1. Toiletries. Apa ni? Barang-barang mandian la. Ni penting ni. Kalau tak bawak tak kan nak pinjam sabun kawan baru korang kot? Buat malu je. Lain la kalau korang dah lama sikit, bukan setakat sabun, nak pinjam berus gigi pun boleh. Haha geli nya ada ke orang share berus gigi? Gross.
2. Sabun pencuci baju. Ini pun penting jugak ni. Tapi kalau korang dari tempat yang jauh, let say macam dari Johor nak study di KL ke, I suggest beli sabun pencuci yang serbuk tu je. Yang kecik tu je. Sebab nya, masa orientasi, korang memang tak kan ada masa nak basuh semua baju. Tapi yang dalam-dalam tu wajib basuh ok ! So, lepas seminggu baru beli pencuci baju yang stock 2 bulan punya tu ok. Hehe
3. Baju yang korang nak bawak nanti tak perlu la sampai satu almari. Baju kurung harus ada bagi perempuan. Lelaki? I rasa baju formal pun kena bawak jugak. Sehelai dua dulu cukup la. Lama lagi korang nak mula dengan presentation. :)
4. Alat tulis. Ok, kalau alat tulis korang dah cukup serba lengkap ada kat rumah, bawak je semua tu. Tapi kalau takde, contoh macam pembaris ke, pemadam ke pen ke, tak perlu nak beli siap-siap dari hometown. Leceh tu nak bawak banyak-banyak. Nanti class dah start betul-betul baru la beli !
5. Bantal, selimut perlu ke? Ini depends on your hostel la. Tapi kalau macam I dulu, tak bawak pun. Sebab UM dah ada. Just bawak bantal busuk je. hehehe kantoi ada bantal busuk :P
6. Important documents. Ni penting ! Untuk urusan ptptn dan kad matrix. Gambar passport kena cukup. Medical report lagi. Korang mesti dapat list kan sebelum masuk uni? So, follow the list.
7. Jangan sesekali bawak laptop waktu dua bulan pertama di hostel. I tak galak kan. Sebab kita pun tak kenal lagi room mate kita macam mana kan? Kita tak kenal lagi environment tu macam mana. Nanti laptop kena curi, sia-sia je.
8. Sama juga macam lappie, duit tak perlu bawa banyak-banyak. Sebab? Orientasi adalah time yang paling busy dan memenatkan. Time ni la u guys akan tertinggal purse la. Misplaced la. Nanti duit kemana, u all kemana. Wuuu
9. Kalau ikut I, time seminggu orientasi tu tak perlu nak bawak pakaian banyak-banyak pun. A week after that baru bawak sikit-sikit. Tapi I fikir ada jugak orang yang belajar jauh-jauh kan, so tak kan seminggu sekali nak balik. So nasihat I, bawak la pakaian yang cukup untuk 2 bulan. Tak kan dalam tempoh 2 bulan tu korang tak nak balik rumah? Tak homesick ke? Hehe
10. Al-Quran & Yasin. Baca time malam pertama anda di hostel. Faham kan kenapa? :)
Itu je la yang I ingat buat masa ni. Kalau ada apa-apa tambahan I akan update. Excited pulak tengok korang nak masuk uni. Teringat I dulu-dulu hehe. Memang serabut dan kecoh kalau last minute check. So better korang semua plan awal-awal apa nak bawak. Berapa bag, senang cerita, buat list. Nanti tak la serabut especially bila time orientasi tu, anda tak bawak apa yang diorang suruh. Silap-silap boleh kena denda. So, good luck for those yang berjaya dapat masu IPTA or IPTS, study smart ! :D
anda bukan budak Tahun 1. Jadi pergi la daftar diri sendiri. Ingat, dah jadi pelajar Universiti kena pandai berdikari bukan pandai bercinta ! Ewahh. ha ha ha :P
p/s : tak suka time orientasi sebab i keras kepala. Tak suka dengar cakap orang. Bayangkan la faci tu, kita baru kenal dia lepas tu dia nak denda la, marah la. Hello, I sebaya dengan u ok ! Haha I memang rebel :P
11 orang rasa saya gemuk tapi hot. aww:
haha. msa dftr i g ndn mummf and da kot. haha. org laen semua sorg je. giler malu =.='
wah,,,senarai lengkap nie,,,bgus2,,,tips mmbantu,,,nang blek klu free,,,thx,,,
tp i xdpt msok U :(
tahniah cik huda..ilmu tu penting..boyfrenz 2nd..
aha, sekarang semua tengah mood 'kembali ke campus masing2'. hehe. berguna nih. :D
@ayaa alyy hehe kenapa tak pergi sorg? :)
@Eza Rashid membantu ke? hehe thx
@lassiegewdix nxt year kan ada syg :)
@snowy erk. kalau dua dua penting tkleh? haha
@tiqaa hehe boleh la dikira berguna jgk eh? :P
tak payah bawa byk2 brg..bawa diri and kpurluan je..slebihnya pgi pinjam ngan member bru..bru ble kenal budi pekerti kwn dan dapatlah ramai kwn..hehe
Post a Comment