Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Monday, November 29, 2010

Style that I love but afraid to try ! Fashion advisor needed !

I banyak tengok style ni untuk orang yang bertudung. I never know if it's suitable for me or makes me look super ugly , seriouly, I never try it before. I don't even know where to find this kind of long dress. Contoh yang banyak I tengok ada pada Yuna and her bestfriend, Hana Tajima.





pictures credit to Hana Tajima's blog and http://fashioningfaith.blogspot.com/

I supeeeerrrrr loveeeee this style ! Cardigan I dah ada. Just that long dress, I tak nampak lagi dekat mana-mana. Ada yang tau ke ? Ke nak suruh I beli kain and jahit sendiri ? HAHA you wish. Somehow , does it looks weird if pakai macam ni but without the hijab ? 

Btw , for my readers yang love fashion and also wearing a hijab, you can try check out this website ; http://fashioningfaith.blogspot.com/ .

P/S : oh sudah lama ku tidak mendesign dress. HEHE :)

Saturday, November 27, 2010

Exam week yang memang buat hal

Ini kisah benar bukan rekaan. LOL

Ok , semua orang tau yang phone I rosak and I tengah repair kan ? So sehari sebelum I exam, which is on last Thursday, Chako pun bagi la I his phone, while he's using another phone. So ok la, I pun belek-belek phone tu and I tengok la jam dia jenis 24 hour. I tukar la pergi 12 hour system. Dengan yakin nya, siap pilih GMT Kuala Lumpur bagai.

So the next day Chako hantar I balik rumah sebab ye la I ada exam kan ? Dalam 7.45 am macam tu, dengan mengantuk nya, I naik bas and terus ke UM. Bus stop dekat belakang library so I have to walk dari library tu pergi exam building. Takde la jauh sangat. And memandangkan still 8 something, I pun jalan dengan lemah lembut nya.

My paper was on the second floor. Penat tau tak nak naik sampai second floor. Dah la nak naik exam building tu ada bukit. Fuhh kurus kejap rasa nya. I tengok jam, dah pukul 8.14 am. Tapi , I pelik kenapa semua orang dah masuk dalam exam hall ? 'Maybe baru masuk kot, baru nak taklimat' . Tapi yang pelik nya I takde pun dengar suara lecturer bagi taklimat ke. Senyap je, macam exam dah start. I dah agak, ni mesti jam lambat gila ni.

And the most stupid thing yang I nak buat masa tu, I nak belah je dari situ. Tak nak ambik exam. Serious, I cuak kot. Sebab I mana tahu waktu masa tu pukul berapa. Entah-entah dah start sejam yang lalu ke. Huhu. Tapi, atas kehendak Allah yang nak tengok I berjaya kan *cewahh* , I terserempak dengan sorang nigga ni.
Me : Excuse me, what time is your exam ? Is it 8.30 am ?
Nigga : Yeah 8.30 am. Which faculty are you ? Do you know where should you go ? What year are you ?
*Bapak malu dia tanya macam ni, macam I first year student pulak HAHA*
Me : Business fac. Yeah I know, I'm late for the exam, mine is on the second floor. Thanks by the way.

Lebih kurang camtu la. HAHA. Nasib baik, sumpah memang nasib baik I jumpa nigga tu. So I pun masuk exam hall. Tanya dekat pengawas tu mana tempat paper I. Dia tunjuk kan la. And on the way pergi dekat meja I, I tengok dah ada orang jawab dah pun. I tengok jam kat exam hall, OMG dah pukul 8.45 am ! Exam start at 8.30 am kot ! HAHA. Gila babi punya phone lah :P

Alhamdulillah, I boleh jawab paper tu even tercungap-cungap jugak la. And I stop writing tepat-tepat jam 10.30 am time masa dah habis. Huhuhu. Penat tau, tulisan I tak tau la macam apa dah. Oh lupa pulak, paper yang I jawab tu, Bank Management. Memang tak penat la pulak nak menulis 2 jam non stop kan ? Dah la I duduk depan sekali. Lecturer duk usha-usha. I tutup kertas ! HAHA.

Balik je terus I tengok jam kat Astro then tukarkan. No more salah tengok jam, no more ! HAHA.


Bayangkan orang dah ramai-ramai macam ni I baru nak masuk T___T

Wednesday, November 24, 2010

Kenapa I dah lama tak join contest Nuffnang ?

Tadi I terbaca tweet from Nuffnang. Diorang cakap diorang dah sent out the invites for watching Narnia next Wednesday. And seriously , I jealous sangat ! Reason ? Sebab I tak join and movie tu exactly on my birthday and I memang die hard fan Narnia , besides Harry Potter. Hehe.

So, kalau jealous kenapa tak join contest ?

Sebenarnya dulu , banyak kali jugak I join contest Nuff especially kalau dapat tiket movie free. Tapi yang I berjaya pergi just movie Inception je. Nasib baik cerita best tau. Ada yang I menang tapi I tak dapat pergi so I bagi tiket tu dekat blogger lain. Nasib baik blogger tu dapat pergi kalau tak mesti nama I dah di blacklist by Nuff.

Well, ni reason kenapa I tak dapat join contest Nuff ( movies only )
1. Waktu tayang mesti 9 malam dan ke atas. Well, I takde kereta, nak drive pun I tak reti. So I am really depending on public transport. Chako pulak, ada kereta and tau drive tapi selalu malam-malam abang dia bawak untuk pergi kerja. Kalau movie starts at 9 habis mesti dalam 11 lebih. Time tu lrt dah tutup pun. Nak naik bas ? Tak kan la nak menapak dari OU ( let say ) sampai KL by bus ? Wow tambang dia je I dah boleh movie tickets so macam takde guna la I dapat ticket free by Nuff kan ?

2. Cinema yang sangat susah nak dapat public transport. Kalau area KL sampai Mid Valley I ok lagi. Tapi kalau Sunway, OU, The Curve, OMG , Tuhan je tahu macam mana susah nya nak dapat public transport. Kesian I kan :(

Hari tu ada buat tayangan dekat Wangsa Walk. Malangnya I tak menang. Maybe sebab Nuff tengok I macam nak tak nak je join kan. Padahal I excited sangat nak dapat tiket free untuk movie tu. Sedihnyaaaaaa. Sobbss. Tapi I tak tahu la Nuff nak buat perubahan sikit ke sebab ye la, tak kan sebab I sorang je dia nak ubah apa yang dia dah buat selama ni kan ?

Tak tau laa, tapi , I rindu nak tengok e-mail I dipenuhi email dari Nuffnang lagi !! :(

credit : google

Even macam ni nasib I *cewahh ayat sedih.HAHA* , tapi I tetap bersyukur and thanks Nuffnang sebab bagi I banyak buffered earning. Hehe. Hope you guys feel a bit sympathy on me. HAHA. 

Tuesday, November 23, 2010

Haters, tak pernah puas.

I received this on Formspring. My lovely haters, and as usual, bloody coward anonymous sent this lovely message or should I say reminder, to me.



I don't exactly know who are you. I don't know whether you are one of my friends, or Facebook friends or whatever. If my blog kept annoys you, why don't you fuck your ass out of my blog ? Kenapa pulak I nak stop posting about my boyfriend ? Is this your blog ? Bukan kan, blog I kan ? Menyampah kenapa baca ? Cakap je la suka. Kebenaran memang pedih. Bak kat BOYFRIEND I. HAHA

And who are you to judge me apa punya Melayu la, apa la . Kalau you Malay, you rasa you baik sangat ke ? Kalau you baik, menutup aurat ke, I rasa you tak kan cakap macam ni. Sebab I baru tengok tadi Ustaz Asyraf yang Imam Muda tu cakap, menutup aurat bukan setakat tutup aurat je. Tapi mengawal percakapan kita. Oh, I don't mind if you nak ceramah kat I pasal agama ke. Tapi mind your words la kan :)

To you, if you read this , I bet you don't have a boyfriend kan ? Sebab tu you menyampah. Takpelah, you jealous dengan life I ke ? Ish, life I ni tak best pun, tak payah la nak jealous. Nak menyampah kenapa ? Boyfriend I bukan artis pun. HAHA. 

Booyeah !

22 November adalah hari yang panjang.

Aduh, mood nak study serious takde. Langsung tak masuk apa yang I study. Entah la kenapa malas sangat. By the way, ini cerita semalam. Mula-mula ingat malas nak cerita tapi sebab bosan sangat, cerita je la. No special occasion pun.

Tapi yang tak boleh belah nya, semalam I tengok Harry Potter and the Deathly Hallow for the second time ! And this time I'm using my student card. Bodoh nya I selama ni sebab tak sedar yang I boleh guna student card. Terlupa. Ciss membazir je RM 13 selama ni. Kalau student card , tiket RM 8 je kot T___T

Ok , kita start cerita pasal semalam. Ready la baca I merepek dalam entry ni. HAHA

I woke up yesterday at 9 something. Weirdo. Sebab I tidur pun somewhere around 5 am. Kejap je la kiranya. Takpela, mandi, makan semua then I ajak my dad pergi repair phone. At first ingat kan nak pergi repair kat kedai phone biasa, but then my dad suruh repair kat Sony Ericsson terus. Lucky me sebab Chinese kat kedai tu cakap jangan repair kat kedai biasa coz phone I original.

So nak ingat kan dekat semua jugak la, if phone you original, terus pergi dekat phone you punya service center. Macam Nokia ke if you una phone Nokia. Sebab takut kedai phone biasa ni, bila dia repair, dia ambik sekali parts in your phone. Because it's original.

ni la phone I yang rosak tu.

Dah settle kat Sony Ericsson, ingat kan nak terus balik je sebab plan nak tengok movie petang nanti. Tapi on the way nak balik rumah, ternampak pulak Proton so my dad singgah la kejap sebab nak tengok Inspira. Well not bad, takdela besar sangat kereta dia. Tapi kalau untuk orang yang gila kereta, dalam dia maybe gempak jugak la. Tapi tak cukup menarik minat I lagi untuk beli. I suka lampu dia je. HAHA. 

Tak tau la tuah apa semalam kan, ada sorang salesman Proton ni ajak kitorang makan dekat dalam. Sebab Proton sambut anniversary dia yang ke 25 ke 20 I pun lupa. So apa lagi, nasi briyani kot. Melantak je la. Air dia paling sedap. Tak tau nak cakap air apa, tapi memang sedap la. Kalau tak sebab segan, dah lama I tambah dua tiga kali. HAHA.



Perut kenyang, suka hati lalu kami pun balik rumah. Dalam jam 4 lebih macam tu keluar balik menuju ke Jusco dengan matlamat nak tengok wayang. Kesian my dad terpaksa hantar lagi. Kalau la I tau drive. I cuak sebenarnya. Bukan tak pernah belajar, tapi takut. Chako siap ajar I lagi pukul 5 pagi macam tu dekat parking Giant Ulu Klang tapi tetap tak berani. Huhu.

Sampai je Jusco, terus I pergi beli ticket movie. Ye, cerita Harry Potter lagi. Sebab nak teman budak-budak ni punya pasal. Takpela, kata die hard fan ? HAHA. Sementara tunggu movie start, kitorang hangout dekat tempat mainan lagi. Ok, ni tak terpaksa sangat la sebab I memang suka pergi toys department dekat Jusco. Nak tengok Hot Wheels and Barbie. Rasa macam nak beli pun ada !


serious tak faham kenapa budak-budak sanggup beli gasing bodoh tu sampai RM 30. Duhh !

Dah kata pun diva, mesti la ada gambar aiiii. HAHA.



Lama gila dekat toys department ni. Lepas dah beli, pergi tengok movie, then tunggu ayah I ambik. Perut dah lapar gila, makan kat rumah je walaupun berhasrat besar nak makan McDonald. Takpe, lain kali la kita tambah berat badan. HAHA.

Fuhh, entry yang panjang. Bye bye

Monday, November 22, 2010

Stop Child Abuse

Pernah tak kita terfikir kenapa ada orang yang sanggup dera anak-anak kecil ? Lagi-lagi kalau budak tu comel sangat. How can they hurt the children, the babies ?


This is Adam ? Remember ? He's my cousin's son. Even I jarang sangat jumpa Adam tapi I sayang dia sangat-sangat. He's not even my son. So I tak faham kenapa ada yang sanggup dera anak sendiri. Tak sayang ke dengan anak tu ? Kalau tak suka kanak-kanak, so kenapa nak ada anak ? Come on, dunia zaman sekarang dah banyak cara untuk stop you for being pregnant, or getting a children. 

Please, if you hate children, please don't think of making one.

Kadang-kadang bila baca dekat paper ada orang dera anak sampai mati, I rasa macam sia-sia je kehidupan budak tu. Kalau tak nak sangat anak tu, baik bagi dekat I. Bagi dekat orang lain yang nak jaga. Jangan la seksa dia sampai mendatangkan maut.



And one more,

I hate it so much when in some country , they forced boys to become a soldier. Pity them. Macam mereka ni semua tak ada kebebasan untuk memilih . Kecik-kecik dah terpaksa berjauhan dengan family. And the worst thing is, they learnt how to kill people at the very young age ! What kind of lesson yang pemerintah diorang cuba bagi pada kanak-kanak ni ? 



So come with me, let the child speak. Stop child abuse. Love the children. They are our hope for a better future. It supposed to be easy being a children. Don't make it hard. Because in future, when they become an adult, that is the real time to face the hard life. Not at the very young age. Think again, people.

unicef

BLUE RIBBON FOR THE KIDS !

P/S : Pictures credit to google.

Hanya kerana buffered earnings.

Ni tatau la nak mood sedih ke happy ke apa. HAHA.

I perasan blog I ni macam satu macam je. Kurang normal advertisement. Kalau you all nak tau, Nuffnang earning I hanya lah bergantung pada buffered earning I je. Ni pun sekarang ada dua ads je yang running. Kalau dua-dua dah gone, memang tak dapat earning langsung lah I. Sobbs.

Maybe sebab I update blog tak consistent kot. Tapi seriously , dah lama I tak dapat earning from campaigns click. So, patut I sedih ke apa ? Hehe. Thanks to Nuffnang by the way sebab tak putus-putus bagi I BE kalau tak, makan hati la jawab nya.

Besides, I baru je jadi ahli Churp Churp and not bad la. Ada jugak bagi I duit sikit. So I nak ajak you guys, come join Churp Churp. Apa salah cari duit lebih kan ? Especially student yang umur atas 20 macam I ni. Tak kan nak mengharap duit parents je. Ye tak ?


click this for joining !

By the way , Churp Churp ni banyak bergantung pada followers twitter, so I nak promote twitter I la ! Do follow my twitter and of course, I'll follow you back ! Inform me once you dah follow ok. And please, please make sure you pun active bertwitter jugak, kalau tak macam tak best la pulak I nak follow kan ? Hehe. My twitter link ada dekat navigation bar. Just click it.

Say YES to money ! LOL !!

Tutorial - how to put twitter share button on post entry

Someone requested in on Formspring !

1. As usual, go to Design > Edit HTML. Then click on 'Expand widget templates'

2. Click ctrl and F on keyboard. And find either 3 of this code ;
<div class='post-body entry-content'>
or
<data:post.body/> 
or
<div class='post-footer'>
3. After that, copy the code below ;
<div style='float:left;padding:4px;'>
<script>
var tweet = {url : " <data:post.url/>", count: "horizontal", via: "hudAoki", text: " <data:post.title/>" }</script> <script src='http://orkut-share.googlecode.com/svn/trunk/tweet.js'/> </div>
You can change the 'horizontal' part to any part you like. If you want no count just change it to 'none' and vertical is still the same 'vertical. And also not forgetting change 'hudAoki' with your twitter name.


4. If you want your button on top of the post, just like mine, u can paste the code in Step 3 before this code
<div class='post-body entry-content'>
5. If you want the button to be exact before your first word, paste the code in step 3 after this code ;
<div class='post-body entry-content'>
or before this code ;
<data:post.body/>  
6. And lastly , if you want the tweet button to be on below of your post, paste the code in Step 3 after this code ;
 <div class='post-footer'>
7. Don't forget to preview your page first before saving ! :D

P/S : Tutorial credit to http://www.ubipanas.com/

Stop pushing Lee Chong Wei, Malaysian press.

I did not said that. Ada sorang sports announcer masa badminton semifinal between Chong Wei dengan sorang player from China. Can't recall his name. Somehow I rasa macam betul jugak yang dia cakap. Malaysian press cepat keluarkan kenyataan yang kurang best nak didengar bila Malaysian player yang kita harap kalah dalam satu-satu game tu.

Besides of 'what happened to Chong Wei?' why don't kita bagi dia support like 'good job Chong Wei !' . Bila kalah je, tajuk akhbar mesti macam hampa la, kecewa la. Macam bagi player tu tension pulak. Macam before main tu mesti dia stress. Apa aku nak cakap kat press ni kalau kalah ? End up sebab tension sangat, terus kalah.

Betul ke ? Idk, it's just my speculation. What say you ?

Saturday, November 20, 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows ( Part 1 )

I admit it's pretty hard to get a nice seat in the cinema for this movie. The lucky one maybe paid it up using credit cards. HAHA. Even book online pun dapat seat yang bahagian depan je. Pfft. So I suggest for those yang berhasrat nak tengok movie ni di seat yang best-best, make sure beli tiket awal-awal.

My opinion ?

As for a die hard fan of Harry Potter, you might find it's still interesting . Like me ! Hehe. I rasa movie ni ok. Tapi tak sehebat the Harry Potter 1 till 6 la. Maybe sebab Harry Potter 7 ( Part 1 ) ni takde scene dekat Hogwarts langsung. There's no more Harry's character as Hogwart's student.

Dalam HP7 ni , pengikut Voldemort dah makin ramai. So that Harry Potter tak lagi selamat especially after the lost of Dumbledore. Dumbledore did left him few clues tapi dia sendiri pun tak sure dengan apa yang dia nak buat dengan clue yang dia ada. Plus, he can't accept any more losses because of him. So much emotional part in this movie which I can conclude that it's pretty a hard genre movie.

No more Hogwarts , no more too much of fun. It seems like kita boleh rasa yang OMG, there's no a safer place for Harry Potter. Tapi I dapat rasakan dalam movie ni, Draco Malfoy and Profesor Snape macam tak sampai hati nak serahkan Harry Potter dekat Voldemort. You can find their expression masa scene Bellatrix Lestrange trying to kill Hermione.

Well, I tengok movie ni on 18th November hari tu. Masa release day. 18th November kan my first year anniversary dengan Chako. Haruslah tengok. Nasib baik Chako pun enjoy tengok movie ni jugak even mula-mula dia nak tengok lain. Mana boleh ! HAHA.

Too bad there's no photo on our special day sebab phone I rosak. Keypad rosak. Sobbss. Tengok la esok lusa baru I repair.


Tak sangka dah setahun relationship kitorang. Rasa macam baru semalam je couple. Pray for us ok :)

Friday, November 19, 2010

Formspring questions dah buat gila !

click for larger image.

Ok, ni adalah screenshot from my Formspring account. I'm a bit shocked. Speechless pun ada. HAHA. 86 questions ! Gila ke apa ? Siapa la yang bagi I soalan-soalan ni. Thanks a lot la. Korang macam tau-tau je yang I tengah bosan tahap dewa kan. 

Ok lah, I akan try jawab soalan ni satu-satu. Kalau rasa jawapan macam tak memuaskan ke apa, sorry sebab terlalu banyak soalan yang I nak jawab. Dah la subjective. Kalau objective takpe jugak. LOL ! Gambate Huda ! :D

Thursday, November 18, 2010

Gaduh, baik, gaduh, baik.


HAPPY FIRST YEAR ANNIVERSARY

Wednesday, November 17, 2010

Iklan Cadbury yang super err speechless !

HAHAHAHA.

I tatau la ni edit ke real ke tapi cool gila kot advertisement ni ! Lepas tu, lepas tu kann, ada dua orang Malay boys try to do the same thing. Takdela power macam dua orang budak kat atas tu tapi kira best jugak la. Sebab I dah try buat , dah terkemut-kemut , terkebil-kebil dah tapi hampeh, tak dapat jugak. So, I sangat jealous dengan dorang ! HAHA


Siapa dapat buat ? Siapa, siapa ? *tak puas hati HAHA*

P/S : Selamat Hari Raya Aidiladha. First time raya I tak balik Ipoh. Huhu.

Tuesday, November 16, 2010

Sorry, Harry Potter and the Deathly Hallows part 1 - Fully booked !

Ok, this is crazy and a bit annoying. HAHA.

Well, this 18th of November is my special day. Sebab apa special ? Nanti I story later. Hehe. By the way, of course la I nak keluar celebrate kan. And of course la I nak pergi tengok movie. And of course la movie yang meletup-letup ni. Harry Potter and the Deathly Hallows ( Part 1 ).



As someone yang dah follow filem ni dari mula sampai la almost the end ni, of course I eager nak mampus tengok movie ni. Malangnya, I nak reserve ticket dekat both GSC and TGV, it was fully booked ! I never imagine that, seriously. Avatar pun tak macam ni. Heh :P

So another plan ? Maybe nak gerak pagi-pagi then beli ticket. Takpun postpone tengok hari Jumaat. Apa pun jadi, I memang nak tengok movie ni. I boleh tengok Harry Potter even 100 times pun. Hehe. Oh by the way, I tak pernah baca buku dia pun, I suka tengok movie je. Heee :D

Kenapa Nuffnang tak nak buat contest Harry Potter ? Huhu


P/S : Lepas tengok kita review ramai-ramai bagi orang muntah. HAHA.

Monday, November 15, 2010

Huda tak pernah blog pasal study. Yeke ?

Lassie said this to me, long time ago. HAHA. Idk, I don't feel comfortable blog about study. Example macam I banyak kerja ke ada soalan tutorial I susah nak buat ke. I ada test ke, ada interview ke apa ke, I rasa macam tak best je nak cerita. Bukan semua orang tau pun pasal Financial Management. Betul tak ? HAHA.

Tapi hari ni lain sikit. Saja nak buat kelainan sikit. Blog pun makin suram. Siapa promote blog I, I belanja makan McChicken Supreme. Ok tak ? Ok tipu. HAHA.

Well tadi I pergi UM ditemani oleh Chako. Nak ambik slip exam. Due date 19th Nov tapi baru hari ni kelam kabut nak pergi ambik. Yang best nya, I sorang je yang tak ambik lagi. Heh, malu. So here's my exam schedule. Siapa nak jumpa I especially student UM, meh la datang pada waktu-waktu ni di exam building. HAHA tetibe.

26 Nov - Bank Management ( 8.30 am )
29 Nov - Financial Management ( 11.30 am )
2 Dec - Business Law ( 3 pm )
8 Dec - Management Accounting ( 3 pm )
Habis exam on 8 Dec tu memang betul-betul bermakna la sebab birthday I kan 9 Dec. So betul-betul merdeka la kan. Siapa peminat setia I boleh la kiranya bagi hadiah. Ngee.

Well, wish me luck. And for those yang ambik SPM and final exam jugak, good luck for you guys too !

Sunday, November 14, 2010

I need help about Churpchurp !

I tahu dah ramai orang guna Churpchurp. I baru start guna dalam this month. Reason ? I don't know. I think I'm the type of afraid of trying something new. HAHA

OK, nak dijadikan cerita, I baru buat tweet assignment di dalam last week. Surprisingly, duit I dalam account Churpchurp dah ada RM 1.33 . No, no I'm not as rich as you all yang maybe dah ada beratus dalam tu kan. But what I'm going to say is that, it's so worth it !

And, yang paling penting, duit tu I dapat hanya dengan satu tweet sahaja. Sebab I ada lagi 2 tweet yang belum di approve. Takdela banyak sangat but rasa macam berbaloi jugak la.

Tapi , I tak berapa nak faham sangat pasal Churpchurp ni. Got few question. Hopefully someone can help me.
1. Tweet tu, lepas kita submit, and dia dah approve, apa yang kita kena buat lepas tu ?

2. Apa yang I kena buat dengan Facebook i ? Meaning like apa kegunaan dia sync kan Churpchurp with Facebook ?

3. How much I get per click ?
Hopefully siapa yang dah kaya dengan Churpchurp ni boleh tolong I. Thank you :)

Friday, November 12, 2010

Electric Train Shuttle - Worth It or Not ?

Ok, macam semua orang tau , KTM dah pun mulakan perkhidmatan Electric Train Shuttle (ETS) kan ? Disebab kan I yang sangat ketinggalan zaman ni, last Sunday baru dapat merasa. HAHAHA.

Fyi, ticket untuk ke Ipoh dari KL Sentral menaiki ETS ni bernilai RM 30. But somehow I heard that by next year, not sure in which month, akan naik kepada RM 50 .




What I love about ETS ?

1. I think the ETS have larger space for passenger. I do felt comfortable sitting even I have a bag full of food below. HAHA. Takdela I letak bawah kaki tapi dekat bahagian tengah tu.

2. I tak rasa sempit even I duduk sebelah adik I yang gemok tu HAHA kejam. I boleh siap bersila lagi kot. Tapi tatau la whether I lose weight or what. HAHAHAH perasan !

3. More cold. Lebih sejuk berbanding economy class normal train.

4. Ada announcement bila train menghampiri station yang sepatutnya ia berhenti. Faham ? Contoh macam 'Next station, Batu Gajah'. Anda nampak tv di bahagian hadapan tu ? Even dekat tv tu pun dia ada tulis station mana. Jadi tak susah kita nak jenguk ke luar tingkap just nak tau kita dah berada dekat which station.

5. Dekat tv tu jugak akan ada tulis berapa kelajuan train semasa ia bergerak. Contoh macam 140km/h . So kalau ia still laju even dah nak sampai station, maka anda boleh tau brek dia rosak dan bersedialah untuk keluar melalui tingkap kecemasan. APAKAH ?? Haha

6. Ada staff KTM yang akan datang dari satu ke satu passenger. Untuk apa ? Ambik order makan ok ! You order je tapi jangan yang melampau dah la. Nak sushi tak pun stik ? Sila keluar sekarang. Ini train bukan restoran.

7. Kualiti suara interkom yang buat announcement sangat memuaskan dan sangat jelas. 

What I don't love about ETS .

1. Toilet jauh ! Kalau normal train kan ada toilet dekat setiap gerabak, tapi train ni, I pun tak tahu ada berapa toilet. Macam  I dapat coach A tapi terpaksa pergi ke coach B untuk ke toilet. Malu la nak jalan dekat ramai-ramai orang tu. Hehe.

2. TV kecik sangat.  Normal train ada lcd tv ok. ETS just tv biasa ? So not cool. Plus, suara pun tak dengar sangat. Volume TV sahaja yang kureng ye.

Surprisingly , itu je yang I tak suka pasal ETS. Hehe. Tapi kalau cakap pasal tempoh perjalanan, takdela laju mana pun. Still 2 hours and 13 minutes to Ipoh from KL sentral. Normal train, 3 hours. Not much different kan ? But kira ok la, dapat merasa naik ETS :)

Ipoh train station, which I love, because of the building :D

Thursday, November 11, 2010

Entry untuk lelaki - Facebook issue

I don't know how this kind of person has such bravery to do so. LOL. If some of guys are reading this, serious I nak tanya something.
Macam mana korang boleh terus mintak number phone even perempuan ni baru je approve korang, and baru je wall dengan korang. Korang tau tak yang benda tu sangat annoying ?
Duhh. Nak cakap I layan lebih ? Memang tak la. Kadang-kadang selamba je I cakap yang I nak wall, I tak suka chat. Memang I tak suka chat pun. Perhatian ye, I tak suka kalau lelaki chat dengan I dalam Facebook. I mean, what's the point to do so ?

Selain chat , I'd received few messages jugak dari sick guys ni. Calling me cutie, sexy and etc then asking whether me and him can be friend or not. And as usual, asking for my phone number. Hello, do I look like a prostitute ? Even kau handsome nak mampos pun memang aku tak layan la.

So guys , any comments ?

Wednesday, November 10, 2010

Isnin bukan lah waktu terbaik untuk berblogging

Padahal dah masuk hari Selasa? HAHAHA.

Tak, tak, bukan itu yang I maksudkan ye. Bukan. Saja bagi title yang super gempak sikit. Hehe. Kalau siapa yang follow my twitter, mesti perasan dengan tweet I hari Sabtu lepas. Macam ni tweet I tu ;
Weekend je tak ramai yang update blog. Kenapa kah ?
So banyak la feedback yang I dapat. Ada kata pergi dating la. Study la. Maybe yeah. Dating hari Sabtu dan Ahad, lepas tu hari Isnin update pasal dating, with picture. Well, typical bloggers kan ? Hehe

And guess what, after sehari I tak online, and hari ni I check blog, fuhh punya la berlambak update untuk hari Isnin. Bersepah ! Sampai ada blog yang I tak terbaca pun. Pheww. Kenapa ye begitu ? Hari Isnin memang perfect day untuk update entry ye ?

Ok, sila jawab di ruangan comment. HAHA.

Sekarang waktu untuk bergossip pulak. SHAHZ JASZLE and MARIA FARIDA ? WTF ! Haha. Actually I pun ada perasan dekat twitter SJ. Dia macam rapat sangat ok, rapat gila la to be exact. I'm jealous ! Should I ? Tettt. Tapi I rasa macam real je diorang tu, sebab dua dua cakap no comment.

You guys rasa ?

Itu je untuk bebelan hari ni. See ya ! ♥


Sunday, November 7, 2010

Day 21 - A picture of something that makes you happy

Well, basically, besides him ;


which seriously makes me happy all the time, there's other person that makes me happy. When I'm sad, only this person yang boleh buat I ketawa balik. Ni dia ;




BABIES !!!

I love babies to death ! HAHA. Serious I cakap I suka sangat baby. Bila dia dah sampai umur 5 or 6 tahun, I dah rasa menyampah pulak. Haha. Tapi kalau anak sendiri tak mungkin la benci kan. Hehe. Dulu bila I broke up with someone, mesti I balik kampung. Main-main dengan cousin I yang masa tu still baby. Babies can make me happy. Lagi-lagi layan kerenah diorang yang macam-macam tu. Tapi kalau dah merengek, hah kau tengok la siapa layan siapa. Haha.

So, what about you ? What makes you happy ? 

P/S : The title should be 'A Picture of someone that makes you happy'. HAHA.

Saturday, November 6, 2010

Sesi bahan membahan.

Hello semua.

Hari ni adalah hari bersama keluarga ye. Saja keluar jalan-jalan sekitar Jusco Ipoh sebab nak celebrate birthday my dad on 4th November ago. Orang ramai gila tak ingat punya lah. Almost half an hour cari parking je T___T

Takde la shopping apa pun. Just I ternampak Crocs Hello Kitty and rasa macam comel sangat.

Dekat Jusco serious takde buat apa-apa. Orang terlalu ramai. Maybe sebab dekat Ipoh ni, satu-satu nya tempat yang best untuk lepak adalah Jusco. Pfft. I ingat nak cari Java Chip tapi Starbucks takdela pulak. After that my mom pergi Secret Recipe belikan cake for my dad. I tak ingat nama cake tu. Hazelnut ke apa entah. Haha.

So, balik rumah makan je la sampai muntah. Ok tipu. Takdela muntah. HAHA.






And lastly , disebab kan dah terlalu bosan, kitorang sampai masuk air. Even my dad pun masuk air sekali. Ada video jugak. Jom layan ;


Soalan : untuk apa kita beli cake ?

HAHA and fyi , yang gelak last sekali tu my dad yang gelak ok T_____T . Kesian my sister kena bahan. HAHA.

Friday, November 5, 2010

Day 20 - Someone you see yourself marrying/being with in the future

Of course him , my favorite guy.



HAHAHA. Ni kahwin dalam mimpi boleh la !

Jaaappp. You guys tak kenal ke this handsome boy ? His name's Nik Irfan. Ala, yang feat Caprice dalam lagu ni ;

SIAPA TAK TAHU LAGU NI SILA TERJUN BANGUNAN SEKARANG T____T

Sorry Chako, I am so in love with him right now. Every single fuckin moments I'm thinking of him. Hahaha gila psycho. Takdelah, memang tak la Nik Irfan yang handsome nak mampus ni kahwin dengan I. Hehe

Of course Chako's still my favorite guy. And I wanna marry him. InsyaAllah kalau ada jodoh la kan :)


Reason ? Sebab I rasa dia lelaki yang paling boleh handle I. Even dia kadang-kadang tak faham I. Even kadang-kadang kitorang gaduh sebab benda remeh. Tapi dia lelaki yang tak pernah merajuk lama-lama. Dia lelaki yang buat I marah tapi bila tengok muka dia terus tak jadi marah. HAHA. 

Maybe sebab dia bukan sweet talker and giving me fake hopes. Sebab dia jenis full of surprises. Too much to list out. He's just perfect to me. 

Ok dah, tak boleh lebih-lebih nanti orang tak suka baca blog I dah. HAHA. 

P/S : Tolong jangan buat korang dah jumpa Nik Irfan, I jealous !! Haha :P

Thursday, November 4, 2010

IS IT TRUE - Be careful with your pads girls !

Cerita ni I dapat dari Facebook. Real story was in Chinese tapi di translate kan ke Bahasa Melayu.

There's one Chinese girl. Dia datang dari keluarga yang susah dan ayah dia cuma penjual tuala wanita. So disebab kan keadaan keluarga diorang yang miskin tu, ayah dia terpaksa suruh this Chinese girl pakai tuala wanita yang dah expired.

After few months, Chinese girl ni mengalami loya, muntah-muntah, lebih kurang macam pregnant woman. So ayah dia of course la risau then bawak la anak dia ni pergi hospital. Surprisingly, doctor mengesahkan bahawa anak dia mengandung. But then bila tanya this Chinese girl ni, she said no. Reason ? She doesn't has any boyfriend or even having sex with someone. Plus, dia masih bersekolah.

After few scanning yang doctor buat, nak tahu tak actually apa yang dia kandungkan ? ANAK TIKUS ! 20 ekor anak tikus ok. Mungkin telur-telur tikus ni dah disenyawakan semasa period then masuk ke dalam ovari chinese girl ni. Doctor terpaksa buat pembedahan dan organ semua dah dicuci so that takde virus tikus ni dalam badan dia. End up Chinese girl ni dah tak boleh pregnant sampai sekarang.


ni la rupa anak tikus tu.

Conclusion, I'm not sure sama ada betul atau tak cerita ni. I just sampai kan je apa yang I baca. Sebab kalau betul, we have to be extra careful with our pads lepas ni la. Kalau salah ke, or kalau this is so impossible to happen, just let me know :)

P/S : Scary ok. Tikus sangat kotor. Cerita Ratatouille tu jangan nak percaya sangat. HAHA.

Broadband Digi ku boleh berjalan !

Hello, happy Deepavali ! *Tetiba

Ok guys, ingat tak pasal broadband Digi I yang hilang tu ? Well, Chako dah jumpa dah broadband tu. Tapi ada curious sikit. Ok jom tengok conversation ni.







Entah pape je la dialog. HAHA. Tapi lebih kurang macam ni la. Reason kenapa sampai ke rumah Seyn ? Well dulu kan Chako and Seyn berniaga mercun sama-sama. Masa tu Chako guna bag I untuk bawak semua mercun tu. Maybe broadband ada dalam tu kot. Lepas je habis puasa, Chako bagi semua mercun yang tak terjual kat Seyn. So maybe that's the reason why broadband I ada dalam rumah Seyn.

Oh by the way, kitorang dah ada hobby baru selain lepak Orange. Main Monopoly. HAHA. Dah tua-tua baru nak main. 

Jangan cakap I famous blogger, rasa disappointed.

Title mengundang. Ini mungkin enty panjang. BALAS DENDAM. Heh :P

Hello semua. Macam dah lama I tak update padahal baru dua hari. I perasan blog I macam dah kurang menyengat. Ewah ayat tak nak kalah. Maybe sebab I jarang blogwalking kot. Tapi alhamdulillah , dalam I jarang update pun Nuffnang still baik hati nak bagi I buffered earning.

And this time BE I dapat dari Era.Fm. Bercakap pasal radio Era ni, I teringat pulak zaman I muda-muda dulu. Bukan la makna I dah tua sekarang, cuma meningkat dewasa. HAHA. Ok, back to topic, ada one girl ni, her dad kerja kat Era kot. I'm not sure tapi yang I ingat dia offer I kerja DJ. I ingat lagi, dia suruh I cakap Era Rentak Muzik Terkini in my own style then email kan dekat ayah dia.

You rasa I buat ke tak ? Memang tak la. HAHA. Tak reti I nak cakap macam tu. Ynn pun cakap suara I rock. Hehe. But honestly , I lagi minat jadi VJ dari DJ. Kalau ada siapa-siapa nak offer I jadi VJ, I'll accept. Ala-ala Dottie gitu. HAHA.

Oh, berkenaan dengan title I. Kenapa disappointed ? Sebab visitors and comments I dah berkurang. Dekat shoutbox je lebih. Nak delete shoutbox macam sayang. So, I rasa nak ikut cadangan Lassie la. Try ubah background blog. Hitam mungkin mempengaruhi emosi. MUNGKIN. Hehe.


Gambar bagi dekat sikit biar nampak semua liang roma. Baru orang suka sikit tengok blog gua ! LOL LOL.

Oh by the way , pasal Nuffnang cashout issue tu, well benda tu dah settle dah. Thanks Nuffnang. Tapi lambat sikit la. I tak sempat nak cashout by end of October. Haih kena tunggu lagi a month. Tapi takpe kot. At least bulan 1 nanti, when new sem starts, takdela terkial-kial sangat duit nak beli revision book. Macam previous sems , nak beli buku mesti tunggu scholar JPA -.-

Ok, cerita pasal diri I. I sakit, eh tak tak bukan maksudnya nak mati. Heh. Belakang badan I sakit. To be exact, part tulang belakang tu, bahagian tengah. Err faham tak ? Cerita nya macam ni. Ada one night tu, I dah nak tidur. So as usual, tutup la lampu and bilik pun of course la gelap gelita apa pun tak nampak kan. Then I kebelakang la, dengan yakin nya rasa macam I dah sampai kat katil. Then I pun duduk la dengan harapan yang katil memang betul-betul belakang I.

Then you know what happened ? I terduduk atas lantai then belakang badan I terkena bucu katil tu. How nice kan ? Sakit dia sumpah tak terkata. Speechless terus. I menangis dengan teruk and bila I bagitau Chako, boleh dia bantai gelak ? What the ? Memang boyfriend yang sangat memahami. Tapi takpe, tak marah, sebab lepas tu dia pujuk I balik. Hehe.

Tapi memang la, sampai sekarang still rasa sengal dia. I don't exactly know what happened to my back. Lebam ke, patah riuk ke, retak ke, I tak tahu. Yang I tahu I nak letak minyak gamat kejap lagi. Hehe. Nasib baik tak ada apa-apa side effect sangat. Nak baring ke apa still boleh lagi. Cuma I rasa lenguh-lenguh badan je la.

as for revenge, I upload pic Chako paling buruk ! Liang roma dia lagi banyak dari I. Haha. Eleh, I tau mesti ramai cakap comel. Pffffftttttt :P

Ok lah, panjang sangat pun tak boleh. Takde siapa nak baca. Lain la blogger meletup. Tulis panjang samapi lantai pun orang baca. HAHA. Thanks for reading guys, love ya !

Monday, November 1, 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

Okay people, MelRomeo ada bagi giveaway domain for you all. So I telah ditag oleh Lassie so of course la I nak buat. I pun memang dah lama nak ada domain sendiri. Hehe.

So here we go ;





GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS
MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM


Closing date , 30 Nov so hurry up peeps. Good luck !
Next Previous Home