Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Friday, May 21, 2010

lenguh lenguh? jangan risau.

morning guys.
Baru sehari tak update kat blogspot, rasa macam berhari hari. Rindu nya kat blogspot. Ececece. Rindu lagi I kat buah hati ok. Jangan marah blogspot. Haha. Pagi-pagi dah merepek. Ini la kesan bila tak cukup breakfast. Pagi tadi I breakfast roti & hot Milo je. Bagi orang lain maybe cukup, bagi I, tak ! Tengok badan la kan, haha. Bukan apa, kalau pagi-pagi I tak cukup breakfast, mestu I senang mengantuk. Ni pun ada rasa nak tertidur dah. Zzzzz.


Ok lah, back to the topic. So semalam al kisahnya, I memang nak update blogspot ni, pasal Day 06 untuk 30 days project. Tapi I betul-betul takde mood, idea macam datang mencurah curah tapi tu lah, takde mood sangat untuk menaip. Sebab apa? Sebab dua-dua lengan I rasa lenguh sangat. Aduh, I paling benci kalau badan-badan I lenguh. Maybe ni effect sebab banyak sangat lemak dalam badan kot? Haha.


Lucky me, sebab my mom ada beli cream untuk hilangkan rasa lenguh ni. Nama cream ni PERSKINDOL. Seriously, untuk siapa-siapa yang selalu sangat lenguh-lenguh tangan ke, kaki ke boleh apply cream ni dekat tempat yang lenguh dia. Lepas je letak cream ni, kita akan rasa macam tangan kita panas, like we heat our own hand. Tapi tak ada la panas sampai melecur kan, cuma kita rasa la haba dia. And lama-lama lenguh tu akan hilang. 


Mula-mula I terkejut jugak dengan effect dia, tak sangka pulak ada cream yang betul-betul boleh hilangkan lenguh. Masa my mom suruh letak tu, I ingat takde effect langsung. Sekali, ambik kau, panas dia memang best. Fyi, I memang suka pakai cream yang bagi kesan panas ni, especially kalau sakit perut. Hehe. Tapi PERSKINDOL ni memang berkesan, dalam 5 minit macam tu dah hilang lenguh-lenguh. So if you guys interested, benda ni boleh didapati di mana-mana pharmacy. Cakap je nak PERSKINDOL Active Gel, for muscle aches and pains. Mesti ada punya.


gambar ihsan Mr Google

p/s : masih tercari-cari ubat untuk hilangkan period pain T.T

4 orang rasa saya gemuk tapi hot. aww:

ardinihumaira said... REPLY

perskindol! yeah nak try juga :)

hudhud said... REPLY

haha try jgn tk try ! betul2 bagus ni :)

MyraRahim said... REPLY

Nak hilangkan period pain, u kena amalkan makan Evening Primrose Oil (EPO). Lama-lama kalau u amalkan, kulit pun cantik.

hudhud said... REPLY

ohh thnks babe. nti i beli :)

Post a Comment

Next Previous Home