tapi penyakit M dah sampai la pulak ! Nak kena buat balik blog list itu. Adoiyaiii.


P/S : Jangan mengelamun sambil edit blog. Sumpah tunggang langgang. Haha


PESANAN PENAJA.
Memang I perasan penulisan I dalam blog ni kurang bagus. Ayat tak sedap mana pun. Lepas tu entry pun banyak merepek-merepek. At least I learnt from experience. And sorry, I jenis yang keras kepala. Lagi u guys cakap blog I teruk and I should stop blogging, lagi tu la I akan memperbaiki blog I. Thanks for all the critics :)



sebab kenapa semua orang tak sabar nak start new sem

Topic paling best untuk di bincang. Siapa-siapa nak share lagi sila lah tambah haha. So here we go ;


1. Semua orang tak sabar nak dapat duit
- Siapa tahan weh cuti lama-lama tanpa duit? Haha. Kalau ada yang cuti sambil buat part time tu ok la. Yang menanam anggur macam I ni? Hahaha tak sanggup weh. Lepas tu dan dan la time sem break baru nak ada sale. Time sem break la baru Topshop nak jual baju lawa-lawa. Tekanan wehh. So, excited nak naik sem sebab nak duit la !


2. Tak sabar nak usha balik girl/boy yang korang suka
- Case ni tak ramai la kot sebab I percaya selalu yang dah masuk uni ni ramai yang dah berpunya. Tapi yang single-single tu, mesti ni sebab kenapa diorang tak sabar nak start new sem. Ye la, masa semester break, SA (secret admire) korang ni duduk jauh kan. Dah start sem ni la masa nak bertemu balik. Mana taw ada jodoh ke. Hikhik


3. Azam yang kuat
- Azam ni mostly dia kuat time baru-baru nak start je. Dah sebulan lebih tu dia macam slow down sikit. Sebab? Entah la sebab apa eh? Agak nya sebab duit scholar tak pun PTPTN dah masuk, dia melencong ke tempat lain pulak. Haha


4. Tak sabar nak serang shopping mall @ bersuka ria
- Ok ni biasa nya terjadi pada student luar KL yang study kat KL. Macam I la. hahaha. Kat hometown dia tak ada cinema, Topshop, Forever 21 ke, sem baru ni la masa untuk kita mulakan balik aktiviti sosial. Betul kan kan? Hehe. Masa ni la nak enjoy, fewiit. Tapi jangan sampai over lupa study sudah la ek :)


5. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan la !
- Ni kalau siapa-siapa yang ada gang kat campus, ni mungkin sebab utama la kot. Rindu gang kata nya ! Best jugak kan? I tak ada gang la kat campus. Semua I kawan macam biasa je. Maybe sebab selalu I pilih class ikut sedap I je kot, tak ikut kawan-kawan. hehe.




Ok, i dapat reveal kan 5 je. Ada lagi nak tambah? Hehe.


satu gang semua hot-hot. walaweh ! haha

simple update.

Sorry sebab before ni bloglist I macam dah mati je kan. Haha. I dah update dah Bloglist tu. Siapa yang rasa-rasa nak blogwalking boleh la jenguk-jenguk. Siapa-siapa yang rasa nak diterjah oleh blogger lain, boleh la daftar nama dan blog anda di ruangan yang disediakan tu.

Bak kata pepatah,

DARI BLOGGER, UNTUK BLOGGER.

Apakah? Hahaha

P/S : untuk ke bloglist I, sila lihat menu tab di bawah header tu. Ada link :)

eh, silap GB ke silap mata I ?


eh eh Geng Blogger dah ubah penampilan la ! ekekeke. I love the new page. Part paling I suka adalah yang I bulat kan macam dekat gambar atas ni. Hehe. And I rasa I lagi suka layout yang macam ni.

GOOD JOB GENG BLOGGER !

ecehhh kalau ada masalah pink kau marah-marah? Poyo je. Hehe.

p/s : Bf I telah berjaya tidur selama 16 jam semalam. Habis kau langgar semua waktu solat kan? GIla ! Hahaha

kenapa semua orang buat entry geli-geli ni?

Hehe I pun nak buat satu lah. Sebab rasa macam dah tak tertanggung rindu ni cewahhh :P


I miss Encik Boyfriend. Eventho kitorang banyak message, takdela banyak mana pun, but i miss him, wanna see his face, his smile and everything ! Dia dah la tengah tidur tu sebab siang tadi melayan dota sampai 10 jam T___T . Apa la dota ni, sepatutnya diharamkan di Malaysia ! Haha. Kesian I menjanda malam ni. Ekekekeke.


Ingat lagi, selalu pukul 12am mesti I duduk depan lappie sedia tunggu Encik Boyfriend online sampai jam 3. Pukul 3 pagi baru I tidur okaaayyy. Tapi berbaloi jugak la berkorban macam tu baru dia sayang lebih. Kehkehkeh.


But one thing yang I sedar, dia macam ada sikit berubah. Bukan ke arah keburukan tapi ke arah kebaikan jugak la. 
1. Dulu, sebelum I letak phone, mesti I je yang asyik cakap "I love u" . Tapi sekarang ni, tiba-tiba dia dulu yang cakap. Haha terkejut I tapi takpe, i sukaaaaa ♥


2. Dulu kalau battery phone dia flat, dia biar je la I tunggu macam orang bengong. Haha. Tapi sekarang dia sanggup pinjam phone kawan dia untuk text I cakap yang battery phone dia flat.
Kenapa Encik Boyfriend makin sweet ni? Aww awww. Haha. Our relationship dah almost 8 months pun. Hopefully kekal lama. I tak pernah ada relationship yang lama taw T____T


But now, dia tengah tidur ! I miss him ! :((





p/s : I tahu ramai yang tak suka entry macam ni. Diorang kata tak matang. Haha.

Contest Diannasgtbaik.

I memang suka join join contest ni. Haha. Next contest is ;





untuk baca rules boleh click di nama contest di atas gamabr tu ye :)

So gambar yang I pertaruhkan, satu je. Hehe. Malas pulak nak cari sampai dua. Taraaaaaaaaaa . . .


cool tak? haha :P

contest end : 1st July 2010 

Apa yang lelaki tak suka pasal perempuan.

Ok, I buat topic ni dari pengalaman je ok? So kalau ada salah, jangan marah aa ! Hehehe


1. Gedik.
OK, girls selalu ingat kalau dia tergedik-gedik depan lelaki, lelaki akan suka? Suka la, bawak masuk bilik boleh. Bawak jadi bini tak boleh. Haha. for girls, nak ke jadi perempuan murah macam tu? I tengok school girls sekarang ramai yang gedik sungguh. Macam di Myspace, ada sorang girl ni, duk tergedik gedik panggil bf I sayang la, tulis ♥ la. I suruh adik angkat I check, and then dia cakap yang girl ni memang gatal. Owww, I add dia tak approve, adik angkat I yang lelaki tu add dia approve, siap bagi number phone lagi. Ewww murah ! One of my guy friend said, "kalau tergedik-gedik ni aku buat main boleh la" . Hah gila !


2. Kuat merajuk
Kalau ada lelaki yang tahan dengan girl kuat merajuk ni pun, kalau dia sayang girl dia sangat-sangat. Merajuk boleh, tak salah. Tapi tak kan la dia keluar kejap dengan his friends pun dah nak merajuk? Girls, give your guy some time with his friends.


3. Girl yang kasar @ kecoh
Ok, ini memang experience I. First, ada my friend ni, dia tackle la awek ni. Masa ni awek ni bawak kereta taw. Then dah meet up semua, awek ni jenis yang bising, kecoh semua kan. Dari nak tackle buat jadi awek, terus cancel. Padahal minah ni dah sangkut dah dengan dia. Haha kesian kan? Tapi tu la, at least tunjuk sikit kesopanan kita tu. Even lelaki tu nakal mana, clubbers mana pun, dia mesti nak wanita yang ada sedikit kesopanan dalam diri.


4. Queen Control
Well some of guys boleh tahan benda ni. Kadang-kadang ada yang sampai kawan perempuan tak boleh wall langsung dia kat Facebook, nanti gf marah. Urghh, annoying gila ok. 


5. Tak pandai berfashion.
Ok, gemuk tak apa. Janji pandai ber fashion. Ada kawan I, dia kata bf dia tak suka dia pakai baju ada renda-renda. Macam kain langsir kata bf dia. Haha. And as you know girls, lelaki kan mesti la nak tayang jugak gf dia kat kawan2 diorang kan. So apa la salahnya u guys berfashion and melawa sikit bila keluar dengan dia. Walaupun ur guy terima u seadanya, tapi kadang-kadang hormat la pendirian dia ok?


Ok, setakat ni I senaraikan 5 dulu. Next entry I akan buat pasal apa yang perempuan tak suka tentang lelaki. Mesti kecoh ni ! Hehe.


p/s : memang kita kena terima segala kelemahan pasangan kita. Tapi kadang-kadang kalau kita tak buat apa benda yang dia tak suka, kan boleh buat dia lagi bahagia? Berkorban sikit tak salah kan? :)

Monday, June 28, 2010

tutorial blockquote berwarna.

Ini pun ada orang request. Maka I buat lah ye :)


1. As usual, Dashboard > Design > Edit HTML dan click pada Expand Widget Templates


2. Kemudian tekan pada Ctrl + F secara serentak. Copy dan paste code ini di ruangan find ;
.post blockquote { 
margin:1em 20px;
}


3. Highlight kan code dia langkah kedua tadi, dan paste kan code ini pula ;
.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}


4. Ok, kalau kita nak tukar color background dia, boleh tukar dengan cara seperti di bawah ini. Lihat pada code di langkah 3.
background: #FFCC99; (code ini untuk background.Macam I punya color oren kan?Boleh tukar ye mengikut warna kesukaan anda. Code color sila dapatkan di sini.
5. Kalau dah puas hati, just save. Then kotak ini akan terpapar jika anda buat blockquote pada entry anda. Selamat mencuba :) 


p/s : Thanks Liyana sebab ajar I ni, dulu :)


sedapnyaa. T______T


UPDATE !
Kalau nak pilih ayat yang kita nak blockquote tu, just highlight kan ayat yang kita pilih tu then click butang quote, sebelah button bullet list di edit post ok :)

kelemahan Blackberry?

Ok, I decided nak beli Blackberry for next semester. Nampak macam cool aja. Maybe I nak beli yang second hand punya kot. Sebab guna duit sendiri kan? Ngeee.


Tapi sebelum I beli dan menghabiskan duit simpanan I, haha, I nak jugak tahu apa kelemahan Blackberry ni. Sebab I sekarang tengah confuse nak beli E72 ke Blackberry. So siapa yang dah gunakan Blackberry, tolong I bagi pendapat boleh? At least boleh share dengan orang lain jugak. Thanks ♥


addicted T____T

tutorial membuat fungsi reply back pada comment

Hello guys. Ada orang request benda ni kat blog so yeah, here we go.


1. Design > Edit HTML > click pada expand widget templates


2. Tekan Ctrl + F serentak, dan copy kemudia paste code ini di kotak search
<data:commentpostedbymsg>
atau
<data:commentpostedbymsg/>
atau
<dd class='comment-footer'>
3. Salin code ini di bawah atau selepas code di langkah kedua tadi
<span class='comment-reply'><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=Masukkan ID blog disini&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=400,height=450&quot;); return false;'>[Reply to comment]</a></span>




4. Lihat code di langkah ke empat tadi. Anda nampak kan ayat 'Masukkan ID blog disini' ? Tahu apa itu ID blog?


click untuk tumbesaran.

5. Selepas dah siap edit code di Langkah 3, click preview and if tak ada error just click save.

SELAMAT MENCUBA ! ♥

Kalau ada award kenapa kena ada tag jugak?

Jawab la soalan tu haha


Ok, my award kali ni was given by Miss Bella. Thank you loveeee ♥



Segan I nak terima award ni sebab I rasa blog I tak ada la the greatest. Haha merepek juga banyak haha :P 
Tapi kena jawab soalan la pulak T____T . Tak apa, layan kan je lah hehe.

1. Anda mesti memuji si pemberi award.
Cik bell, thanks for the award. I love your cats. Jangan lupa join my contest yeah ! Haha :P

2. Sila beri award ini kepada 10 blogger yang lain.
Ya Allah, banyak nya. Even yang dua pun I malas haha. tak apa, layan kan aja. :P

- Ailyl
- Brella
- Nada
- Liyanaa
- Hana
- Amar
- Naz
- Sherah
- Huda luna
- Lina Jalil

3. Anda mesti bagitaw blogger tadi pasal award ni
Will do !

4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great?
Well, I tak rasa pun yang blog I ni best. Seb nya, I suka bercerita pasal life I kat blog ni. But seems like jarang ada orang yang comment. So I tak rasa blog I ni memberi impact lagi buat orang. So, tak best dan grat lagi lah. Gambate Huda ! :D

tutorial membuat header transparent

Ok, disebab kan ramai sangat yang bertanya macam mana nak buat header transparent ni, meh I ajar satu persatu ye. Satu persatu taw, I predict yang you all ni kosong idea tentang Photoshop ok?


First, benda yang harus anda ada haruslah Photoscape dan Photoshop. Kalau tak ada, download la apa lagi. Kalau tak reti nak download, biar I tolong buat kan tapi kena bayar la. Hahaha.


Ok, mula-mula, kita tengok berapa kah ukuran header kita. Pergi ke Design > Edit HTML. Then click pada Expand Widget Templates. Kemudian tekan ctrl + F. Copy dan paste code ini ke ruangan find.
#header-wrapper {
760px rite?

Ok now open your photoscape. Paint pun boleh diterima la. Tapi untuk tutorial ini, I guna photoscape. Buat satu kotak menyerupai header, berukuran sepertu header anda di gambar atas ni. 760px width and 338 height. Ubah la height mengikut kesesuaian blog anda. 


next step is to put your text into that canvas. Nampak kan ada tulisn object tu? Click situ dan anda akan nampak huruf T. Click huruf T tersebut untuk men edit text anda.


kemudian save ! Jangan lupa kat mana anda save sudah T___T

Langkah seterusnya, buka Adobe Photoshap anda. Sudah? Kemudian click file > open , dan open file yang anda save text anda seperti langkah di atas ini.


Seterusnya, click pada magic wand tool. Apa tu magic wand tool? anda nampak tool yang telah I bulat kan merah di gambar atas ni? Itu adalah magic wand tool. Click di tu dan select kan di seluruh canvas text anda. Seperti ini, 


Ok, lepas dah select, u guys right click di canvas tersebut dan akan keluar la seperti gambar di atas ni. Click pada select inverse. Ia akan kelihatan seperti ini,

nampak perbezaan? Kalau tak sila click pada gambar ye :)

Kemudian, pergi pada file > new. Akan keluar pop up box. You guys letak width and height yang u guys nak, let say tadi width kita 760px and height is 338 px. Bahagian contents letak transparents yah. Seperti ini ;


Bila new canvas dah keluar, anda pergi semula ke canvas text anda tadi, dan sebelum tu tekan pada move tool. Yang telah I bulatkan merah seperti gambar di bawah


Click kan move tool pada text anda tadi dan drag kan ke canvas transperent anda. Result akhir kelihatan seperti ini ;


Jika hendak tambah gambar, click semula pada file > open dan pilih gambar yang terdapat di folder anda. Kemudian ulang step bermula dari magic wand tool tadi sehingga step di atas ini. Result nya kelihatan seperti ini ; 


Ok, pening? Haha ada lagi weh. Sekarang I nak ajar cara-cara nak save pulak. Pergi pada file > save for web. Dan kemudian save saja !


Nak masuk kan pada blog? Masuk kan saja seperti anda masuk kan header biasa anda. Dan result akhir, seperti mana yang anda lihat di blog I ni la. !

Fuhh penat penat. Kalau ada yang pening boleh la tanya I lagi ok. Susah sangat bagi I buat kan je RM 5 je I charge. Gambar semua I boleh carikan ! Heheh :D

p/s : Belajar kena mula pelan-pelan lama-lama mesti terror :D

England vs Germany, stupid ref & linesman.

Phew, game yang for me sangat sangat dan sangat super tak adil !


Dari awal lagi boleh nampak yang ref gila berat sebelah. Offside, hand yang dibuat oleh Germany players semua ref buat tak nampak je ! And and yang paling tak boleh belah bila second should-be-goal by England tu, ref tak nampak? Pakai spec la stupid ref ! Hahaha


Tapi, tapi tak ada la 100% salah ref kan. Obviously, corak permainan England pun nampak macam goyah je. Apa tak makan ke before main. Dari start World Cup dah macam-macam England ni. Dengan Rooney yang main macam under 15 punya player, haha suka-suka je. Disappointed gila lah.


Well then, goodbye England. Sobbsss. Nasib baik I sempat tengok Beckham tadi ! Woooo handsome wooo haha. Dengar cerita Beckham letak botox sebab Posh suruh, betul ke? Hehe.


you're always be my fav 7, baby B. HAHAHA overrrr.

p/s : kenapa la I support semua kalah ni? South Korea kalah, England kalah. Haihh. Support Perak je la camni. Hahaha

Sunday, June 27, 2010

jangan nak rindu sangat la kan.

I ada kes di mana dua orang ex boyfie I cari I balik.


Yang sorang ni dia mintak my number dekat bestfriend I. Konon dia nak bayar hutang dia kat I la. Rm 300 hutang ni. At last, tak bayar pun. Bukan main lagi dia bercerita yang dia dah ada restaurant sendiri la, gf baru dia Singaporean la. Hello, ingat I kisah ke? I yang tanggung dia dulu, ada hati nak tayang kekayaan dia. Hak tuih !


Yang second ni, macam ni cerita dia. I ada kawan, nama dia dyra. Hari tu I jumpa Dyra kat klcc then we snap la some pictures. And then Dyra publish la picture tu dekat Myspace dia. Tiba-tiba ex I ni comment kat gambar tu. Dia tanya "Huda kat mana eh skrg?". Nak taw Dyra jawab apa? Huda di mana-mana sahaja. Hahaha caya lah Dyra !


Masalahnya, I tak tahu apa yang dua orang ni nak dari I. Yang hutang dengan I tu, entah bila la dia nak bayar duit I. Sampai Chako pun marah and sound dia. Chako bagi message la perli dia baik punya tapi dia tak reply pun. Tu la last I dengar khabar dia lepas tu terus gone. Dah mati kot dengan gf baru dia tu haha. Lantak lah, ingat I kisah? Nak je I datang rumah dia and mintak duit tu dekat mak dia. Grrrr.


Btw, cakap pasal rindu ni, perasan tak semalam I tak update blog? You guys rindu I tak? Rindu ye, nak tengok ni ,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hah rindu lah sangat ! HAHAHAHA

p/s : semak kan dengan ex boyfriends ni? UGHH
Next Previous Home