Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Saturday, July 31, 2010

My 10th Buffered Earnings

Hello people.. sroottt..srottt..


Sorry, sorry, flu lah. Hehe. Ni mesti sebab I kena habuk dekat bilik I ni. I tak tahu la kenapa lately ni senang sangat I allergic dengan habuk. Kadang-kadang rasa menyampah sangat sebab I tak boleh nak minum air sejuk, lepastu selera makan pun tak ada bila flu + sore throat. Ni pun nasib baik macam tak ada la demam sangat. T___T


Oh btw, dalam pada traffic I jatuh menjunam lately ni, Nuffnang baik hati jugak nak bagi I new Buffered Earning from Master Card. Thanks Nuff. Macam biasa lah, sayang lebih. Hehe. So, I rasa BE ni tak ada la bergantung pada traffic sangat. Betul kan? Tapi jangan la biar sampai tak ada orang langung masuk blog anda. haha.


Ok itu je la, simple update. Just nak share my happiness and sadness at the same time. Haha. Nak sambung buat assignment ni. 


Tata !

Starbukcs is the new weed.

While other girls are addicted to shoes, I'm freaking addicted to,


STARBUCKS !


Haiyaaa, I know we should ban Starbucks but I dah addict. Haha. Starbucks is the new weed kan? :P
I paling suka Java Chip. Sedap gila weh. You should try. It cost you about RM 14 + . Quite expensive tapi worth it ok. You bukan nak minum hari-hari pun kan? Try la !


photo by : google.

Ok, jom layan gambar Starbucks yang I search dekat weheartit.com  :D




the right one is one of my fav too. Caramel blended. Yummy



Ok dah la tu, kang ada yang terliur pulak. Hehe. But I tak boleh minum hari ni. Sebab I ada sore throat. Arghh benci  :(

P/S : I pernah try Coffee Bean sekali je. But dah tak ingat macam mana rasa dia. Haha. Well you guys prefer yang mana?  :)

beware of sex maniac in formspring.


HAHAHAHA acik dia lah ! Tang mana yang I sexy pun I tak tahu. Ala setakat baju nampak tali bra kat header tu pun dah dipanggil sexy ke? Come on la guys. I'm not wearing short skirts, or even hot pants you guys dah nak panggil I sexy? Bodoh nya you ni, haha. Lifeless betul awak ni ye.

Lain la kalau I pakai sexy nak mati, boobs pun terjojol. Tu memang salah I la kan. Biar lah orang bodoh ni teruskan benda gila dia tu. Kalau dia berani sangat, nak jadi sex maniac sangat, kenapa tak letak je profile dia? mana tahu ada bitches kat luar sana yang berkenan ke? Hahaha.

Lantak dia lah, tapi macam kena be careful la jalan dalam gelap. Kang kena tarik. Haha. Takpe, Chako selalu ada dengan I kalau I jalan malam-malam  :P

Nuffnang yang pelik or aku yang tak faham Nuffnang?

Ok, ok ada sedikit musykil di sini.


I ada 4 BE yang masih running. Yang I pelik, kat blog I, iklan BE je yang ada. Iklan-iklan lain tak ada pun. dan disebab kan itu, campaigns click I untuk minggu lepas hanya ada satu click sahaja untuk blog ini. T___T


Persoalan nya, memang begitu ke atau campaign dah kurang sebab traffic I drop gila? Memang drop habis la I cakap. dari 2000+ dulu, now dah jadi 600+ je. Sedih weh, mana entah readers I yang dulu. Uwaaaaa :'(


Ok berbalik pada topic kita hari ni, kenapa begitu jadinya ya? Bayang kan la kalau dah tak ada BE dalam blog I ni? Meaning that tak ada iklan langsung yang akan running ! Omg, so sad. I want more BE Nuff ! Hehe  :)


Hope siapa yang arif pasal ni boleh tolong jawab. I perasan hal-hal pertolongan macam ni, tak ada pun blogger otai nak comment? Haaa jawab, jawab. Hehe  :P

Lelaki paling hot Malaysia and Renoma !

With his new haircut, presenting........


NOT SJ, DEFINITELY
.
.
.
JEHAN MISKIN ? NO NO NO.
.
.
.
AARON AZIZ? SO NOT MY TYPE ! HAHA

Shakur la with his new haircut ! Haha.

Nak tengok wajah terbaru my Renoma? Jeng jeng jeng



Comel kan kan kan? Love you baby ♥

P/S : Tak boleh letak gambar sembarangan Encik Boyfriend kat sini. Nanti dia bising kenapa letak gambar dia buruk. Apakah? haha.

Friday, July 30, 2010

Change layout, again?

I love my current background. Tapi ramai sangat la yang complaint page load lembab. Haihh sedih pulak nak delete layout ni. I'm not sure apa yang buat lembab. Whether the widgets or what. Tapi serious, I buat all the widgets so that my blog ni reader friendly sikit.

I tengah fikir macam mana nak buat template baru ni. Definitely simple je. Maybe I nak guna basic template je. Letih nak edit-edit ni. Huhu. 

Siapa boleh tolong buat kan template blog I? Hehe :P

I love him, my blog and my new umbrella. haha

The best weekend, EVER !

hello ! ok ok, ada yang rindu I tak? Haha. Sorry sangat tak update blog. If you guys tengok ada yang update sikit-sikit tu, I update pakai phone je. haha.

So as i mentioned before, last Saturday my bestfriend, Wida datang KL kan? We had so so sooooo much fun okayy ! On Saturday gerak Pavilion je, shopping sikit, I sikit, Wida shopping banyak. Tapi sumpah rasa nak tercabut kaki. Tu pun tak habis round Pavi, kitorang terus gerak Low Yat. Cadangan awal nak pergi karaoke tapi tak jadi sebab vip room je yang ada. Tapi I yang bijak ni telah berjaya ambik contact card Red Box Low Yat.

ni je yang I beli. Bawah ni semua Wida punya.






Wida memang kaya raya anak hartawan HAHAHA.


So esoknya nak taw apa kitorang buat?

Esok tu, I call Red Box The Gardens, well paling dekat dengan rumah I, and luckily they have a room for 2 persons. Memang super murah. Bayangkan karaoke 3 hours for 2 person with reasonable price. Sumpah akan pergi lagi ! Hehe.

murah kan? 2 orang, 3 jam, sekali dengan lunch !




Ada satu part yang paling tak boleh blah. Time tu kitorang nyanyi lagu Empire State of Mind by Alicia Keys ft Jay Z. I bawak part Alicia Keys sebab high note kan. So I jerit la macam tempat karaoke tu bapak I punya. Lepas kitorang habis nyanyi je, dua-dua pakat gelak sampai keluar air mata. Sebab apa? Sebab tiba-tiba je Red Box tu senyap gila ha ha ha ha.

Dah habis karaoke, lepak Mid kejap, minum Caramel Starbucks sampai jadi addict sekarang ni. Haha. Then time nak balik rumah paling kelakar. I naik la lif and tekan floor 9. Dah sampai floor rumah I, I pun nak bukak la kunci semua. Nak cepat ni sebab kaka Wida dah tunggu kat bawah. Tapi punya la payah nak mampus nak bukak. I dah siap maki-maki kat situ. Dan tiba-tiba I terpandang number rumah kat pintu.

OMG, SALAH FLOOR !!!! ha ha ha ha ha ha

I and Wida gelak gila babi, naik lif tekan balik tingkat 9 and gelak lagi, baru la bukak kunci kat rumah I, yang betul punya. ha ha. Kelam kabut punya pasal. Kelaut sudah :P

Fuhh panjang entry ni. Ok, itu je la kot I rasa I nak cerita. Hehe. Ada banyak lagi update ni. Tak sabar pulak nak publish satu-satu. Haha. 

P/S : Siapa nak karaoke dengan I? Jom la sebelum bulan puasa ni. Hehe

Student UM mati jatuh dari bangunan kolej kediaman ke 12.

Terkejut I tengok berita ni tadi. I tengah blogwalking then suddenly I terbaca entry terbaru seorang blogger ni. Cepat-cepat I pergi ke website umtoday.


Kejadian ni berlaku kat hostel lama I. Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (KK12). Mangsa di katakan terjatuh ketika ingin ke bilik sebelah melalui tingkap. I rasa maybe arwah nak ke bilik sebelah melalui balcony bilik dia kot. I akui, memang senang nak pergi bilik sebelah melalui balcony. Maybe arwah tergelincir kot. Ya Allah, seramnya I dengar :'(


Mari sama-sama kita sedekah kan Al-Fatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Di sini I nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Dan ini juga sebagai peringatan kepada mana-mana UM students jangan la berani-berani lagi nak cross bilik sebelah melalui balcony je. Bahaya tau.


For more info, clik HERE


P/S : credit to NURIRAH. :)

blog I obesity ke?

I received some complaints yang mengatakan blog I lambat load. Is it? Sebab I open ok je. Tak ada la lambat sangat. So I nak mintak you guys punya opinion. Betul ke lembab ni? Kalau lembab I nak tukar layout lain :)



Terlalu lambat ke eh? Huhu.

malu la kita awak baca blog kita.

Title mengundang lagi.


Ish lepas ni tak boleh la I nak kutuk Encik Boyfriend selalu. Sebab apa? Sebab ni.



I tak tahu pun selama ni yang Encik Boyfriend ni silent reader I. Haha. Tiba-tiba hari tu dia mintak url blog I. I tanya nak buat apa. Dia cakap nak baca la ! Oh nooo, malu I. Dah la banyak ayat geli-geli dalam blog ni. Hehehehe. 

P/S : Anda mengalami pengalaman sebegini? :P

The Most Contest, alert !

hello peeps.
I'm super duper busy right now with classes and assignment. And plus I tak beli broadband lagi so memang jarang dapat online. 
So disebabkan itu, I nak panjangkan lagi masa contest yang I buat sampai 30 August boleh? Sebab I tak ada masa langsung nak survey hadiah :(
Kepada sesiapa yang join thank you so much.

Thursday, July 29, 2010

buat yang rindu

hello guys.
Sorry sangat dah lama tak update blog. But khamis ni I akan update. Banyak cerita ni hehe. Well ada few reasons why I tak update :

1. Repair lappie
2. Tak beli broadband sebab tunggu lappie siap.
3. Tak sempat pergi cc sebab busy with class.

Hope you guys boleh tunggu my new update. Thanks for all the comments :)

Sunday, July 25, 2010

Shahz Jaszle reply Twitter aku weh. Korang ada ke? Hahaha

Ok, ok fuhh dah berhabuk rasa nya blog I ni. Sorry dah lama tak update sebab I busy dating dengan bestfriend I, Wida. Dia turun KL on weekend so teman dia shopping semua. Nanti I update pasal weekend ni sebab I tak upload gambar lagi, tak ada usb. Hehe.


Tapi tapi, I ada berita hangat dan sensasi ni. Excited woi. You all kenal Shahz Jaszle tak? Ala, hero Tari Tarina tu? Hari tu I ada hantar tweet dia, I tanya dia sihat ke tak. Masa tu before dia nak pergi Friday prayer. But few hours after that dia tak reply. So I ingat dia tak kan reply la, hampa sikit. Haha


But then tengahari tadi, I pergi Red Box for karaoke then kat situ ada la wifi kan, laju taw ! I open my twitter and so shocked sebab tengok SJ reply tweet I !!! Hahaha tak percaya??



Hehe I love SJ sebab dia langsung tak sombong with fans. He's still the old SJ, never change. I'm so gonna support you forever, dude ! Keep on rockin !  :D



P/S : Bila dah dapat usb anda akan saksikan entry yang penuh dengan gambar. Be prepared. Haha.

Friday, July 23, 2010

Contest Aku & Ray Bon

Dah lama bebeno ghasenye *ok wtf change now.haha*, dah lama betul rasa nya I simpan hasrat nak join contest ni hehe. Contest yang dianjurkan ileh bro Caer ni. Contest apa? Ni ha dia ;


For more info, click HERE.

Ok, so gambar yang I pertaruhkan adalah ;


Hehe I edit sikit je masuk polaroid application :D

I nak tag :


Jom join contest best ni. Closing date 1st September 2010 :)

what do girls wish to have - Part 1.

DESIGNER SHOES ! It's every girls dream about.


CHRISTIAN LOUBOUTIN
Tahiti

SALVATORE FERRAGAMO
Iconic Varina Ballet Flat


JIMMY CHOO
Tyler

STUART WEITZMAN
Beadles Jelly Thong Sandal

Super expensive and that's what girls wish to have ! 

a simple announcement

hello people.
Thanks sudi jenguk and comment dekat blog I. Tapi buat masa sekarang I online pakai phone je so memang tak boleh nak reply every comments.

So sorry and thanks for your support. Love ya guys. :)

P/S : bajet artis pulak nk buat ucapan macam ni haha

I accident ! Wuuuuuu

Petang tadi, I and Chako plan nak lepak Avenue K, makan kejap. Then punya lah susah nya nak cari parking. Memang tekanan nak cari parking kat bawah Avenue K ni. Kalau dah tekanan, memang la maki hamun semua keluar. Haha. I siap gaduh-gaduh dengan Chako, and tengah sedap gaduh, sekali.

BAMM !


Hambek kau ! Gaduh lagi !

Chako dah marah gila babi. I bengang, keluar kereta, terus menangis kat tangga. Haha. Lepas tu Chako sibuk duk cari I. Ye la, sekarang dah baik. Dah kena pujuk. Ekekeke. Tapi, tapi, dasyat gila kan? Ni kalau nak ketuk mau RM 300 kena ni. Adoi laaaa -.-


Ni la dia tiang sial tu T____T

Huh sumpah tak nak masuk parking Avenue K dah. Gila sempit and gila sial kot. Camwhoring session dah terjadi before tu dah. Sebelum pergi Avenue K lagi sebab after dah balik tu dah macam menyampah gila, ha ha ha.


ni gambar last dalam kereta. Chako dah tak boleh bawak kereta dah T___T

Thursday, July 22, 2010

Kenapa ramai orang yang kutuk blogger otai?

Amaran awal, siapa blogger famous dan terasa dengan entry ni, harap maaf eh. Ni hanya dari perspektif I, blogger tepi jalan. Cehh cehh ayat mengundang. Haha


Ok, sekarang ni banyak yang I tengok blogger otai kena kutuk la, siap buat blog untuk maki diorang la. Tapi pernah tak kita atau blogger tu sendiri fikir kenapa benda ni jadi? Pernah tak? Ok, ini apa yang I rasa.


1. Blogger otai ni tak pernah nak jenguk blog kita, apa tah lagi comment.
- Korang bayangkan la, korang jadi followers dia. Hampir setiap entry korang comment. tapi blogger ni tak pernah sekali pun jenguk blog korang. Apa tah lagi comment, memang harapan la kan. Apa la salahnya jenguk kejap, sekali pun ok kot? Beratus ribu sangat ke orang yang korang nak jenguk tiap hari? Lama-lama kita pun fed up dengan blogger otai ni. Tu yang dari follower terus jadi enemy tu. Kita orang Melayu, orang berbudi, kita berbahasa. Return the favor la. Bukan la nak mintak sangat. Tapi tu common sense la. Tak kan tak boleh nak fikir?


2. Orang yang mengutuk tu dia memang jealous dengan blogger otai ni
- Ni tak boleh buat apa la. Maybe dia jealous blogger otai ni dapat cek dari Nuff ke. Tak pun dia jealous sebab blogger ni ramai followers ke. Yang penting, sifat cemburu memang tebal dalam diri dia. Haha.


3. Orang yang kutuk ni tak faham kenapa blog blogger otai ni boleh famous.
- Haha ni pernah terjadi kat I. Tapi I tak ada la sampai mengutuk blogger otai ni. I pun tak faham apa yang orang suka sangat pasal blog dia ni. Nak cakap banyak tips, biasa-biasa je. Paling banyak pasal life dia je. I tulis pasal life I langsung tak ada orang nak comment. Life I tak best kot? hahahaha. Kena tunggu I jadi model la macam ni, lepas tu ada dslr  :P


4. Blogger otai ni pernah kutuk dia secara tak langsung.
- Ini pun boleh jadi jugak. Ok let say la korang ni kaki hangout kat Pavi setiap Sabtu. Lepas tu tiba-tiba blogger otai a.k.a blogger idaman korang ni maki habis-habisan orang yang lepak kat Pavi every Saturday. Confirm-confirm lepas korang baca korang terus anti blogger ni betul tak betul tak? Haha.


Well, tu je la dari pandangan I. Maybe orang lain ada banyak lagi pandangan masing-masing kan. Senang cerita, I pun pernah kena macam point num 1 tu, so last sekali I decided, I malas dah nak ambik kisah kalau orang duk cerita pasal blogger otai ke famous ke apa ke. Nanti tak ada la nak sakit hati, kan kan? Memang la blog dia, dia suka hati nak buat apa kan? Kalau suka hati, buat je la blog tu sendiri, baca sendiri. Ye la, ikut suka hati kau kan. 


Haha, terasa? Chill la  :P


Anyway, ni pendapat I je, ada yang setuju, ada yang tak. Negara demokrasi ni, kita bebas bagi pendapat kan?  :)


P/S : Jangan tipu la kalau korang tak terasa @ tak pernah kena macam point num 1 tu. Hipokrit gila T___T

for tumblr, formspring and twitter active users.

Hey guys.

This is just a simple update, or shall I say, announcement.

I'm an active tumblr, formspring and twitter user. And I'm searching for someone yang active on using those 3 social networks to add. Simple, you add me, I add you back.

Reason I did that? Sebab it's really hard to find active tumblr and twitter users. Formspring ramai la jugak. So hope you can add me or follow me on those sites.

Inform me when you dah follow ok? Just comment kat sini. And for the link, tu dekat menu tab ada :D

Thanks

Kontest Kisah Cintaku.

Fewwittt. Ni I join contest geli-geli lagi. Jangan korang muntah baca cerita I dah la. Haha.


Click gambar untuk ke contest info :)


So, macam mana mula-mula I kenal Encik boyfriend? 

Al kisah nya, kitorang ni dah lama jadi kawan kat Myspace. Haha malu nak cerita. Kan dulu Myspace ni ada community. Chako ni join community SAJO. Apa tu SAJO? Entah lah, haha. Tapi leader SAJO ni kira macam orang cakap, 'budak hot' la. I mula-mula agak segan jugak la nak tegur Chako ni kat Myspace tu. Ye la, budak community hot la katakan. Hahahahaktuihh!  :P  

Tapi sebab dah add, so I tegur la. And as I expected, dia tak reply pun. Hampa T____T  
Tapi ! Selepas dalam beberapa minggu macam tu baru dia reply. So our relationship just macam tu je la, berbalas-balas comment. Tapi si Chako ni memang lembab sungguh ha nak reply comment. Beberapa minggu lepas tu baru dia reply. Sekarang ni kalau nak check balik, boleh kira dengan jari kot berapa I comment dengan dia. Ha ha.

So then one day, I ajak dia lepak. Sebab I bosan sangat. And I baru broke up time tu. Ye la time couple mana ada I keluar dengan lelaki lain. Time break la masa nya nak kembali muda. Haha takdelah. Entah kenapa time I ajak jumpa tu, rajin pulak dia reply. Dah jodoh kot, cehh cehhh :P

So we met and the relationship as a friend goes on sampai la dia mintak couple dengan I on 10th October tak silap I. So I accept and two days after that, his ex girlfriend wanna be with him, again. Can you imagine that? How hurt I am masa tu. But I tak salah kan dia, dia pun baru break dengan that girl. So I bagi je la dia nak couple dengan that girl. Ok, skip this part, hurt sangat. Huhu.

We broke up. Then few weeks after that, he broke up with that girl. I'm a bit shocked. Sebab I tak expect pun sebab dia macam madly in love je with that girl. Oh lupa nak cakap, sepanjang kitorang break tu, we still contact macam biasa. Ok, so next part ni yang best ni.


Beberapa hari sebelum 18 November 2009, dia ajak I datang rumah dia, rumah family dia ok, jangan fikir bukan-bukan. Hehe. Dia cakap ada surprise. I punya la excited, siap kira lagi berapa hari tu. Kenapa I excited? Sebab I tak pernah dapat surprise apa-apa. Even on my birthday, tak pernah. Haha. Ok so then I pun pergi je la rumah dia. Yang kelakarnya, anak buah Chako, si Adam ni, hampir-hampir kantoikan plan dia. Adam memang, mulut tak boleh cover. Dia la yang selalu rosak kan plan orang. Haha. So nak tahu apa surprise nya?

A CANDLE LIGHT DINNER !

hello, tak pernah ok I dapat macam ni ! First time taw. Imagine, ada kerusi and meja, and lilin. Makanan dah ada, time tu Nasi Lemak dengan fresh orange. Ish, kelakar je bila fikir balik. Hehe. And yang paling sweet, Chako pasang lagu 'I'm Yours' by Jason Mraz. And bila part Jason Mraz tu cakap 'I'm yours', then dia akan tanya I, 'apa you yang dia cakap tu?'. Ha ha ha how sweet. 18 November, I tak kan lupa, the rest of my life  :)

Dah 8 months we together, bukan tiap hari happy. Macam-macam benda yang jadi especially bila hal pasal ex girlfriend dia ni bangkit. Ex dia pun selalu sangat nak cari dia. Tekanan? Yeah, tapi I still pertahan kan relationship ni. I believe, kalau kita sungguh-sungguh, Tuhan tak akan hampakan kita. Yeah, Tuhan tak hampakan I. Our relationship getting stronger everyday. And one day kitorang decide, jangan gaduh lagi sebab perempuan tu. Not worth it kan?

Honest said, dengan dia la I paling banyak menangis. Dengan dia la I paling banyak happy. He complete me. Chako la satu-satu nya orang that love me with sincere. I gemuk, I tak cantik, siapa nak? Selama ni I couple, lelaki semua nak duit I. Even ada ex I tak bayar lagi duit I. Tapi dia? I tak sangka, seriously, ada orang boleh terima I. Ok jap nak lap air mata. Haha over !

And and I rasa nak buat poem la. Jap loading loading... Pikir jap..

Hidup bukan selalu nya bahagia.
Tapi pasti satu minit dalam hidup itu akan ada bahagia.
Kalau kita punya satu yang bisa melengkapi segala,
untuk apa yang lain?
Mungkin yang lain lebih puas.
Tapi apa guna puas tanpa bahagia.
Harta akan hilang. Tapi cinta akan selalu ada.
Sampai mati juga ada dibawa bersama jiwa
Bagi aku, kamu itu jiwa, darah dan roh yang melengkapi.
Kamu itu bahagia yang muncul di kesedihan.
Kamu itu senyuman yang muncul bila menangis.
Kamu itu mimpi yang ada di waktu tidur.
Kamu itu segala.
Tuhan, kalau kebahagiaan yang ini jangan dibawa pergi ya?

Ok, as usual, indo slang please !  :D

Chako cakap, I sorang je yang faham dia. I dengan Chako banyak persamaan. Apa yang I rasa tentang orang, apa yang I tengok environment I, orang ni macam mana, orang tu macam mana. Semua sama. Kami melihat dari perspektif yang sama. Weird kan? Bila kita jumpa orang yang 100% sama macam kita.

Kalau ada jodoh, ada la. Chako pernah cakap, dia tak boleh bayangkan if we two break up. Macam tak ada sebab untuk break. Cuma one thing je I rasa nak lempang-lempang Chako ni. Suka sangat flirt kat Facebook ! Depan-depan I lagi tu ! Haha. Hobi Chako di masa lapang kalau nak tahu, dia suka buat girl perasan. So kalau ada yang terkena ayat manis Chako ni, buat bodoh je la ok? Haha.



Fulamakatak, panjang gila entry ni. Memang gila. Haha. Layan je la ok? So, I galak kan bagi siapa-siapa yang nak share cerita cinta dia, boleh la join contest ni. Tapi tak perlu la sampai buat movie 1 jam setengah kot? Hehe. Hopefully I menang !  :P

P/S : Cerita I belum cukup gempak lagi nak buat movie. Tapi kalau ada sesiapa nak buat ok gak. Ha ha ha

Attention to all Hotel City's players.

I nak mintak tolong ni. Kepada sesiapa yang main Hotel City, boleh tak you guys jadi pekerja I ? 10 workers needed. Tolong eh? Wages berbelas ribu I kena bayar kot T___T

If yang tak ada Facebook I lagi boleh la add tapi bagitahu dulu anda dari blog I ok?

Thanks ! Hehe.


Wednesday, July 21, 2010

What's really happening in the end of 'Inception' ?

Hello Leo. You wanna get in my dream? hihihihi


Ok siapa tak tengok Inception lagi sila angkat tangan ! Anda rugi ! Sebab movie ni sangat gempak bom bom kebabom lah I cakap. Top 1st box office movie in US okay. I dah tengok, lama dah. Antara orang pertama yang tengok movie ni kat malaysia. Bangga weh. Haha thanks Nuff


Ok pada sesiapa yang dah tengok movie ni mesti you guys tertanya-tanya apa sebenarnya yang jadi at the end of the movie kan? Perasan tak yang metal top tu spin tapi sebelum kita nak tengok metal top tu jatuh atau tidak, movie tu dah habis. If jatuh, meaning that Leo in reality, but if keep spinning maksud nya Leo's in his dream.


Mengikut Yahoo Movies dalam artikel INI, banyak spekulasi yang dibuat tentang ending cerita ni. Nak tahu apa spekulasi tersebut, boleh la click link tadi. Tak berapa nak faham English, you can always use google translate and if tak faham jugak, boleh la tanya I. Hehe  :P


Bagi I ? I rasa dia still dalam mimpi dia. Sebab? Anak dia sama dengan apa yang dia selalu nampak dalam mimpi orang lain yang dia masuk tu. And metal top tu macam lama je dia spin. Kan kan? Ish pening lah. Mintak-mintak ada 'Inception 2 - The return of the dreamer'. Hahaha suka hati I je buat tajuk sendiri  :P


So once again, siapa yang tak tengok lagi 'Inception', sila cepat-cepat pergi tengok movie ni. Don't miss out, sangat rugi ! Sebab movie ni ajar anda berfikir, seteruk mana pun realiti, ia selalu lebih memuaskan dari mimpi. I rasa la  :)


tiket kenangan dari Nuff  :D

Low Yat, E71 and secret plan.

Morning peeps. Perasan tak I semakin banyak pulak simple update kan? Hehe. Ok la, entry ni saja je nak cerita what happened in my life for the past few days.


So semalam I ke Low Yat dengan biasala siapa lagi kalau bukan Encik Boyfriend dengan teman gay nya iaitu Seyn. Ha ha ha. I nak cari external hard disk and Alhamdulillah I dah dapat satu. And actually, I pergi repair phone I sekali.


Ye phone E71 yang I baru beli tu rosak sebab tangan I yang gatal ni.


At first, I download banyak la jugak themes. Then I start gatal dah, download application pulak. I download application flip font. Then bila dah install semua, dia suruh I restart phone. Hah, memang restart la sangat kan ! Terus I tak boleh on phone I. I message Rara and pagi tu baru dia reply, dia cakap flip font tu apps yang dah rosak T____T  Rugi tak tanya Rara awal-awal. Kalau tak takdela melayang duit i RM 190 semalam repair phone je T___T


Agak lama jugak la kitorang semalam kat Low Yat. Mula-mula pergi kedai ni nak repair phone, then dia cakap kena letak phone sehari kat situ. Then Chako cakap tak payah, takut macam-macam pulak benda yang dia curi kat situ. Then kitorang hantar kedai lain, dia suruh tunggu 1 hour untuk dia check apa yang rosak. After 1 hour, dia bagitaw apa yang rosak then suruh tunggu lagi sampai dia call. Hah kitorang apa lagi, terus balik la hahaha.


Dalam petang macam tu baru I, Chako and Seyn gerak Low Yat balik dengan Seyn's mom. Tapi singgah sogo kejap makan sate Auntie Seyn belanja then naik monorail to Low Yat. Waiting for that Chinese guy at Starbucks then here it goes, my phone ! He he sedih I tau berjauhan dengan dia. Heee  :D  


Itu semalam, dua hari lepas baru I tahu yang blogger famous a.k.a kawan satu campus I ni, duduk satu blok dengan I. Ha ha. Ain la dia tegur I masa I turun bawah. I tak nampak dia pun, I rabun. Or shall I say yang I blur? Ha ha ye blur. Ok la lepas ni ada la gang nak borak-borak nanti.  :D


And for today, tengah sedap-sedap hujan ni, I tak boleh sambung tidur la pulak sebab pukul 9 dah nak kena gerak ke UM. Haiyaaa so malas T___T


Well, phone dah siap, boleh la snap snap like mad lepas ni. Haha. Chako cakap dia nak tolong I sikit supaya blog ni lagi gempak. Apa kitorang nak buat? Tunggu la. Tak tau la gempak ke tak, tapi kat overseas dah famous la cara ni. Hehe. Tunggu tau !


Thanks for reading guys !


sarapan pagi. HAHAHA
Next Previous Home