Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Wednesday, June 23, 2010

bestfriend anda lelaki ke perempuan?

Siapa tak ada bestfriend ? Mesti semua orang ada kan. So hari ni I nak story sikit pasal bestfriends I. I ada 3 bestfriends. 1 lelaki, 2 perempuan. Diorang ni la yang faham I the most and yang selalu share problems dengan I. Nak tahu siapa? Jom jom.


Bestfriend I yang pertama, 


JUSTIN BIEBER !

kah kah kah kah terkena korang ! Tak ada lah, ni sampai mati pun belum tentu boleh jadi bestfriend I. Hihihi.

ok back to the topic, bestfriend I yang pertama, nama dia Amat. Dia sebaya dengan I. Dia ni masuk I, pecah, cepat emo, macam-macam lagi lah. Yang kelakar nya dia ni tak boleh makan McD. Ha ha ha memang kelakar. Pernah sekali tu dia makan sampai muntah kat McD. Gross. Macam ni punya orang pun ada ke? Hehe. Yah dia emo sikit. Kan I dah ada Encik Boyfriend kan sekarang. So I jarang la lepak dengan dia. I ajak dia lepak, dia tak nak kalau I bawak orang lain. Apa ke pelik nya tu. Maybe sebab dia rasa dia susah nak get along dengan orang kot. Lagipun I tak explain kat dia yang Chako tu ok je terima semua orang. Tapi kan, memang semua lelaki macam tu ke? Dengar perempuan ni nak bawak bf dia ajak lepak sekali, terus tak jadi lepak T_________T

ini amat. di lokasi kejadian muntah. HA HA.

Bestfriend yang kedua, Athina. I kenal and rapat dengan dia sejak Form 3 lagi. Dia ni dulu tomboy. Well actually bukan la tomboy sangat pun. Just dia macam gothic pun ada kadang-kadang, entah la. HA HA. Dia minat The Cure. Kipas-susah-mati kot. And and, dia sangat cantik tapi dah ada yang punya ok ! Melepas korang hehe. Kenapa I suka kawan dengan dia? Sama la, dia faham I, dia dengar semua masalah I. Dia bagi pendapat.And yang buat I still friend dengan dia sekarang sebab dia ni jenis tulus. Cakap straight to the point je. Senang. Sabtu lepas I ada jumpa dia kat KLCC. Tapi sempat salam je sebab dia dengan her mom. Fuhh dia ni kalau berjalan, muka ketat je. Orang nak tackle pun seram. Tapi, pakai macam rockstar gila ! Ha ha. Oh ya, Athina dah meet up dengan Chako and I'm happy sebab diorang boleh get along together :)


ni masa I teman dia betul kan Iphone. Lepas tu I jumpa Chako. He he

And lastly, AWIDA ! Ni I kenal masa matrix. Banyak ni memories dengan dia. Memory paling best masa kitorang jadi stalker. I minat si 'A' ni, yang Awida ni minat dengan kawan si 'A' ni jugak. So apa lagi? Memang best la jadi stalker bersama-sama. Yang best nya time graduation dinner, kami sama-sama dapat snap pic dengan lelaki kesayangan kami tu. Masa tu lelaki kesayangan ok. Sekarang lelaki kesayangan dah tukar. He he. I ingat lagi first time I masuk class tu, orang first I tegur adalah Wida ni la. Haha. Wida pun dah jumpa Chako, and so far they get along very well :)


tengok tu wida kaya doe ! HA HA.

Fulamak, terpanjang pulak entry ni hehe. Well, I dah cerita pasal bestfriend I. Bestfriend korang macam mana pulak? :)

3 orang rasa saya gemuk tapi hot. aww:

pinkyytia said... REPLY

bestfwen tia 2 owg boy,
gurl ? entahlahh,
hard to find yg btol2 truefwen, :(

hudhud said... REPLY

@pinkyytia yup, susah nak cari truefren skg :)

an.afiqah said... REPLY

yes . payah nak carik .. kadang2 boy lebehh bagus jadik bff .

Post a Comment

Next Previous Home