Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Monday, December 20, 2010

Surat untuk Chako. Kan dah cakap, malam-malam kena entry sedih.

Tajuk tu dah macam lagu Jamal Abdillah punya style la pulak. HAHA. Sebenarnya , memang ni yang I nak buat. Banyak benda yang berlaku dalam life I sepanjang ketiadaan Chako. Teringin sangat I nak cerita dekat dia, tapi takpelah. I kena faham his situation kan :)

Dear Chako ,

I hope you will always fine. Me ? I kat sini ok-ok je. Missing you too much I guess. U tak miss me ? I ketuk kepala u kang ! HAHA. Hari ni I happy sebab I berjaya buat sales, dua perfume I jual sekaligus. I bangga sebab ye la, I ni kan jenis pendiam, mana reti nak marketing ni, hehe. Sepanjang you takde , macam-macam benda I buat. Makin hari, I dah makin berjaya buat sales. Tapi tu la, kadang-kadang perangai customer ni boleh buat menyampah. I harap u ada so that boleh la I lepaskan kemarahan I kat you, kejam kan ? Hehe. Hari tu I pergi holiday dengan family, kat Malacca. You tau kan, kan I ada cerita before you pergi. I nak beli rantai untuk you tapi I rasa better kita beli kat KL je la sebab nanti tak kena dengan taste you pulak. By the way, masa 18th Nov tu I sedih sangat sebab kita tak dapat celebrate. Even you tak suka celebrate monthly anniversary tapi peduli hape. I nak celebrate jugak. HAHA. Kita dah setahun sebulan, macam tak percaya kan ? I love you more day by day and I know you felt the same way too. You tahu, hari-hari I pakai sweater you. Kalau I rasa panas I bukak and I hug sweater tu. Rasa macam I hug u pulak, cewahh. Hehe actually I'm crying when I typed this out. Sorry, can't help it. I selalu fikir you makan apa semua , tapi I tahu you pandai jaga diri kan ? You selalu cakap don't worry about you too much. You tahu nak jaga diri. I harap you ok kat sana. Orang semua suruh I be tough tapi sebenarnya susah sangat but I will. Because I love you and no one can replace you. Ok, itu je untuk kali ni b, I dah nak balik. Masa kerja dah nak habis. Nanti I dapat gaji kita pergi holiday ok ? Hehe. Goodnight sweetheart. Miss you :)
And I miss your silly face :')

Contest nak menang blog header makeover !

I telah di tag oleh Cik Dianna. Tapi sebelum dia tag ni pun I memang dah lama nak join tapi busy sangat sampai tak berkesempatan nak buat entry hehe. Contest kali ni di anjurkan oleh Sri, owner blog cicakdanlelabah yang sangat awesome! Nak tahu syarat-syarat sila click SINI.


So kenapa I nak makeover header and blog I ?
1. Sebab I dah banyak kali tukar header, still tak tahu mana yang sesuai untuk blog I.
2. I banyak idea tapi tak reti guna photoshop T_____T
3. I nak buat rounded edge tapi I tak reti ! Grrrr.
4. I tak tahu mana nak dapat kan font yang comel macam blog cicakdanlelabah ni
5. Orang pro yang buat kan header and make over blog, siapa tak nak weh ! Hehe

I nak tag ;

Good luck for all !

Perfume murah gila !

Hello guys. Hari ni I nak ber business pulak. Cewahh. Well, butik I kerja ada buat promotion for perfumes. I nak ajak you guys beli perfume ni sebab it's so cheap !

Ok, ni promotion dia ;
Big bottle ( 50 ml above ) - RM 180
Small bottle ( 50 ml below ) - RM 130
Murah kan ? Nak tengok list of perfume ?









ISSEY MIYAKE







ANGEL ROSE











ANGEL STAR











ANNA SUI SECRET WISH







GIORGIO ARMANI ATTITUDE







GIORGIO ARMANI CODE







BLV II







BLV POUR HOMME







BLV






BVLGARI ROSE







CALVIN KLEIN ETERNITY SUMMER







DAVIDOFF COOL WATER







DUNHILL DESIRE BLUE







DKNY BE DELICIOUS







HERMES







ESCADA SPARKLE FOR MEN







ESCADA SUNSET HEAT







DIOR FAHRENHEIT







RALPH LAUREN GLAMOUROUS







GUCCI BY GUCCI







LACOSTE TOUCH OF SUN






MAGNIFIQUE







LANCOME TRESOR







LOLITA LEMPICKA







COCO CHANEL MADEMOISELLE







DIESEL ONLY THE BRAVE







HUGO ELEMENT











So kalau ada sesiapa yang berminat boleh la place your order dekat comment box I je. Takpun if ada sebarang pertanyaan boleh tanya dekat Formspring I. And by the way , if you guys nak perfume yang tak ada dalam list tu, boleh bagitau dekat Formspring I jugak, kot-kot boss I boleh dapat kan stok tu ke.

Fyi , perfume dekat butik I ni semua original. Money back guarantee ok. But kami tak sediakan kotak that's why perfume ni murah. Tapi kalau ada sesiapa nak order by post, of course la kita letak dalam kotak cuma kos penghantaran ditanggung oleh anda.

Kalau ada yang nak tengok sendiri depan mata , boleh la datang ke Armada Hotel, Petaling Jaya. Berdepan dengan LRT Asia Jaya.

Selain perfume, baju Polo, La Martina, Ed Hardy and macam-macam jenis handbag ada. Semua murah and original ok. Tapi baju and handbags I'll update later. Sekarang, perfume dulu. Hehe.

Ok, itu je. Beli jangan tak beli :P

Sunday, December 19, 2010

Kahwin memang susah , tapi ingat bercinta pun senang ke ?


I love you and I'll wait for you :') I know you miss me too right ? :')

Well this entry is supposed to be done yesterday tapi sebab I was on holiday so I postponed lah. Hehe. One year and one month. Seriously the longest relationship I ever had. The best boyfriend. Even orang cakap he's not the one for me coz compare to our educational level, but still, he's the best for me. Even I banyak menangis dengan dia, memang banyak HAHA, but still, he's the best. Dia mungkin bukan yang terbaik bagi pandangan you all tapi memang dia terbaik untuk I.

Dia selalu suruh I kurus which I hate it but have to do it. Bila I dah makan dekat rumah dia , then kitorang keluar, then I nak makan lagi, mesti dia tak bagi. Ye, Chako kejam T___T  But then dia adalah lelaki yang tak kedekut langsung. Kalau dia ada duit memang semua I nak beli ke, makan ke, semua on him. Macam masa my birthday, dengan my sister sekali dia belanja.

Dia paling banyak persamaan dengan I. Dia pernah cakap dengan I dulu. Dia selalu mintak kat Tuhan yang dia nak perempuan yang sama macam dia. And finally he got me. Sangat terharu kot dia cakap macam tu. Dia tak romantic. Tapi dia pernah buat candle light dinner untuk I. He actually so sweet inside :')

I miss him, seriously. Only God can describe what's my feeling now. He hates to see me crying but that's me. Senang menangis. Kalau I menangis, memang dia pujuk I sampai I ok. Even kadang-kadang dia marah sebab ye la, I lapar pun I menangis. HAHA.

Dia la yang paling tahan sekali dengan perangai I. But he's so mean. Dia selalu mengorat perempuan lain even dia depan-depan I pun. Kalau ada girl cantik lalu mesti dia cakap 'You, hot gila dia tu' . HAHA tak percaya ? That's him. But nak merajuk buat apa kan ? Bukan dia dapat pun that girl haha. Dia suka mengorat-mengorat tapi saya tahu hati dia untuk saya. Cewahhh :P

I memang try my best to get him so definitely I will not let him go easily. That's for sure. Honestly , masa mula couple hati dia memang bukan untuk I. But after one year, I boleh nampak changes. Sometimes bila I lepak tempat dia then I nak balik, mesti dia tak bagi. Kalau boleh, train pukul 11 tu baru dia suruh I gerak naik train tu. Hehe. I know he loves me now, but maybe I love him more kot hehe.

Gaduh ? Couple mana tak pernah gaduh. Kitorang pun pernah. Siap maki-maki lagi tu. Tapi Chako, sangat senang nak deal dengan dia. Kitorang gaduh, dua-dua senyap, then dia pujuk I balik. Kadang-kadang I yang start dulu cakap dengan dia. Tapi bila dia tanya then I jawab sepatah-sepatah , dia akan start pujuk I masa tu. Hehe mesti korang geli en dengar I cakap macam ni ? Haha ok dah la. Tu je

I cuma nak cakap , if you guys really love your bf or gf, jaga la dia elok-elok. Kekurangan tu biasa la. Nobody's perfect kan ? Kepercayaan memang sangat sangat penting dalam relationship. Untuk orang yang berkahwin juga. I tahu, percaya sangat tak boleh kan ? But you really should know you lover. Tahu siapa dia, perangai dia. Sepanjang I couple dengan Chako, serious I cakap, trustworthy is really,really important.

So for you guys yang in a relationship with someone, hope hubungan korang lasts forever. Pray for me also ok :)

HAPPY ONE YEAR AND ONE MONTH ANNIVERSARY, CHAKO

Aku tak bercuti ke Paris and London macam kau.

Hello guys !

Dah dua hari I tak blogging rasa rindu pulak. Duk fikir pasal blog je masa cuti. Ok tipu je. Hehe. I fikir pasal Chako la. Even holiday fun and best , tapi hari-hari I fikir pasal dia. Hope to meet him soon, insyaAllah :)

Oh by the way, I just came back from Malacca. As you all know, I holiday ke sana dengan my family. Bertolak dari KL dalam 10 pagi macam tu. And sampai-sampai je terus jam especially dekat Jalan Gereja. I menyampah sikit Malacca sebab jalan dia banyak one way. Bila dah terlepas satu simpang mak oi jauh gila nak u-turn balik.

Kitorang pergi hari Jumaat so sampai-sampai je memang my dad and lil bro kena pergi solat Jumaat dulu la. Sementara tunggu diorang , my mom, lil sis and me, kitorang pegi shopping dekat Dataran Pahlawan Mall I think. Well not bad tempat tu. Ada Nichii, MNG, macam-macam boutique best la ada. So I just beli jeans and few shirts.

We went to few places after that. Jalan-jalan je.Tapi tempat bersejarah tak pergi langsung HAHAHA. Sebab dah selalu sangat pergi. Asal pergi Melaka je pergi Stadhuys. Bosan. So this time we decided to go to place yang kitorang tak pernah pergi. At first plan nak naik Menara Taming Sari tu tapi tak jadi sebab semua macam nak muntah lepas naik River Cruise. Haha mabuk laut la konon.

On Friday night , plan nak pergi Jonker Walk. Tapi tak jumpa ! Serious tak jumpa, hampa tau. I baru ingat nak cari vintage stuff kat situ. So sebab dah tak jumpa my dad cari la tempat makan. Tapi susah nya nak cari tempat makan Melayu. My mom tak nak makan dekat mamak. So kena la cari kat tempat Melayu jugak. At last kitorang jumpa satu kedai nasi lemak kukus dekat area dataran pahlawan la. Sedap gila kot nasi lemak dia sampai dah balik KL pun my dad cakap nak pergi Melaka semata-mata nak makan nasi lemak. Pfft. HAHA.

On saturday we went to Botanical Garden and Jusco. The big one. Can't recall the name of the shopping mall. Botanical Garden, for me, takdela best mana pun. Best naik buggy ride tu je la. Tapi kena ada lesen ok or atleast tahu nak bawak kereta. Kalau tak, ke laut la kau. HAHA. Sebab you guys kena lalu dalam hutan.

Lepas pegi botanical garden baru pergi rumah my aunty untuk solat then lepas tu baru la kitorang pergi Jusco besar tu. I tak shopping pun just my lil bro je beli baju dekat Oreef. Cheap ! Jealous sangat sebab baju lelaki banyak yang murah-murah. Tapi memang puas hati shop dekat Melaka coz banyak barang murah and on sale and ada my size ! Kat KL ni macam susah je nak cari ? HAHA.

Oh just a few pictures

parents :)


lil sis




belakang tu straits of malacca 


buggy ride aka barbie's car. HAHA

botanical garden


mom

dataran pahlawan


food court dataran pahlawan


lil bro

straits of malacca


River Cruise. Satu kepala RM 10 je and worth it !


Hotel room. City Park Hotel Melaka yang well, not bad :)



the big Jusco. Hehe


HAHAHA :P

Itu je cerita di Melaka. Kan best kalau I dapat text Chako masa ni. Hmm. And by the way blog ni berjaya ke peringkat ke dua dalam Blog Baru (2010) Pilihan Malaysia. Thanks pada semua yang mengundi. Jangan lupa undi untuk peringkat ke dua pulak nanti ! Hehe

Thursday, December 16, 2010

Mesti anda semua tidak percaya

Skema gila title.


Tak percaya ? Well I rasa I percaya. Reason ? Tadi I menangis dalam train, well obviously sebab my previous entry tu la kan. And yeah the first drop is from the left eye. And it's pain sebab I miss him too much, I mean my boyfriend.

Well you can try it by yourself. Tapi jangan la buat-buat nangis. Hehe. Kena betul-betul menangis la sebab something happened. By the way thanks for those advices yang you all bagi kat I on my previous entry. Terharu sebab I ingat tak ada siapa pun nak kisah pasal I.

But just to make you all clear, I dengan Chako bukan break, bukan bergaduh, bukan bermasam muka semua tu bukan. Cuma sesuatu terjadi dekat dia. Itu je. I hope he come back early, because my life is totally miserable without him :'(

*Don't forget to vote for my blog on http://bpm-undi.blogspot.com . Vote for number 240. Voting ends on Friday so be hurry ! :D*

Separuh jiwaku pergi !

Macam yang I dah bagitau kat status FB and also my twitter. Something bad happened to my one and only Chako. Apa yang jadi tu jangan la you all tanya sebab ini too private and I tak boleh nak cerita dekat semua orang.

And my mood right now ? Entah la, I sedih je. Our relationship tak ada apa-apa masalah. We're just fine. It just something bad yang terjadi kat dia, I can't call him, not even a single message and dia pun sama jugak. So we both have to wait until all things settle down. But I don't know when and memang penantian tu satu penyeksaan ok.

Sumpah I tak ada mood langsung nak buat apa. Nak tidur susah. I slept around 3 am this morning. And I dream of him. Ingat tak I cakap dulu I susah nak bezakan mimpi and reality ? Indeed I rasa yang I mimpi tu macam real. Macam real je I usap dahi dia semua. OMG , I'm crying when I type this out. I can't concentrate to works either. Sigh

I hope everything will be just fine. Maybe ada few friends yang advice I, just for a few days. Tapi I jenis susah nak jauh dengan Chako so few days tu memang rasa lama. The thing is how to make me stop crying. If ada kawan yang lepak sembang-sembang dengan I, yeah I boleh lagi gelak. But then bila diorang dah pergi, there it goes, I'm crying again :'(

I miss him. Too much. Tuhan tolong jangan buat kami macam ni :(


I love you :'(

P/S : I tak tau macam mana nak holiday esok ni. Takde mood :(

Wednesday, December 15, 2010

Handphone baru lagi ?

I easily get bored with handphones, so yeah, handphone baru lagi la jawab nya ! HEHE.

Well, I plan nak beli phone baru. Tapi I agak pening nak pilih yang mana. Ada jugak I terfikir pasal BB and iPhone tapi susah sebab dua-dua tu better pakai postpaid kan. I tak guarantee I boleh bayar bulan-bulan. Sebab I ni memang bukan jenis menyimpan. HAHA

So, the first phone that came out from my mind was Nokia C3. Then I post status kat FB, asking everyone what's their opinion. Nampak nya, C3 not my taste of phone even dia qwerty keypad sebab camera dia tak berapa nak ada quality sangat.



Thanks to Zana and Hakim :)

So, ini masalah I sekarang. Nokia C6 or E72 ? I need more suggestion please ! I nak tahu tahap kelajuan wifi and also quality camera. Both are 5 megapixel but which one better ?

* Don't forget to vote for my blog at http://bpm-undi.blogspot.com . Vote for number 240 , hurry guys, closing date is on Friday ! :D *

Tuesday, December 14, 2010

Kau ingat sebab aku salesgirl aku tak kaya dari kau ?

Sepanjang bekerja di Armada Hotel ni, macam-macam perangai orang I dah jumpa. Macam-macam kerenah. Ada yang sampai buat I menyampah, sampai rasa nak berhenti je kerja. Haha. Tapi I remember one thing, don't make a person that you hate ruin your own ambition. Betul tak ? Sebab kita benci orang tu, kita stop study. Tak patut kan ?

Pasal orang yang baik tu, kita tak payah cerita la kot ? You all pun mesti tau orang yang baik macam mana. Selalu senyum even kita buat salah ke apa kan ? Ni nak cerita pasal orang berlagak sombong ni.

Ok, fyi, butik yang I kerja dekat Armada Hotel ni adalah tempat laluan orang ramai. Kira kalau orang dari parking lot nak ke lobby , kena lalu butik ni dulu. So memang selalu la I senyum kat orang yang lalu lalang ni. One of the way to attract customer kan ? Dah kalau muka kau masam mencuka kau ingat ada orang nak masuk kedai kau ? Memang tak lah. Masuk kedai harimau. HAHA.

Ok, not to be racist or what , orang yang memang jarang nak senyum balik adalah Chinese, especially woman. I don't know why but I received many complaints from my Malay friends, yang Chinese kalau dah kaya dia selalu pandang rendah pada Malay yang kerja biasa-biasa je ni. Example, you all tengok je la dekat Jusco. Mesti at least sekali sehari akan ada pekerja Malay kena tengking. Maybe sebab lambat ambik barang atau apa. Come on la, why don't you do it yourself tengok lambat ke cepat.

But one good thing about them is that, diorang tak macam ni bila deal dengan Chinese worker jugak. Dengan Malay je diorang suka nak tengking-tengking ni.

Al kisah dengan Malay pulak, dah kaya, berlagak. Muka nak sombong je. Hello awak, kita ni sama Melayu tau. Kalau you malu nak senyum dengan I yang setakat kerja butik ni, kiranya you pandang hina bangsa sendiri la. Memang Melayu tak pernah nak maju la. Kaya sikit je dah berlagak padahal baru pakai Honda City sebijik. Pffttt. And one more thing, ingat I kerja ni sebab I miskin sangat ke ? Silap hari I jadi Bank Manager , business dia dah lingkup. Time tau kau tau la langit tinggi rendah.

So conclusion is that, jangan la pandang hina orang lain even dia tu promoter and you all ni CEO of a big company pun. Kalau orang senyum kat kita, kita senyum je la dia balik. Lantak pi la dia nak mengorat kita ke apa kan. Janji niat kita nak balas senyuman dia je, bukan nak menggedik. Tapi jangan la pulak korang jumpa mamat handsome kat mall pastu tetibe senyum kat dia. Tak ke menggedik nama nya tu ? HAHA.


credit : google


P/S : Tak berapa suka deal dengan customer Arab, macam rude la.

Sentap tak Arsenal fans ?



HAHA , malas lah comment lebih kan. But I admit , Rooney's penalty is the worst, ever ! Tapi, kesah pulak ? Janji menang. Kan dah cakap, Man Utd mesti mari ! HAHAHA.


Yang penting number 1 okayy ! :P

Oh ya, esok Malaysia against Vietnam yah ? All the best Malaysian team. I tak dapat tengok la, kerja. Tapi best pulak tengok orang update status and tweet cakap nak beli ticket la. Meriah :)

*Don't forget to vote me on Blog Baru Pilihan Malaysia. Just click to this site ; http://bpm-undi.blogspot.com . And vote for lucky number 240. TQ :D*

Ini cerita pasal boyfriend. Tak suka jangan baca.

Amaran awal tu tajuk dia. As you all know. Chako ni bukan la kind of romantic guy kan ? So imagine yourself dapat boyfriend yang tak romantic langsung lepas tu dia cakap sweet kat you. Apa you rasa ? Mesti macam excited nak bagitau semua orang kan ? Macam tu la I !

HAHAHAHA.

Me : Sayang, next week I nak pergi Malacca dengan family. You ada nak beli apa-apa tak ? Btw, I mish you :)

Chako : huhu, beli kan tshirt i love huda, ada tak kat melaka? haha, mish me ? i dont care, haha. mis u too syg.
Tu je dia cakap tapi tu pun dah buat I cair. Ingat Chako ni kalau sayang orang dia nak tunjuk ? Kadang-kadang je tau. Sebulan sekali ? HAHA. Sebab kebanyakan masa dia buat I jealous lagi ada la. I pun tak faham kenapa ramai perempuan nak kat Chako. Adik I and even kawan I pun cakap dia handsome

Chako handsome ke ? LOL



P/S : Siapa yang in a relationship, jaga la bf korang tu betul-betul. Nanti dah break up , lepas tu lelaki tu couple dengan orang lain, baru nak terhegeh-hegeh cari. Time depan mata tak nak hargai, lepas tu dah menyusahkan orang lain. And siapa yang single tu , agak-agak la sikit kalau nak ajak bf orang keluar lepak ke apa. Lepak berdua je tu dah lain macam. Susah ke nak fikir benda simple macam ni ? Tak kot.

Monday, December 13, 2010

Ye, saya memang suka email lucah ni !

It makes me hornyyyy ! Acik lu !

Actually this is my first time received this kind of spam. Siapa boleh tau kenapa ? Macam mana boleh kena spam eh ? Before this ada jugak spam tapi setakat yang nak bagi duit tu je la. Huhu T____T

Lepas tu email dia tak nak macam bodoh pulak ? HAHA

click untuk orgsm. HAHAHAHA WTF !!

Ok dah dah, dah bertukar jadi blog lucah pulak blog I nanti. Hehe. Nasib baik dia tak hantar video ke, gambar ke. Kalau tak, entah la tatau jadi apa. HAHA. 

* Vote untuk blog "Please, no paparazzi" di http://bpm-undi.blogspot.com/ . Blog baru (2010) Pilihan 6 dan number 240. Vote untuk number 240 :D*

Vote untuk blog baru pilihan anda sekarang !

Seperti yang I dah gembar gembur kan , undian kini telah dibuka untuk Pilihan Blog Baru (2010) Pilihan Malaysia. I tengok result tadi, undian I ciput je. Sobbbs. Takde orang undi I ke :'(

By the way , kalau nak mengundi , sila click link ini , http://bpm-undi.blogspot.com/ . Kemudian pergi ke Blog Baru (2010) Pilihan - 6. Dan vote untuk number 240 . Jangan lupa, 240 ok !

Thanks untuk yang dah mengundi. Yang belum, apa tunggu lagi ? Hehehe. Jangan lupa 240 ok :D


Siapa undi I, I bagi hadiah mainan kat belakang ni. Ekekeke :P

P/S : Hari ni I demam, nose bleeding and kaki cramp T___T

Sunday, December 12, 2010

Don't forget to vote me on Blog Baru (2010) Pilihan Malaysia !

The voting starts tomorrow at 7 AM and ended on 17th December at 7 AM also ! But , this is just the Part 1 voting guys ! So do help me, dengan baik hati nya, sila lah vote I. And remember the lucky number of my blog is ;


240


Nanti you guys kena letak number blog je dekat ruangan comment. Bukan nama blog I tau. Remember that. Oh , ini url Blog Pilihan Malaysia ; http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

Wuuu takut nya. Dah la blog lain yang join semua hebat-hebat. Hopefully ada rezeki kat sini. And for those yang akan vote, thanks a lot ! :D

Day 23 - Something you crave for a lot

The answer will be , coffee ! HAHA.

This is such a tough topic. Banyak benda yang I mengidam. Nak I senarai kan pun boleh. Ni kira benda yang I nak sangat la.
1. iPhone 4
2. Macbook
3. iPad
4. iPod Touch 4g
5. Blackberry Torch.
HAHA over kan ? Gila pengsan bapak I kalau I cakap I nak benda-benda ni. So kena la beli sendiri. So, that's why la I kerja sekarang ! Boleh tak ? Hehe.

If we talk about food and drinks. I crave for Subway and coffee a lot nowadays. I dah lama tak minum Java Chip Starbucks. Hari tu I nak beli tapi Chako tak bagi. Maybe sebab mahal and dia rasa tak worth it kot. Tapi Subway , time birthday tu last I makan. And nak makan lagi ! Hehe.




Saturday, December 11, 2010

Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass

I telah ditag oleh orang yang suka tag I dan I pun suka tag dia iaitu , Lassie si gedik ! HAHAHA.

This tag is all about give away domain by Sumijelly & Sekilass . Untuk tahu cara-cara dia, you guys pergi dekat blog Sumijelly. And once dah siap buat entry , you guys kena la letak url entry tu di blog Sekilass


Ok sekarang , kenapa I nak domain tu ?

Simple je, I memang dah lama nak domain. So disebab kan ada chance untuk dapat kan domain, I must grab it, right ? Then , if dah ada domain, tak payah nak type url blog panjang-panjang lagi especially bila I nak type url blog dekat chatbox. Fuhh , letih ! And one other thing, I nak domain sendiri sebab, bila ada orang search something on Google than blog I ada tulis pasal benda tu , for sure link blog I akan keluar dulu berbanding yang blogspot.com ni , betul tak ? Hehe. After all, nak ada domain sendiri memang impian I. So harap-harap I boleh dapat :)
Dan sekarang I kena tag 3 orang. Orang bertuah itu adalah ;


Ok, tu je :)

Perhatian untuk para pengundi blog ini

Cewah, ayat nak skema habis.

Ok, ingat lagi tak dulu I ada cakap yang I join Blog Baru (2010) Pilihan Malaysia kan ? Sukacita I nak maklumkan , *etf dengan ayat skema nak mampos HAHA* , yang I tersenarai sebagai calon Dalam Kumpulan Ke Enam.

Click sini, untuk lihat , KUMPULAN ENAM. And my lucky number is ;

240 !

Hehe. Undian belum dibuka lagi tapi just nak inform you guys pasal number bertuah I ni la. Tapi nanti kalau undian dah dibuka, you guys just kena vote for my number sebab dia tak akan letak nama blog. So, ingat number I, 240 ! :D

Anyway , cara nak undi boleh tengok dekat SINI.

P/S : Good luck untuk semua yang tercalon jugak :)

My second day of working.

Hari ni sangat kelakar HAHAHAHA sangat miserable.

Tadi ada customer datang. Nak beli baju Paul & Shark worth RM 600. So ok la everything going well. Sekali dia nak bayar guna credit card. Halamak , boss I tak ajar lagi camne nak guna benda alah tu. I pun call la boss I semua, tanya macam-macam. Dah la tak faham. Selalu nya orang guna swipe tu kan, tapi yang ni kita kena masuk kan card credit tu. Mana la I nak tau I tau swipe tu je HAHA.

Tapi nasib baik la customer I ni ok. He's a Singaporean. Baik la, sanggup tunggu. Malah dia sekali tolong I godek-godek benda alah tu. Kalau I dapat customer yang memaki-maki fuhh memang tension la. Tapi yang kelakar nya, ada ke dia nak sign resit tu guna eyeliner I ? Dia ingat benda tu pen ! HAHAHAHA kelakar weh. Tu la, lelaki patut tau tentang make up orang perempuan ni. Kalau dah malu tak ke susah ? Hehe

So far ok la kerja ni. Hopefully I tak dapat customer yang fussy nak mampus. Lepas ni I harap semua bayar guna credit card. Senang kerja I. Hehe.


Friday, December 10, 2010

My birthday story.

Entry ke tiga untuk hari ini. GILA. haha.

Ok , ini cerita semalam la tapi. Tak sempat nak update semalam sebab online kejap je and gambar pulak ada dekat my sister. Jadi mari kita guna kan peluang dapat online selama 12 jam ni semahu-mahunya. HAHAHA.

Semalam birthday I kan. Takdela celebrate mana pun. Just keluar dengan Chako and my sister. Ingat nak ajak ramai kawan I tapi I keluar pun lambat dalam 3 something. Then plan nak tengok movie lagi. So if ajak ramai-ramai takut ada yang tak nak tengok movie. Nanti kesian dorang di tinggal kan oleh I huhu.

We went to KLCC. Sampai je kitorang terus gerak pergi TGV sebab nak beli ticket movie Narnia 3. The movie was awesome. Siapa yang tak tengok lagi , this is really the pick of the week. Should watch ! And Narnia 3 lagi funny tauu. Then keluar je dari cinema we went to Subway. Yah I ada voucher Subway , buy one free one. That's why macam excited gila beli Subway. Haha. I dengan Chako dua-dua makan Italian B.M.T tapi agak tak best sebab salad dia dah habis. But still sdap nak mampos LOL

Disebab kan my sister ingat I ada satu je voucher, so kitorang terpaksa pergi Subway Avenue K pulak untuk beli my sister punya subway. Semalam tu dah macam birthday dia pulak sebab Chako belanja bukan I je, tapi dia jugak. So apa lagi, I pau la balik duit kat dia. HAHA. Kesian Chako :P

We do snap some pictures, and some of that ada dekat my Holga camera. Kena suruh my sister pergi hantar cuci dulu.










And macam biasa la, gambar syok sendiri kena ada. HAHA



I really had a fun day. Best bawak my sister sebab I dengan Chako boleh buli dia HAHA padan muka. OK, itu je cerita dia. Tak best ? No surprise party ? Who cares as long as Chako ada. Cewahh ! Haha ok bye

My first day of working.

Hello semua. Hari ni hari pertama I bekerja. Nope, bukan practical or what. Just helping my friend jaga boutiqur family dia. Ingat lagi dengan wish list I , when I reached 21 I nak buat apa ? I nak ada duit sendiri. So that mission is obvously accomplished by helping my friend.

Mula-mula I fikir jugak yang lepas ni masa lepak I mesti tak ada. But it's ok. Plus, I kerja sini full time pun sampai early January je. Lepas tu I kerja part time je la. Sebab class dah nak start kan. Oh lupa nak cakap , boutique kawan I ni terletak di Hotel Armada, Petaling Jaya. Siapa rasa nak melawat I kat sini mai la. Hehe.

So far dekat sini sangat la boring. HAHA. Customer tak ramai. Maybe sebab diorang takut nak masuk kedai dalam hotel kot sebab semua mahal kan ? Memang la boutique kawan I ni mahal tapi barang original ok. Some of that tak pernah masuk Malaysia pun. Macam mana dia dapat ? Ada la. Hehe.

So if you guys nak beli perfume , Ed Hardy, Polo, Ralph Lauren, Victoria Secret, Guess, DKNY, Paul & Shark and also La Martina stuff, dekat tempat I kerja ni ada. Order je. Next time I post gambar ok. Oh don't worry , baju baby pun ada tau ! Tapi price is quite expensive la. Reason ? We offer you original stuff bukan fake tau.

Eh, buat promotion pulak. HAHA. Dekat sini memang 24 jam I online je la. So lepas ni you all memang boleh tengok I update 2,3 kali sehari, macam dulu-dulu. Hehe. Ok till then , xoxo :D


Kat sebelah tu bag Gucci. Price, RM 3400. Siapa nak inform me :)

Tutorial buat menu bar macam blog I punya.

Ramai yang request so yeah here you go ;

1. First go to Design > Edit HTML. And click dekat Expand Widget Templates.

2. Click Ctrl & F serentak, then copy & paste code di bawah ni di ruangan find ;
]]></b:skin>
3. After that , copy code kat bawah ni. Dan paste kan ia di atas code di step ke 2.
/**************MENU HEADER*************************/
/*Credits: By Mohd Artarmizi (http://mymijie.blogspot.com) */
/*Posted to: Dynamic Drive CSS Library (http://www.dynamicdrive.com/style/) */
.glossymenu{
position: relative;
padding: 0 0 0 34px;
margin: 0 auto 0 auto;
background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_bg.gif) repeat-x;
width: 945px;
height: 46px;
list-style: none;
}
.glossymenu li{
float:left;
}
.glossymenu li a{
float: left;
display: block;
color:#000;
text-decoration: none;
font-family: sans-serif;
font-size: 13px;
font-weight: bold
padding:0 0 0 16px; /*Padding to accomodate left tab image. Do not change*/
height: 46px;
line-height: 46px;
text-align: center;
cursor: pointer;
}
.glossymenu li a b{
float: left;
display: block;
padding: 0 24px 0 8px; /*Padding of menu items*/
}
.glossymenu li.current a, .glossymenu li a:hover{
color: #fff;
background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_hover_left.gif) no-repeat; /*left tab image path*/
background-position: left;
}
.glossymenu li.current a b, .glossymenu li a:hover b{< color: #fff; background: url(http://i1039.photobucket.com/albums/a472/mijie88/Fail%20Blogspot/menub_hover_right.gif) no-repeat right top; /*right tab image path*/
}  
4. Next , copy dan paste code di bawah ni di ruangan find ;
<div id='content-wrapper'>
5. Copy this code, paste kan di atas code di step num 4 tadi.
<ul class='glossymenu'>
<li class='current'><a href='Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
<li><a href='Masukkan Link Disini'><b>NAMA MENU</b></a></li>
</ul>
* Don't forget to change 'Masukkan Link Disini' kepada link anda sendiri. Dan 'NAMA MENU' kepada nama yang anda ingin kan contoh seperti 'Tutorial Blog'.

6. As usual, click preview. And if tak ada error click saja save. Selamat mencuba :D

P/S : Credit to mymijie.blogspot.com for the tutorial

Thursday, December 9, 2010

Happy Birthday to Me !

Hey , I'm officially 21. Here's are my wish list. What I wanna do when I reach 21. Cewahh.

1. I really wanna have my own money. Even parents boleh bagi I duit every month, but still I nak ada duit sendiri. Come on, I dah 21 kan ?

2. My own iPad.

3. Driving license. Duhh.

4. I nak daftar SPR dengan segera. Haha.

5.Wanna get myself a DSLR. Seriously. Kalau tak pun digital compact yang superb la. Any suggestion ?

Sekarang mari kita lihat perbezaan ;


DULU. Aww anak Jepun. HAHA



KINI. Err sama tak ?

Yang penting dah tak putih macam dulu. Sobbbsss. Oh by the way , thanks pada semua yang wish dekat Facebook. Kalau ada sesiapa nak buat satu entry birthday untuk I pun boleh apa salah nya HAHA over. I'm turning 21 , not a kid anymore. Hopefully I can be the best person everyone ever had :)

P/S : Present ? Hehe

Tuesday, December 7, 2010

Beautiful Blog Award 2010

I dapat award ni dari Mouwn. Mostly mesti I dapat award dari someone yang I tak kenal, maksud I macam readers yang I tak pernah kenal. I know some of my readers. So , I rasa nak kenal lagi dengan semua yang dah bagi award ni sebab korang baik hati sangat bagi I award ! Hehe.



As usual , every awards come with a box of questions. Check it out ! 

Berikan satu nickname untuk saya [ pemberi award ] .
momon. HEHE 

Berikan ucapan kpd pemberi award .
Thank you so much and hope to know you more ! :)

Listkan 6 artis/band/group yang korang minat
Sheila on 7
Nik Irfan
Hujan *seriously
Malique
Maroon 5
Justin Timberlake

Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun
Sikit punya ramai nya 10 kan ? Takpe , I senarai kan jugak yang I rasa blog cantik dan cun. Hehe
Liyanaa.com
Raracandyfloss
Ailyl
Edaolala
Epilogoue Seorang Loser
Belog Cap Ayam
MyzaAli
Totin
Cicak dan Lelabah
Mieya's Bubbletalk

Ok tu je. Babai. I ada paper esok. Wish me luck :)

Monday, December 6, 2010

Blog Baru (2010) Pilihan.

Ok, as you all know , Blog Pilihan Malaysia ada buat satu lagi kategori and the best thing is , I can join ! HAHA. Macam menarik pulak so I join la.

Ok, as you know , blog I ni memang I wujudkan dalam January 2010. Entry pertama I , walaweh malu gila nak show off sebab kanak-kanak sangat haha. "NEW AGAIN" , ni la nama entry pertama I, 23rd January 2010. So far , I rasa bertuah sangat sebab dah managed to get almost 850 followers within almost a year. Happy ? Well of course. I love to share everything with readers, but not boyfriend please. HAHA.

Masa mula berblogging , memang tak fikir langsung pasal quality of blogging. Font yang kecik , lagu dekat page. Benda-benda yang sebenarnya a bit annoying dalam dunia blogging ni kan ? I learnt everything about blogging mostly in GengBlogger. Hey , I tak pernah lupakan jasa GB ok. GB la yang buat followers I jadi ramai macam ni.

In future , I really hope that my blog can give an inspiration well at least to one person. Maybe the spirit for them to survive or live on ? Who knows ? No one knows the future aite ?

I never quit blogging. Remind me if I ever think about it :P


Gambar pertama dalam blog HAHA.

Tips untuk join Nuffnang contest - especially for Malay bloggers.

Hari ni I nak buat tips. Dah lama actually nak discuss pasal issue ni tapi asyik lupa je. So hari ni alang-alang dah teringat I type terus lah.

Siapa antara you all yang selalu join contest Nuffnang tapi tak pernah menang ? Mesti rasa macam marah kan ? Rasa macam tak adil padahal korang dah buat yang terbaik but at last , entry yang simple je menang , from other bloggers la kan. Actually , nak join contest ni pun ada tips nya. Ini bukan la tips dari orang kuat Nuff ke apa tapi dari pandangan I sendiri.

Ok firstly , as you all know, Staff Nuffnang kan ramai Chinese. So kita sendiri pun tak tahu kan siapa yang selalu baca entry kita. I mean the judges la. And I pun tak sure whether there are Malay workers in Nuffnang. Adalah yang terbaik untuk you all tak type entry dalam bahasa yang terlalu pasar. Atau pun bahasa yang susah kaum lain nak faham. Err, faham tak ? HAHA. Ok contoh la kan , you all nak tulis nervous tapi ikut bahasa bengong-bengong kita dalam alam maya ni , kita tulis nervous as 'nebes' . Got it ?

And second , kurang kan short form. Tapi kalau short form yang senang di fahami takpe kot. Tapi kalau dah terover sampai kita yang baca pun duk terkebil-kebil , apatah lagi mereka. Hehe.

Ok itu je la yang I rasa. Tapi kalau contest , selalunya creative entries mesti dapat menang kan ? Speaking of that , dah lama Nuffnang tak buat contest. Rindu pulak. Hehe. Ok itu je segment tips untuk hari ni. Jangan lupa ye birthday I , 9 Dec. Haha tata ♥



iPad , as birthday present. Can aaa daddy ? :D

P/S : 9 Dec, maybe I keluar KL. Pavi or KLCC not sure yet. Siapa nak datang mai la. Yang pasti nya I nak tengok Narnia ! Hehe :)

Sunday, December 5, 2010

Nik Irfan's lover , you gotta see this !

Tak kenal Nik Irfan ? Ok, tengok video ni. Maybe boleh buat anda kenal and ingat balik siapa dia :D


Just to announce that I baru buat fan page for Nik Irfan. Kalau nak like, sila-sila lah click dekat sidebar tu. Kat column we love Nik Irfan. And spread to others who love Nik Irfan. Not just his baby face look but also his talent.


For Nik Irfan , hope to hear more songs for you. Your own songs :)

credit : Nik's FB :)

Your Photo Contest

Dah lama I tak join contest so I've been tagged and why not I try kan. Tak pernah menang contest kot. Sobbs. But this time I've been tagged by Xaty. Tapi orang yang menganjur kan contest ni adalah Kay-E.


Macam biasa , I malas nak type out apa syarat-syarat dia . You guys boleh baca kat SINI. Haha I memang pemalas :P

Anyway , I pertaruh kan gambar ni ;



And kena tag few friends. I nak tag si cantik manis ini semua ;


dan sesiapa je yang nak buat :D

P/S : Good luck guys :)



Birthday present ?

HAHA takdela tipu je. I dapat award and tag from Alyah. Thanks Alyah :) And as usual, kena jawab tag. Dah biasa dah. HAHA





1. Pernah hilangkan barang rakan & buat buat tak tahu saja?
Tak pernah. Dah pinjam barang orang kena la responsible kan :)

2. Pernah tiru tak dalam ujian / peperiksaan?
Pernah. HAHA.

3. Blog sendiri dibuat berasaskan apa?
I love sharing everything with everyone. But not my boyfriend please. haha

4. Berapa kerap anda blogwalking?
Jarang sangat sekarang sebab busy/

5. Perkara paling memalukan dalam hidup anda?
Masa standard berapa ntah , jatuh depan The Store Taiping. Hahaha

6. Berapa anak anda impikan selepas berkahwin?
5 and twins please. Hehe

7. Berapa lama boleh tahan nafas?
Entah tak pernah kira pun hehe

8. Jika anda terkentut dalam lif yang penuh dgn orang, anda buat apa?
Selalu nya kentut ku tak kan berbunyi hahaha wtf la weh. Ada ke orang kentut kuat-kuat dalam lif ? LOL

9. Apa haiwan yang anda rasa orang lain tak tahu wujud tapi anda tahu?
Manusia yang berhati binatang ? HAHA

And lastly I kena tanya Alyah one question, so Alyah, what is your dream ? Or your goal in life ?

I kena tag tiga orang. Tapi faham-faham je la yang I malas. I nak tag Lassie macam biasa. Boleh tak sayang ? HAHA :P
Next Previous Home