Notes

1. I don't do tutorials anymore.

2. I rarely update my blog due to my health condition.

Thanks for your concern :)

Friday, June 4, 2010

Entri sedikit handsome

Fuhh memang dah bersawang habis la blog ni. Ada jugak la update sikit-sikit hari tu tapi rasa nya macam tak best je. Sampai visitors this week pun telah jatuh mendadak. Tidak ! I dah di zaman kejatuhan ke? T.T

But nevermind lah I update sikit apa yang I buat for few days ni.

Jumaat lepas, which is on 27th May my parents datang KL sebab nak uruskan adik I register KLMU. We're staying at KL International Hotel. Tapi yang bestnya, hari Jumaat tu jugak la I keluar dengan Chako and my sister sekali. Tapi kesian jugak tengok adik I yang gem gem (GEMUK haha) tu berpeluh-peluh ikut kitorang jalan. Ye la, I dengan Chako memang jalan laju gila la stock macam tiada hari esok di shopping mall haha. My sister siap cakap 'Aku tahu kenapa kau kurus. Sebab kau jalan laju.' Haha takde motif .Tapi bengang sikit sebab my sister tangkap gambar macam orang Parkinson. Lastly, gambar ni je yang lawa pun -.-



see that? Berat bertambah T.T

Then malam nak balik dari Pavi tu, Chako ajak kitorang balik hotel naik Metro Bus. Punya la cuak gila. Sebab hotel yang my family stay tu dekat dengan Chow Kit, so macam seram je. Dah la I tak biasa Chow Kit area ni. Huhu. But then Chako follow kitorang sekali la just dia stop kat Wangsa Maju. Rupa-rupanya, tempat yang bas tu stop dekat gila dengan KL International Hotel tu. Boleh jalan kaki kot, tapi beria naik taxi sebab my dad suruh. Tambang teksi nak taw tak berapa? RM3.40 je hahaha !

So the next day, I bangun awal. Dalam 4 pagi macam tu kot. I memang tak biasa kalau tidur tempat baru memang senang terjaga. Mandi semua then my parents, I and my bro pergi breakfast kat coffee house. My sis yang gem gem tu tak ikut sebab dia tidur. Cehh dia yang nak pegi register hari ni, I plak yang excited bangun awal -.- 

Around 9 am macam tu kitorang gerak la KLMU. Padahal register start at 10am. I dah bising kat my dad apsal pegi awal gila? Tup tup sampai KLMU tu hah, orang dah beratur panjang gila macam nak tengok concert Justin Bieber Timberlake. Sebab tak tahan sangat nak tunggu, my dad biarkan je my mom and my sis uruskan hal-hal register tu, then kitorang balik hotel tidur. TBB (tak boleh blah) kan? Haha. 

Ahad pulak just jalan-jalan je temankan my sis cari baju and barang-barang dia kat condo dia. Actually hostel, tapi biasa la private college kan, so diorang bagi student condo la. Ada swimming pool kot tapi malangnya student tak boleh mandi kat pool tu. Apakah? -.- Tapi I jealous sebab my dad kata nak bawak TV yang tak guna kat rumah tu nak letak kat rumah sewa adik I. Eh mana boleh ! I nak dulu tak dapat pun ! GRRR.

Well, hari hari yang lain macam biasa je. Nothing special happen. But semalam, which is Wednesday, I baru angkat barang dari rumah sewa lama ke rumah sewa baru dengan bantuan kawan kepada bestfriend I, Wida. Namanya Eton. Thank Eton sebab tolong I :) Fuh lega rasanya dapat pindah dari ex housemate yang annoying sangat. Tak perlu la nak cerita detail nanti memalukan diorang je. Cukup la I cakap annoying, SUPER ANNOYING. Dah la nak naik kan lagi harga sewa bilik I tu. Nasib baik I dah pindah. I tak tahan sebab mahal sangat, asyik nak bayar maintenance je. Entah apa yang dia baiki pun I tak tahu. Setakat flat mat rempit biasa tu yang ramai Indo tu sewa sampai RM170 termasuk bil air api and maintenance. Acik dia lah. Memang I terus keluar la.

Rumah baru I best. 
Ada swimming pool.
Housemate best and tak sombong.
Ada washing machine
Ada Astro. Macam-macam ada. Haha.

Walaweh panjang pulak update kali ni padahal basically about my routine je haha. Bosan? Apa kata bagi request apa-apa nanti boleh la I buat research sikit sebab I pun tengah super free ni, sem break lah kata kan. Hehe. Well apa apa pun, thanks for reading

0 orang rasa saya gemuk tapi hot. aww:

Post a Comment

Next Previous Home