Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Thursday, September 30, 2010

Digi iPhone 4 life !

So this is the last task. Phew. Kalau boleh I nak lagi banyak task. Nak tunjuk how much I want this iPhone 4 ! hehe. So here's my picture ;



Yeahhh ! iPhone 4 is my new boyfriend. Addiction, level of love, semua sama ! Hehe. God knows how bad i want the iPhone 4. With iPhone 4 I tak perlu nak bawak camera besar dan berat sebab camera iPhone je dah cun meletop ! Dengan kemudahan internet yang efficient, it's easier for me to complete my day since I love the internet ! Tak ada internet sehari rasa macam forever alone. Haha.

So i'm done with all task ! Hopefully Digi and Nuffnang will choose me . Let my dream to become a great musician and singer become true . And yeah , good luck for other contestants too :D

Digi , always the smartest choice.
And Nuffnang ? Hoi hoi siapa tak sayang Nuffnang ? Tiap-tiap bulan bagi I duit. Dah macam parents I . Hehe. Nuffnang too :D

Wednesday, September 29, 2010

Followers, sorry buat you guys bosan !

Haha sorry ! I perasan visitors I dah kurang sebab I asyik cerita pasal Iphone je kan hari-hari. I takde masa actually nak update blog. Macam Facebook pun I biar on je. Tu pasal sometimes ada comment kat status I tak reply. I tak sihat sangat. I ada bagitau kan before this sebab apa.

But dalam pada tak sihat sangat tu sempat jugak la I buat activity sikit dengan kawan-kawan and Chako. Latest about my relationship is that Chako ada belikan I anklet. Biasa-biasa je bukan la Habib Jewels punya, over ok ! Hehe.


tak berapa nak jelas sangat sebab camera phone I ni ada flash, so pantulan cahaya tu menyebab kan gambar ni nampak a bit blur and bercahaya sangat. -.-

Dulu I pernah cakap I nak beli anklet, tak sangka pulak Chako nak belikan untuk I. Anyway, thank you love :)

Then ada dua lagi benda yang buat I busy. First, tolong few bloggers settle kan few error dekat blog diorang. Alhamdulillah, boleh la I tolong sikit-sikit. Untuk yang I tak boleh tolong tu sorry sangaaattt. I bukan la terror mana pun huhu. And there's few people yang puji I kat Forsmpring. Hehe special thanks to you guys, I tolong ikhlas ok. Tak puji pun takpe :)

Secondly , I tengah busy tolong Chako buat laser dia. Entah la kenapa dia tetibe je addict dengan laser kan. Apa penyakit entah. Sibuk cari diode sana sini lastly dapat info dekat one shopping mall area Maluri kot. I'm not sure that place. Lupa nama. Tu pun Seyn's mom yang bawak kitorang pergi sana. 

Ok, apa-apa hal, layan la gambar terbaru I yang berat badan sedang naik dengan mendadak. Hahahaha.







Ok 3 cukup. Nanti ada yang terpikat susah. Hahahaha T___T

I dah lama tak bersosial. Keluar lepak semua. Semua orang pun macam busy. Plus ramai yang malas nak keluar siang sebab panas sangat. I bosan. So maybe I nak cari kerja part time. First sebab nak cari duit, and second sebab nak isi masa lapang. 

I dapat offer dekat Coffee Bean, Subang area. The problem is, jauh sangat ! Haha. But the offer sounds good. I pun tak pernah try Coffee Bean. Pernah tapi sekali je. Loser kan ? Anyway, ada sesiapa tahu tak macam mana nak apply kerja dekat Uniqlo Bukit Bintang tu ? Dengar cerita akan dibuka on November. I rasa macam nak apply situ pun ada. Huhu.

Siapa ada info tentang kerja part time bagitau la I ok. :)

P/S : Rindu dekat orang-orang yang selalu comment kat blog I dulu :'(

Digi iPhone 4 real

Ok, I'm back with Task 3 !

So for your information , I dah check other plans for Iphone 4 and seriously I think Digi's the best ! That's why la I choose Digi for broadband. Digi, always the smartest choice. Cewahhh ! Hehe.

Ok, ni I bagi you all tengok Digi punya iPhone 4 plans.


So what I love about Digi plan ?

1. Cheap cheap cheap !
Definitely plan iPhone 4 by Digi ni sangat menarik perhatian students macam I yang tak banyak duit tapi teringin nak pakai iPhone. Hehe. Biasa la, Iphone kan nampak cool :P

2. Free unlimited internet !
I'm an internet addict ! Kalau boleh kat setiap tempat nak online. Dengan Digi plan ni bukan saja I dapat free unlimited internet, malah NO EXTRA CHARGE lagi tu ! Dah ada internet , apa lagi ? Boleh la I upload video I menyanyi kat Youtube. Haha over ! :P

3. Free and cheaper call !
Disebab kan I ni student yang tinggal jauh dengan family, of course Digi iPhone 4 plan ni menjadi pilihan I. Sebab ? Tengok kat gambar atas tu, I dapat 200 mins free call if I choose plan RM 58 per month. Plus, I boleh dapat cheaper call lagi tu dengan 6 number Digi yang lain. So lepas ni takde la rindu-rindu kat mak dengan ayah lagi. Boleh call selalu ! Wehuuuu :D

4. I can upgrade my plan !
Ok ok, I kan new to iPhone kan ? Let say I nak try with RM 58 per month. Then I rasa macam it's not enough for me. I can always upgrade my plan to RM 88 per month or RM 158 per month. Cool kan ? Easy and simple je. 

Nanti kalau I dah dapat iPhone 4 ni, boleh la I cerita lebih lanjut tentang plan Digi ni ye. Hehe perasan :P Oh , I want this iPhone 4 so bad . Siap termimpi-mimpi lagi tu. Funny :P

Tuesday, September 28, 2010

Penting, penting, penting ! Sila baca sampai habis !

Hello guys. I tak tahu kenapa e-mail ni lambat sampai kat I. Padahal I rasa bloggers lain ada yang dah dapat dah. I got invitation from Nuffnang untuk ke party ni ;

Celebration of Amazing Skin with Vaseline Party

Date: 2 October 2010 (Saturday)
Time: 5 pm - 9 pm
Venue: Luna Bar

Masalah nya sekarang, I tak tahu nak pergi dengan siapa. Chako ? I don't think dia nak pergi this kind of formal party. Second problem, mana sempat I nak cari dress ! Oh shitto !

Siapa nak pergi dengan I ? Help, help !!

Monday, September 27, 2010

Tutorial on how to create a Facebook 'like' page.

Someone requested this at Formspring, so here we go ! :D

1. Pergi mana-mana 'like' page yang anda tahu. Example I ambik contoh page Justin Timberlake. Cewahh ! Hehe. Ok kalau dah jumpa page JT, sila scroll ke bawah samapi anda jumpa ayat seperti gambar di bawah ;


2. Anda akan di redirected to one new page and you have to fill up the information.


ikut je step macam I buat ni :)

3. Ok then semua dah siap , edit la sikit-sikit your profile info kan. Page dia sama sahaja macam page Facebook biasa :)

4. Ok sekarang macam mana nak letak like button tu dekat blog ? Cara nya, go to this SITE. Then click pada like box.


Ok sekarang jom belajar satu-satu cara nak manage like box ni.

1. Isi url facebook fan page anda tadi.

2. Width is depends on you. If you nak letak kat sidebar, tukar lebar bagi kecik sikit

3. Connections means berapa banyak profile yang anda nak appearkan dekat like box tu. Example macam gambar di atas, I letak 10 profiles. So cuba kira dekat like box tu ada berapa FB profile ? 10 kan ?

4. Show stream ni maksudnya, dekat like box tu, anda nak appear kan tak post yang anda publish dekat FB fan page anda tu ? Kalau ye just click pada show stream.

5. Header adalah seperti yang I tanda pada number 6. Itu adalah header. Kalau tak nak header just unclick pada show header tu.

6. Now, get code ! :D

5. Ok kalau anda nak like box anda jadi macam dekat blog I ni, di bahagian connections anda tukar number jadi 0. Senang kan ?

Selamat mencuba ! ♥ 

Saturday, September 25, 2010

Digi iPhone 4 play

Yellow people ! Err which means hello people ! Hehe. So I've done with the 1st task and now it's turn for the 2nd task !! I have to choose what's my favorite Iphone application. I tau Iphone ada banyak sangat application tapi sekarang I focus on application that can make my dream come true ! Hey remember I wanna be a singer and make my own song right ?

Ok the first application yang jadi favorite I adalah Nlog Synthesizer. Ni memang favorite I la sebab it's like cool keyboard tau. Ingat lagi dengan two videos yang I post on my 1st task ? Yes, that's the use of this Nlog Synthesizer. Cool !


Second, dah ada keyboard harus la guitar pun kena ada. kata nak buat lagu. Hehe. So, second application yang jadi favorite I adalah, Guitar Toolkit ! This application pun cool jugak sebab even a musician recommended Guitar Toolkit ni for everyone. No need to buy a guitar dah :D


Third, will be HammerHead Touch Edition. This is the popular classic drumcomputer. Yeahh, even boleh main drum dekat Iphone. Siapa cakap nak belajar main drum kena beli drum set yang besar tu ? Tak perlu, Iphone ada. Hehe.


Nampak kan kehebatan iPhone ? Boleh saving duit. Tak perlu beli macam-macam instruments dah. Iphone got it all ! Siapa kata iPhone membazir ? Hehe.

Tapi, tak kan 24 hours nak bergelumang dengan music je kan ? Plus, I pun kan dah berangan nak kahwin, maka application ni sangat lah diperlukan supaya I boleh get ready ! Haha malu nyaaa. Actually ni application untuk orang yang tak reti masak macam I ni la ! Haha.

So fourth application yang jadi favorite I adalah , 20 minute meals - Jamie Oliver. Siapa tak kenal Jamie Oliver ? Ok sila google sekarang ! Hehe. I selalu tengok rancangan masak-masak dia kat Astro. And he's one of my mom's favorite chef too. So kalau I dapat Iphone ni, my mom pun mesti sukaaaa. Siap ada step tau dari jamie Oliver sendiri macam mana nak masak. Yippi !! :D


Dah penat masak and buat lagu , kita main game pulak. And I bet everyone pun mesti gilakan game ni ; 

Fifth application that I love is Rock Band ! Ala-ala guitar hero gitu. Hehe. Ni memang my all time favourite game la. Dekat phone biasa I pun I duk gila main game ni apatah lagi kalau dekat iPhone. Lagi gila ! Hehe. 


See how much I love music ? Sampai ke game pun I nak main yang ber genre music. Hehe. Tu la sebab I nak iPhone ni, sebab ia ada applications that can make my dream to become a musician and singer come true ! :D

Ok, done with Task 2 !

P/S : Photos credit to Itunes and Iphoneapplicationlist.com

Digi iPhone 4 me !

The best and hardest contest ever by Nuffnang ! Sebab ? The best nya you guys boleh dapat free iPhone 4 and the hardest thing is that there's only one winner ! OMG. Tadi I check Nuff pun dah 100+ comments dekat entry pasal contest ni. How I'm gonna win T_____T

So kenapa I nak iPhone 4 ni ? Fuhh, orang gila pun nak, tak kan I tak nak ? Hehe

Firstly , of course sebab ia nya touch screen ! I rasa siapa yang dah kenal blog I mesti tahu yang I memang gilakan touch screen phone. So that's the first reason why I wanted Iphone 4 so badddd ! TAPI ! Ada banyak lagi touch screen phone yang lain. Maka kenapa harus iPhone 4 jugak ? Ok, ni sebab dia ;

- Face Time.
It will be super easy bila ada FaceTime kan ? I ada boyfriend. Tapi bila semester break je I balik Ipoh, my hometown. Kalau ada FaceTime tak ke senang I nak video call dengan my only one, Chako ? Ceyy ceyy. Takde la rindu selalu. Hihi.



- Retina display
Untuk orang yang rabun sikit macam I ni, function ni of course buat I rasa happy sangat sebab function ni buat fonts nampak sangat sharp. So tak perlu la I terkebil-kebil especially bila I nak surf internet. I'm the type of person yang kalau boleh nak surf internet everywhere, everytime. Seriously.



Secondly , it has 5 MP camera with LED Flash ! Yes, exactly macam apa yang I cari selama ni. Phone yang both internet application and camera with superb quality. Susah tau nak cari phone yang macam ni. Anda boleh surf internet dengan laju dan juga dapat quality camera yang bagus. Setakat ni, takde lagi I jumpa ok. Tak percaya ? Ni contoh gambar yang di ambil menggunakan iPhone 4 ;



Ini semua unretouched photo tau. No edit !

Thirdly , I nak Iphone 4 sebab ia ada banyak application best-best ! For you information, I sangat suka menyanyi, well readers mesti dah tau I suka nyanyi kan ? But too bad I takde instruments macam guitar ke so that I can make my own song. Tapi, I found out on You Tube yang Iphone ada satu application best yang boleh buat I jadi penyanyi ! Haha. Oh God kalau I dapat iPhone 4 ni , for sure I akan cepat-cepat download application ni !!



Cool kan ?? Oh tak sabar I nak dapat iPhone 4 ni ! Hehe. Mana tahu I boleh jadi famous macam Zee Avi kan yang orang jumpa dia kat You Tube je. Who knows ? With iPhone 4, my dream will come true ! :D

And lastly , why I want an iPhone 4 ? Coz it's so cool to bring along the iPhone 4 everywhere ! Imagine you hangout with your friends then they realized that you have an iPhone 4 ? Mesti semua excited and mesti you lagi excited kan ? So do I ok. Nanti boleh la cerita kat orang kan how cool the new iPhone 4. And plus, boleh cerita kat blog jugak about this iPhone 4. Kalau la I dapat iPhone 4 ni confirm hari-hari I cerita kat blog apa I buat dengan phone ni. Hehe.


Wow, hot, cool and sexy with iPhone 4.

Really really hope I can win the Iphone 4 by Digi. Sebab Digi offer the cheapest plan ever if you guys guna Digi for iPhone. Serendah RM58 per month ok ! Sesuai la untuk I yang hanya bergelar student ni. So, what more ?


Hehe. Wish me luck ! :D

P/S : Photos credit to Apple and Weheartit.

Friday, September 24, 2010

Attention to doctors.

Hello guys, this is just a quick update. I ada few problems with my health, which I dunno where and when it started. And yes, as usual, I am so lazy to see the doctor. Ada any of you guys doctor ? Tolong la rawat I secara percuma, hihi.

First problem, I dah almost a week batuk-batuk. Takdela non stop tapi everyday confirm batuk. Asal batuk je sakit dada. Package dia bagi. Kenapa eh ?

Second problem, I ada masalah tidur. Tidur kadang-kadang 2,3 jam je lepas tu sendiri nya terbangun. Then jaga kejap, online ke kemas bilik ke basuh baju ke, lepas tu mengantuk balik. Apa punya penyakit la ni.

And lastly, I rasa macam serious, tapi tatau la. I sakit belakang. Bukan tulang belakang bahagian tengah tu. Tapi dekat belah kanan. Asal nak tarik nafas panjang-panjang je dia sakit. Hari tu I nak terbersin. Biasa la before bersin kan kita tarik nafas panjang. Suddenly dia attack kat bahagian belakang tu. Terus tak jadi bersin. Rasa nak bersin pun tak ada. Sakit dia macam mencucuk.

So ni la problem I. Kenapa eh ? Ada orang buat I ke ? Errr. Ke I yang ada penyakit ? Takutnyaaa. :(

Ada sesiapa tau tak ini symptom untuk penyakit apa ? Hmm. Btw thanks for helping.

Oh Iphone....

Morning semua !

Fuhh tak pernah-pernah I buat entry pagi-pagi buta kan. Tapi takpe, layan kan je la. Hehe. So semalam nak jadi cerita, I duk berangan bila la nak dapat BE baru. I nak sangat dapat BE from Mango tu tapi tak dapat. Sobbss. Oh btw, kalau kita tak cashout lagi, memang susah ke nak dapat BE eh ? Entahh. huhu.

So I got good news for today. I dapat BE baru ! From Digi Iphone. Digi sangat sayang kan I. Selalu bagi I BE. Termasuk yang baru ni, dah 7 BE I dapat dari Digi. Sounds crazy kan. But Digi loves me and I love Digi too ! hehe. Tapi BE yang baru ni, Digi macam tau tau je yang I memang teringin kat Iphone 4. Hehe

I memang gilakan and nak sangat Iphone. Sampai satu tahap kalau tak dapat Iphone, Ipod touch pun jadi la. Haha. I nak try application ni dekat Iphone ;


Cool gila kan ? Oh Digi , boleh tak bagi Iphone 4 free untuk I ?? Hehe.

Selama I couple dengan Chako....

Ini bukan entry jiwang, so keep going. Boleh baca tanpa rasa muntah. Haha

Selama I couple dengan Chako, dah dua kali, dua kali kami ada masalah dengan kereta ! Haha. And today sangat la tak boleh blah. Ok cerita nya macam ni, pagi tadi Chako's friend mintak tolong hantar kan ke LRT Wangsa Maju, so Chako pun ajak la I teman dia and together with us, Chako's nephew, Adam. Adam yang nakal. Heee.

So on the way back home, kita singgah la Petronas nak isi minyak. Dah siap-siap isi, you know what happened ? Kerete tu tak boleh start ! Cisss mengada punya kereta time-time macam ni la nak rosak. Dah la dengan breakfast tak beli lagi. End up kitorang jalan kaki je pergi cari gerai nasi lemak. Ye, bersama-sama Adam ok. Sebab terlalu letih berjalan, kitorang beli makanan banyak gila. Cost him about RM 11 ! Breakfast je tu T____T

Then we went back home, bagitau abang Chako pasal kereta tu. So then abang Chako pun pergi la Petronas tu nak tengok kereta. Not so far away la Petronas tu, jalan kaki pun boleh. And nak tau apa problem kereta tu ? Ada satu wayar longgar je !! Ya allah berapi nya I. Hahaha. Ingat major problem, betul kan sikit je wayar tu dah boleh hidup dah kereta tu. Apa ke suey sangat kitorang hari ni entah la. Haha.

kereta yang mengada-ngada. Agak nya dia dah anti Chako sejak Chako kemek kan dia dulu. Haha. Tapi dalam pada tu sempat je camwhore dalam kereta. Macam biasa la, cam tak kenal pulak Huda.




ini Adam yang nakal dan gigi depan takde. Silap-silap ikut gigi Pakcik dia nanti hahaha.

Lihat la tu jerawat I makin menjadi-jadi. haihh silap sebab I pakai pencuci muka masa balik raya kat rumah hari tu. Sumpah menyesal ! Hopefully boleh hilang huhu.

Thanks for reading !

Thursday, September 23, 2010

Day 09 - Something you’re proud of in the past few days

So we go back to the 30 Days of Challenge !

Well something that I proud of in the past few days will be NOTHING ! Haha seriously. It's not something but it's someone. I'm proud of myself coz I managed to lose weight hahaha. Pun boleh kan ? My ideal weight supposed to be 54 kg and yes, I berjaya turunkan berat I sampai 54 kg :)

Itu je la kot, takde lain pun. Ada ke benda lain yang boleh dibanggakan ? Kalau tidur berjam-jam boleh dibanggakan tak ? Hahaha.

P/S : Bosan punya entry kan kan ? Haha

Wednesday, September 22, 2010

Badut kelas atasan.

Kanan, badut.
Kiri, juga badut.
Untung badut adalah manusia bukan burung
Kalau burung, di setiap sudut ku lihat badut.
Diam bukan kosong.
Diam bukan sepi.
Tapi diam itu memerhati.
Tapi untung diam ada juga buruk nya.
Karna diam teman kita dibilang cuma dengan jari.
Karna diam kadang waktu yang mahukan bising terasa makin sunyi.
Tapi aku syukur, kerna diam aku bisa kenal dunia.
Aku bisa kenal badut kelas atasan.
Dan aku bisa untuk tidak berharap.
Aku akan terus diam dan memerhati.
Kerna lakonan badut kelas atasan bisa dibanggakan.
Jadi bahan ketawa di waktu diam dan sepi.
Tahniah badut kelas atasan, kau kelihatan nya berjaya.
Tapi maaf, bukan berjaya di hati.



P/S : This is for someone yang I pernah sayang and pernah jadi kawan I :)

How to create Nuffnang poll and put in on your blog.

Actually ramai jugak yang tanya I pasal benda ni so yeah I make one.

1. Log in to your Nuffnang account. At the dashboard, you all boleh nampak perkataan "Polls" , bersebelahan dengan "Edit Survey" dan "Nuffnang Xchange"

2. Anda akan lihat paparan seperti ini ;


3. So just create your poll, fill up the questions and answers then lepas dah habis, jangan lupa click button "Finish" di bawah sekali.

4. Kemudian lihat di dashboard ada perkatan "Blog Manager" bersimbolkan buku dan pencil. Ok click situ. Dan anda akan lihat paparan seperti ini ;


5. Nampak tak kotak color merah dalam gambar kat atas ni ? You guys just perlu tukar kan ke "yes" sahaja so that your poll will be appear on your blog.

6. Simple kan ? Selamat mencuba :D

P/S : Nak buat apa-apa kita kena pandai explore sendiri. Lagi-lagi berkaitan dengan coding. Practice makes perfect ! :D

Simple and important update

Hello guys. Sorry tak update apa-apa untuk semalam. Sebab ? Life I boring, tak ada buat apa pun. Boleh tak ? Haha. Class dah start so faham-faham je la. Dengan mid sem exam lagi. Fuhh tak sabar pulak I nak habiskan study ni. But long way to go :(

Few announcement to make.
1. I dah buat poll baru so feel free to fill up the poll.

2. Sila request tutorial blog dekat Formspring I ok sebab I sekarang malas nak check shoutbox for tutorial request. Kadang-kadang I terlupa. Kalau nak tinggal jejak boleh kat shoutbox. Segala pertanyaan pasal tutorial sila buat kat Formspring.

3. Please kalau ada yang nak add I kat Facebook, sila bagitau I yang you guys dari blog I. Sebab selalu I approve orang yang I kenal tak pun yang mutual friends banyak dengan I.

4. Jangan la touching kalau I tak reply comment sebab kadang-kadang I on guna phone je. Bila dapat on guna laptop terus I lupa pasal nak reply comments. Huhu

Ok itu je la. Thanks for reading. ♥

Monday, September 20, 2010

Gambar wa yang paling panas abad ini.

I just found out that my dad punya camera phone sangat super lawa. Padahal phone lama gila. Jual pun dapat RM 50 je. Tapi camera memang lawa habis ! Nokia jenis apa I lupa la pulak. So sebab kan dah lawa sangat , I pun ambik la gambar-gambar I masa kecik. So, jom la layan. Hehe :P




Alololo. Tak pakai bajuu. Haha. My mom cerita kat I , dulu I ni nakal gila. Tapi nakal-nakal pun, I ni lembut hati. Ada one day, masa kecik la kan, I tengok gambar my aunty makan. Lepas tu I menangis then I tanya my mom 'Kenapa Cik Na makan sorang-sorang?' and kept crying. Haha. Kelakar kot !

My dad pulak cerita, I ni masa kecik susah nak tidur. Lepas tu dah besar, tidur je kerja nya. Siap my dad cakap kalau orang kentut pun I boleh terjaga. Hahaha over kot !!

Best kan bila ingat balik those memories. Haih, I nak jadi kecik balik boleh, tak nak besar-besar. Dah dewasa ni macam-macam masalah ! Huhu.

So kalau you guys ada gambar masa baby, tayang la kat blog jugak. I nak tengok, siapa lagi comel. Hahaha tak boleh blah :P Ok itu je nak cerita. Babaiiiii :D

Dah la comel, suara sedap, tergoda I. Haha

I don't know if you guys dah jumpa pasal dia ni. Tapi I baru jumpa. I know, I'm a loser, ketinggalan zaman. Hahaha. Btw, his name is Saiful Ridzuan and yes, dia ada blog. Click kat nama dia tu. Hehe. Suara dia sedap, I suka, tapi tatau la bagi you guys. Yang penting, dia sangat comel, macam korean guy !

Layan la video dia ni :D



Oh my, jatuh cinta sudah. HAHAHAHAHA. Ingat Chako, Huda :P

Sunday, September 19, 2010

Say Happy Birthday to Chako ! Hehe

Hari ni, 19 September, adalah birthday budak kurus ni. Kurus manjang. Nak kata tak makan, pinggan pun lebih besar dari badan. Camne tu ? Hehe. This month macam special sikit la sebab 18th Sept our anniversary than 19 Sept pulak birthday Chako, so yeah I've been waiting for September, of course ! Hehe.


Happy 20th birthday sayang :)
Thanks for the sweetest day ever today. 
Thanks untuk apa yang you buat kat I masa dalam taxi tadi. Sweet kot. Nak nangis boleh ? Hahaha. Sorry bukan comolot k, over tau korang ! Haha
You're 20, dah masuk angka 2, so dah cukup matang dah. You dah tua la senang cerita heh :P
I love you, always, you know that kan.
Even you flirt dengan girls lain yang buat I super jealous pun takpe, I redha, sebab I tahu hati you kat I kan kan ? Alamak, nak padam balik ayat ni boleh ? Geli. Hahaha
Thanks sebab tahu I macam mana. Especially when I said "I'm okay" and you know I'm not. Hehe.

Tak, kitorang tak macam couple lain.
Kitorang jarang la pegang tangan bila jalan-jalan.
Mana ada peluk-peluk dalam cinema time tengok movie.
Mana ada makan suap-suap kat KFC.
Mana ada snap gambar kiss kiss pipi semua. 
Mana ada sweet talks, mana ada sweet messages.
Mana ada buat super saver every night lepas tu cakap sampai lebam.
Lepas tu 'you letak la' . 'Ala you letak la dulu' . 'Alaaa, you laaa'. Sampai lebam. Mana adaaaa.
Tapi kitorang punya manja kitorang je boleh rasa.
Bak kata Fynn Jamal la kan. Hehe.
So, I'm happy to have him by my side.

P/S : Birthday I , I nak mintak Chako belanja I satu sesi rawatan pelangsingan badan kat London Weight Management. Amacam ? Hahaha

Saturday, September 18, 2010

Huda lilit-lilit ?

Apa itu Huda lilit-lilit ? Hehe. Huda pakai selendang laa. Most of you guys especially my followers mesti dah tengok kot muka I bila pakai tudung ? Tapi takpe, kita tayang lagi sekali. Hehe.



Gambar fresh semalam ambik time on the way to uncle's house dekat Taiping. Ada orang kata, I lagi sweet kalau pakai tudung. Betul ke ? Haha. Perasan sudah :P

Paling I lemah bila pakai selendang ni, time nak lilit la. Sebab I cepat rimas dekat bahagian leher. And I tak boleh pakai anak tudung yang ketat sangat. I akan rasa pening sampai nak muntah. Sekarang ni I belajar nak lilit pun dari youtube je la. Hehe.

One day, insya Allah :)

Entry untuk Encik Boyfriend. Hihi



Happy 10th month anniversary si kurus.
Well, kalau ikut kiraan kita first couple, kira dah setahun jugak la kita couple, hehe.
Tapi takpe, I ikut kiraan kita couple balik tu. Benda yang lama usah dikenang. Ceyy ceyy. Haha

Thanks for always being there.
Thanks for being supportive.
Thanks for sometimes being mean. Especially bila I nak makan you tak bagi. Haha
Thanks sanggup angkat bag I sampai KL Sentral tiap kali I nak balik Ipoh.
Thanks sanggup drive hantar I pergi class even you mengantuk. Sorry sayang. Huhu
Thank sebab tahan dengan perangai I.
And thanks for the relationship baby.

I hope our relationship lasts longer. Insya Allah. I love you, for who you are and thanks a lot for accepting me. :)


I love you, forever and always :)

Friday, September 17, 2010

Nak FREE Mini Wellness Program dari Cres tak ?

I bet everyone already knew about this la since ada dekat sticky entry Redmummy kan. So I nak cerita panjang pun tak boleh sebab I pun tak pernah try la even outlet dia dekat gila dengan rumah I. Haha. The Gardens je tapi tak pernah tau pun pasal Cres ni. huhu

So tujuan I buat entry ni sebab nak ajak you guys sama-sama apply for FREE Mini Wellness Program yang ditawarkan oleh Cres. 

Caranya mudah saja, go to this website , http://www.creswellness.com/microsite/ . Then nampak tak ada ayat "Ya, saya nak cuba!" ? Ok click kat ayat tu then nanti dia akan suruh you guys fill up the form. Later on akan ada e-mail yang diberi oleh pihak Cres dekat e-mail yang you guys masuk kan dalam form ni. Cres akan bagi number rujukan untuk you all.

Benda ni untuk woman je ke ? The answer is NO ! Lelaki pun boleh ok. I dah tanya Kak Red pasal ni kat Twitter. I tanya Chako boleh ke pergi sekali memandangkan dia tu kurus nak mampuih haa. Then Kak Red pun reply yang boleh aja sebab diorang ada offer facial jugak. So boleh la.

Tapi ada syarat yang menyebabkan Chako tak boleh try Free Mini Wellness Program ni. Ala, rugi you sayang.
Syarat-syarat ;
1. Berumur 21 tahun dan ke atas.
2. First time customer. Maksud nya tak pernah mencuba apa-apa service atau produk yang ditawarkan oleh Cres.

Ciss disebabkan 21 tahun ke atas tu la yang menyebabkan Chako tak layak sama sekali sebab he's only 20 ! Hahaha. Kesian dia. Padahal blackhead dia hah, kalau boleh jadi baja dah subur dah tanaman. Hahaha.

By the way , permohonan I dah berjaya. Tengah tunggu consultant dia call I dalam masa 3 hari bekerja untuk make an appointment. Oh lupa nak bagitau, appointment dia hanya boleh dibuat on weekdays je tau. pandai-pandai la korang curi masa. Nak cantik tak ? Hehe

So, for more info anda boleh tengok kat entry Kak Red yang INI.

P/S : I nak merasa yang facial tu je. Tak pernah. Treatment untuk pecah lemak semua tu I dah merasa dah. Hehe

Thursday, September 16, 2010

Tutorial mencantik kan blockquote

Shasha requested this, so yeah, here we go :)

1. As usual , go to Dashboard > Design > Edit HTML. Then click pada Expand Widget Templates.

2. Then tekan 'Ctrl' dan 'F' serentak , copy code di bawah ni dan paste kan ke kotak find.
.post blockquote {
3. Kemudian anda akan nampak code seperti di bawah ini.
.post blockquote {
margin:1em 20px;
}
4. Highlight kan code di step 3. Gantikan dengan code di bawah
.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}
5. Ok, yang di atas tu kalau anda nak background yang berwarna sahaja. Kalau nak background lain, ada gambar-gambar ke, boleh copy code ini ;
.post blockquote {
background: url(URL GAMBAR ANDA) ;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px dashed #000000;
margin:1em 20px;
}
6.  Kalau nak ubah color, boleh pergi COLOR PICKER.

7. Kalau nak tebal kan lagi border, just tambah ke 2px atau 3 px, ikut suka la. Kalau nak tukar border ; solid untuk garisan lurus. dotted untuk garisan titik-titik. dashed untuk garisan putus-putus.

8. Kalau tak faham , boleh tanya. Hehe.

Selamat mencuba !

P/S : Credit to Ynn for this tutorial :)

SONY DSC-TX1 FOR SALE !


Nak jual camera ni.
Info boleh la click dekat link blogshop I ;

Adam, my baby :)

I rindu budak kecik ni. Dah la jumpa setahun sekali, time raya je. :(

Adam duduk jauh , dekat Melaka. Kalau I datang Melaka, confirm I nak jumpa Adam.

Adam comel, Adam senang dekat dengan orang. Adam tak banyak merengek. Tapi Adam akan merengek bila orang dukung dia sambil duduk je. Dia nak orang dukung dia sambil jalan-jalan. Demanding betul Adam ni. Hehe.






Dah rindu sangat dengan Adam sampai jadi wallpaper handphone. Hehe

I wanna be a mother, seriously. Nak ada baby sendiri. Siapa yang rasa nak buang baby comel tu, tolong la bagi kat I dari buang macam tu je.

Even susah , I sanggup jaga. Huhu. Babies can make u happy. Even when you in a greatest sadness.

Nak kahwin , lambat lagi kan. So kalau ada anak angkat sounds good. Yang tak good nye kalau bakal suami tak setuju je. Siapa bakal suami I ? Ceyy ceyy. Hahaha. Mana ada la, tak fikir pun lagi nak kahwin dalam masa terdekat. Keinginan tu ada la. Haha :P

P/S : Siapa nak bawak I pergi Melaka jumpa Adam ? hehe :)

Best Blog Design Award :)

I dapat award ni dari Cik Eka. Thanks sayang for this award. Ish malu pulak I. Tak ada la cantik mana pun blog I ni, hehe.

Day 08- Short term goals for this month and why

Wehuu, kita continue balik dengan 30 Days of Challenge. Dah lama berehat dari challenge ni. Sebab I terlupa ! Hehe.

So my short term goals for this month are ;

1. I wanna score on my 2 mid sem exam. Financial Management and Bank Management subjects. Hopefully, amin :)

2. I've 10 months anniversary celebration on 18th October. And also Chako's birthday celebration on 19th October so yeah , still plan apa benda nak buat untuk dia for those two special days.

3. I nak bagi shape sikit kat badan I since I dah lose weight kan. Nak ajak siapa-siapa teman I pergi jogging. Anyone ? Hehe

4. I nak cari kerja part time ! Yeahhh. 

And the reason why ?

1. Sebab I nak dapat good result la on final exam. Hehe

2. Sebab I nak bagi Chako happy :)

3. Sebab I nak nampak cantik. Untung-untung boleh jadi model terus hahaha perasan !!

4. Sebab I nak beli DSLR, Blackberry, Macbook, Ipod Touch and lots and lots of clothes ! Haha boleh kan ? :P

Ok itu je. Jom la you guys join 30 Days of Challenge jugak ! :D

Wednesday, September 15, 2010

Tutorial menukar font untuk title entry

Firstly I wanna say thank to Amar yang comel sebab ajar I macam mana nak buat font yang comel-comel kat title entry. Well, few bloggers requested me this tutorial so I just wanna share links macam mana I buat font tu bertukar. You can find the tutorial here ;


I have to agree yang steps dia a lilttle bit difficult sebab masa I buat pun macam-macam benda I tanya Amar. Hehe. So if you guys ada few problems, boleh tanya I dengan comment je kat entry ni. Atau pun kat formspring I. Facebook pun boleh.

Anyway, selamat mencuba :)

Issue berat dan bentuk badan.

Ok, ingat tak on my previous entry I ada cakap I lose weight kan ? Kind of weird jugak sebab yes, I really did lose weight but not lemak-lemak on my body. Haha. Why am I still looking fat while my body weight is only somewhere around 50 kg?

Haiyaa no wonder I never like Biology. Haha

Well semalam Hari Raya Kelima kan. I pergi beraya rumah my aunty. Dekat-dekat dengan kampung I je. Yang paling tak best, I kena period pain. So aunty I masak nasi pun I tak lalu makan. I jamah roti canai je. Huhu kesian kan ? So macam biasa la, kita layan gambar. Hehe







see ? 50 kg macam ni ? Perut berlipat. Spare tyre sampai 3,4 hahahaha.

Sila ignore the 3rd photo. Mata stim. Nak tau cerita nya apa ? Bangun tidur nampak my sister kat luar terus suruh dia snap my picture. Tu pasal mata macam tu hahaha. 

Btw lupa pulak nak cerita, hari yang masa I pergi makan Pizza tu, sempat la kejap I singgah Guardian, beli Vaseline Intensive Care. Ala, yang untuk bibir tu. And I'm using Vaseline now. Murah je tau. Dalam RM 3 something.


Jom ramai-ramai guna Vaseline ! Hehe :D

Thanks for reading guys

Tuesday, September 14, 2010

Cute baby - Open House Version

Amaran awal, ini entry panjang berjela. LOL

So today, well to be exact, yesterday, haha apa ni cakap putar belit je. Well my mom buat open house yesterday. Just for relatives la tapi. So, ramai la pakcik and makcik I datang. Yang datang ni adik-beradik my mom.

Yang best nya, cousin I ni, mana ada yang besar-besar umur baya I. Ada 2 orang je. Tapi sorang je yang datang. Tapi itu pun diorang cousin tiri sebab auntie I kahwin dengan duda. Tak kisah la janji cousin la jugak kan. Dah kalau semua penuh budak kecik je dalam rumah, memang riuh la jawab nya. Tak terlayan mak nokks. Hehe.

Ok lah, jom layan gambar.



si budak nakal, Ain Farhana.



mesti mencapap jap :P


lil sis and cousin, Amirah. Mesti korang tak percaya kalau I cakap mereka ni sebaya. Haha


budak nakal tak dapat susu. Muka jadi camni. Haha

And yang paling best ada baby ! Hehe. I love babies. Nama baby ni Adam. Abang dia nama Amar. Yang pelik nya Amar ni kulit gelap, tapi Adam ni kulit cerah pulak. Hehe. Adam ni maybe ikut mak dia kot. Sebab mak dia putih. 




Ada gaya macam pegang anak sendiri tak ? Hahaha.


And dalam pada open house pun, sempat lagi I chatting dengan Encik Boyfriend. Rindu la katakan. Hehehe. Dia siap tengok lagi cousin I semua sebab kitorang ber webcam-ing. 



Chako siap suruh I print screen yang dia tulis 'I Love You' tu then tayang kat blog. Motif you sayang ? Haha.

Well seriously, I really had a great day. Sebab dalam petang macam tu, aunty I ajak makan kat Pizza and I sempat la beli McD for supper tonight.

And another happy thing was, I LOSE WEIGHT !!! Can you imagine that ? I pun tak tau macam mana I boleh lose weight. Haha. Tapi I sangat happy dengan weight I sekarang. Tapi lepas dah makan McD ni tatau la berapa pulak dia tambah hahaha.

So tu je la kot. Dah panjang lebar ni tak tau la you guys rajin baca ke tak. Haha

Thanks for reading

Monday, September 13, 2010

Blog pun nak beraya jugak

Disebab kan terlalu bosan sangat , so I pun ambik la masa sikit untuk edit blog. Edit banyak kali pun still rasa tak kemas, haha. Macam semak sangat blog I ni. Tak tahu la apa yang semak T___T

So , ni wajah baru blog I. I add border je kat sidebar and post entry. Ok ke macam ni ? Ke nampak lagi semak. Ok la, I tanya perempuan la kan since color semua pink je haha. I pun tak tahu la ok ke tak. 

I need your opinion. Mind to share ? :)

P/S : Thanks to Huda , I refer blog dia untuk tutorials.

Saturday, September 11, 2010

Wa punya raya manyak sedih woooo

Ceit , title mau bikin gempak je. Sedih ke ? Tak ada la sedih mana pun. Hehe. Sedih sebab ramai cousins yang balik lewat. Supposedly malam ni diorang balik ke kampung tapi I terpaksa balik rumah awal pulak coz my mom kerja on Tuesday. But I akan balik kampung jugak nanti , ambik adik I.

And setakat ni , duit raya yang terkumpul adalah sebanyak.....tetttttt.....rahsia la. Hahaha. Malu mak nokss :P

This year I tak banyak gambar raya pun. Actually , takde pun ! Haha. Camera I buat hal la. I don't know the camera or charger or what. I selalu charge guna multicharger je but this time it won't charge. Tu yang I pelik. I dah charge, then try masuk kan battery dalam camera, then try to on it, but still cannot on. Maybe it's the time to buy a new camera kot. Boleh paw my mom. Hihihi.



ni je satu gambar raya Hahaha.

Oh btw , thanks for those messages and raya wishes yang you guys bagi kat I. And sorry if ada yang I tak reply ke sebab banyak sangat melampau. LOL. Lepas tu kat kampung I pulak line Maxis dia kejap ada kejap takde. Choii la. Hehe. Celcom je ada. Kalau nak beli number Celcom pun macam serba salah je, bukan selalu balik kampung pun -.-

Ok lah, I nak tengok cerita Pisau Cukur ni. Later I update lagi. Raya banyak cerita best kat tv , duduk rumah je la. Hehe :P

Friday, September 10, 2010

OMG , Kimora Lee just said 'Selamat Hari Raya'

This was sooooo epic !

Tak percaya masa I pergi twitter Kimora Lee , then I nampak dia tweet 'Selamat Hari Raya'. Goshh, I don't really know where she learnt that. So cool ok ! She's so kind kan ?

Tak percaya ? Tengok ni ;


Love you Kimora !

Header raya.

This was my previous header ;



Disebabkan raya , bukan I je ada baju baru, blog pun ada header baru. I tak sure la header ni comel ke tak. Haha. Ni la header baru I, macam kat atas tu :)


Comel tak ? Haha. I selalu tak ada idea nak letak ayat apa T___T

P/S : hopefully tak ada yang rasa I annoying bila tukar-tukar header ni. Haha

Thursday, September 9, 2010

Are you moist enough ?

Yeayy dah lama I tak join contest Nuffnang. So waktu yang terluang ni , I nak join la contest baru Nuffnang. Contest by Vaseline , ARE YOU MOIST ENOUGH ?

Me , mesti la moist sebab bila I scratch kan my hand, takde garis putih pun tau ! Hehe



Tapi I rasa , color muka I ada macam baby sikit la. Putih merah ? Ceyy perasan je ! Hehe. Kira moist jugak la kan ? Haha apa kau merepek Huda, macam mana nak menang ni ? :P

Well , I nak cerita sikit pasal Vaseline. Ni cerita betul , bukan tipu , bukan untuk menang ke apa ok ? Serious tau. Benda ni terjadi masa I kat Matrix Penang. As you all know, negeri-negeri di belah utara kan agak panas berbanding Kuala Lumpur kan ? So one day ni, kulit muka I teruk sangat menggelupas. Padahal I tak pakai pencuci muka apa pun. Semua pun tahu I memang jenis tak pakai pencuci muka kan.

So , macam-macam I try la, moisturizer la, siap try pencuci muka lagi. Padahal tak pernah guna ni. So one day, ada kawan I suggest Vaseline. Dia siap bagi pinjam lagi Vaseline dia. Wida kot tak silap I. So I try la. Guess what , kulit muka I terus tak menggelupas dah. Sekejap je dalam sehari dua dah elok tak silap I. Tak berapa ingat la sebab dah lama kan.

Sejak tu, I guna Vaseline je la untuk muka and bibir I. I suggest bagi siapa-siapa yang ada masalah bibir atau kulit muka mnggelupas macam I ni, guna kan Vaseline. 100% works. Selalu kalau brand lain dia mesti macam untuk orang ni jadi , untuk orang ni tak jadi kan ? Tapi Vaseline, untuk semua orang jadi, seriously ! Sebab kenapa I cakap camni ? Wida kawan I yang suggest I pakai Vaseline ni , kulit muka dia lain sangat dengan I. Tapi even kitorang dua-dua kulit muka lain, it still works to both of us.

Vaseline ni ada 4 jenis ye adik-adik. Total Moisture, Intensive Rescue, Aloe Cool and Fresh serta Healthy White. And don't worry sebab Vaseline ni you all boleh pakai kat mana-mana je yang you all nak. Even your face. So apa tunggu lagi , pergi beli Vaseline sekarang jugak sebab I pun nak rembat Vaseline ni esok.

Ye la esok, ni dah malam ni. Hehe

So I suggest you guys try Vaseline sebab Vaseline memang ok sangat. No regret at all. Klau ada tak puas hati , meh complaint kat I. Hehe.

Ok, bercerita pasal Vaseline contest ni , nak tau apa hadiah dia ? 
Best Written Blog Posts
1st Prize – RM3,000 cash + Vaseline products
2nd Prize – RM2,000 cash + Vaseline products
3rd Prize – RM1,000 cash + Vaseline products
5x Consolation Prizes – RM200 cash + Vaseline products
Best kan ? Ada lagi ! Contestant, female blogger yang berjaya menjadi "The Most Vibrant Skin" akan memenangi handbag Coach worth RM 2000 ok ! Phew, Coach, idaman kalbu tu. Tapi ada ke chance I nak dapat ? Huhu hope so.

So for more info just click HERE :)

Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Eleh , mesti you all dah tau dah I nak letak gambar sape. Haha. Ok, ok actually ada 3 orang yang ada biggest impact in my life. Tapi sorry sangat sebab I terpaksa letak 2 je. Sebab my first idol tu I tak boleh la letak gambar dia , bahaya. Kenapa ? Biar I sorang je la yang tau , hehe.

1. My dad - I memang proud of my dad. Sebab my dad change from someone yang sangat susah kepada orang yang dah boleh bangga dengan hidup dia sekarang. Buat siapa yang mengikuti perkembangan blog I , mesti dah tau dulu my dad susah macam mana kan ? So yeah , dia memang ada biggest impact in my life.

2. Tun Dr Mahathir Mohamed.


Ni siapa tak kenal ? Epic ni ! The best Prime Minister Malaysia ever had ! Tun memang punya impact yang besar dalam life I. I boleh cakap Tun la yang bagi I spirit and confidence untuk study betul-betul and prove to everyone yang orang Melayu pun boleh pandai. Yang orang Melayu bukan sebodoh yang orang lain sangka. I love him as he thinks of something that will be happen 10 years in future. Boleh ke kita nak dapat orang sebijak Tun lagi ? InsyaAllah :) 

3. My Chako lah !


Haha ni memang la kan, semua orang pun tahu. Sebab ? Maybe sebab dia tunjuk kat I yang tak semua lelaki take me for granted. Yang tak semua lelaki nak ambik kesempatan kat I. Yang tak semua lelaki nak I sebab duit je. He's the one yang sanggup bagi semua duit gaji dia kat I. Yeah, he's the one and I really hope our relationship lasts longer. 

Tu je la, what about yours ? :)

P/S : Lately banyak sangat entry geli-geli. Rindu la, hehe. Tapi mesti ada orang tak suka. Hahaha

Entry terakhir Ramadhan.

Yeah , ini lah entry terakhir Ramadhan sebelum I pulang berhari raya ke Kuala Kangsar , my kampung. Hehe. Dah lama tak balik kampung and seriously I miss my cousin a lot ! Kalau nak tahu , I yang paling tua antara cousin I. Yang lain semua kecik-kecik lagi. Tu yang I suka ! Hehe

And I'm wondering I dapat ke tak duit raya this year ? Haha I'm getting old , so sad :(

Well, Alhamdulillah , Ramadhan kali ni memang bermakna dari I. Lebih happy I rasa dari Ramadhan sebelum nya. Even family I jauh and selalu tak dapat berbuka sama , tapi at least I dapat berbuka dengan family Chako. Everyday ok kecuali kalau I ada class sampai petang. And I'd been treated like a real family of them. Seriously and I rasa terharu sangat.

I ingat lagi first day of puasa I menangis sebab berbuka sorang-sorang. Rupanya emosi I memang tak stabil time tu. Anank bulan dah mai orang kata. Haha. I complaint kat Chako, call dia sampai nangis-nangis. Hehe. Terus dia ajak berbuka kat rumah dia esok nya. Tapi I tak pergi pun esok nya tu sebab Chako tidur sampai petang and tak sempat nak fetch me. Huhu.

Raya esok. Tapi I tak beli satu pun baju kurung haha. Hebat kan ? Tapi I ada beli kebaya pendek dekat Jusco hari tu. Now I tengah pening nak match kan dengan kain apa, tudung apa semua. Hadoiii mati la mak nyahh. Raya dengan baju tahun lepas je la. Tak kisah la, janji ikhlas nak beraya rumah orang hehe.

So for all, I ucapkan selamat hari raya. Sorry if sepanjang I buat entry as a blogger ni, I ada kecik kan hati siapa-siapa ke. Kalau ada siapa-siapa nak post duit raya ke apa, boleh la kiranya mintak kat I alamat rumah I. Hahaha.

Ok, itu je, penat bebel. Heh :P



Thanks for the relationship ♥ 
ILY always, you know that kan ? :)

Finally , HUD HUD'S BLOGSHOP !

Walawey , gila lama I simpan harapan nak ada blogshop sendiri. Ini pun baru tercapai sebab baru kemas-kemas balik buku yang berlambak ni. Hehe. Baju pun ada tapi buat masa sekarang I malas nak snap pictures and publish so yeah maybe later.

This is the link for my blogshop ;


I provide almost everything. Buku , baju , shawl , macam-macam la. But I tak publish semua sekarang. Lek lek dulu. Hehe. So I suggest better you guys follow blogshop tu sebab there are more items coming soon. Ini bukan items yang belum confirm datang atau tak. Tapi ni betul-betul yang dah ada kat tangan I sekarang. 2nd hand items la tapi. 

Baju and dress pun sangat banyak , tapi I tak snap pictures lagi so yeah you guys have to wait. That's why I cakapyou guys kena follow blogshop I. Hehe

So itu je nak bagitau. Anyway , selamat hari raya ♥

Wednesday, September 8, 2010

Mentang-mentang I suka jawab tag.

Kenapa I suka ? Entah la. Sebab bosan kot. Takpun sebab I suka orang tau banyak pasal diri I . Nanti dah famous tak payah la sibuk-sibuk tulis biodata kat majalah. Hahaha boleh tak camni?

So tag kali ni datang dari Cik Ain . Jom layan.

Rules and regulation :
i) If you've been tagged, you must write your answers in your own blog and replace any question that you dislike with a new, original question.
ii) tag eight people. (ramai nya T___T)


1. Who sleeps in bed next to you ? 
My husband.No one. I slept alone.

2. What are you doing now ?
Err answering this tag ? LOL

3. What kind of kuih raya that u make ?
I don't make any ! Haha. Kat rumah I tak ada oven so yeahh huhu

4. Best day of the week ?
Idk, probably Friday or Saturday :)

5. What really creepy ?
Cockroaches ? Hahaha

6. What's you current fandom / obsession / addiction ?
Chako ! Ok tipu je. Gadget la ! I pening ni nak beli Blackberry ke E72 T___T

7. What are the color of your baju hari raya ?
Orange. Mak tak pernah ada orange nokkkss

8. What did you eat for breakfast today ?
Oh u mean sahur ye ? Nasi Ayam yummy :D

9. What is your aim for this raya.
Duit raya la of courseee. Haha

10. What was the last thing you bought ?
Air bandung cincau kat bazaar. Peghh ni yang dahaga ni 

11. What was the coolest thing you have seen recently ?
Kat BB , ada pasangan paling tinggi di dunia tu. Fuhh gila la orang ke apa ni ? -.-

12. Does the cool thing above affect your mood.
Ye la gua terasa gua rendah. Ceit !

13. What is your zodiac sign ?
Saggitarius. Ok birthday I 9 Dec , jangan lupa ok , I nak hadiah banyak banyakkkk. Ok, over !

14. Do you want to learn other skills ?
Yeah, skill freeze kan orang . Coooolll

15. Where are you now ?
London :P

16. If you could meet anyone now , who could you meet ?
2 Justins. Bieber and Timberlake ! Ahaha

17. What's something you want to say to someone right now ?
I love you , more and more by day . Tau tau je la untuk siapa kan ♥

18. What are you looking forward to ?
  •  Iphone 
  •  Ipad
  •  Macbook
  •  DSLR
  •  Graduation
  •  Have my own business. Hopefully I tak dapat kerja dengan gov tu ! Haha kejam !
  •  Of course la kahwin. Before 25 kalau boleh. Paling lewat 30 la. Heh.
  •  Haji.
  • And lastly , nak ada anak yang baik dan comel . Heheh :P
( Apsal macam banyak je part ni ? Hahaha )

19. Say something to person who tagged you.
Ain , selamat hari raya ! Duit raya jangan lupa. Lebih-lebih sikit ! Haha

20. Tag 8 people.
Ok ni serious gua cakap gua malas. Siapa nak buat sila kan. Cakap je dapat tag dari I. Hehehe :P



From Maher Zain

First time I dengar lagu ni dekat Facebook , kawan I , Sheera post dekat Facebook. Masa I dengar serious I cakap memang I menangis tau. Entah la, lagu ni tak sedih tapi message yang dia sampai kan tu , doa-doa dia , buat I rasa macam sedih sangat. Huhu. Jom layan nasyid ni :)




Kalau I kahwin nanti , I nak pasang lagu ni la :)

And hopefully , insyaAllah , biar lah jodoh I kekal dengan Chako. Amin. Doakan I ok. Dan I akan doakan relationship anda juga, moga kekal.

Especially untuk readers blog ni yang dah kahwin ke, bertunang ke , boleh la dedicate lagu ni untuk your special one. Dari bagi hadiah yang macam-macam tu , bagi lagu ni mesti dia lagi terharu. Hehe.

Ni ambik kau kad raya serba hitam !

Kad raya ? No, no. Takde siapa nak beli kalau kad raya cam kad berkabung ni. Hahaha. Tapi apa pun layan je la kan hehe.



Dalam kad ni pun dah boleh nampak tahap kemalasan I. Tengok kat font tu haha.

Anyway , selamat hari raya and maaf zahir batin. I maafkan sesiapa yang dah minta maaf kat I je. Yang sombong dan ego tu lantak la. Hahaha boleh tak macam ni ? Ish, ish kejam :P

This year I beraya kat Perak , kampung la mana lagi kan. Tak pernah lagi I beraya kat KL. Teringin la nak merasa hehe. Tapi , tapi sedih la tahun ni I tak dapat kad raya. Maybe sebab I pun tak bagi kad raya kat orang kot ? Hehe.

Jangan lupa duit raya eh. Duit , atau cek boleh la dihantar ke alamat... eh eh OVER pulak. Haha

Next Previous Home