Click gambar untuk ke contest info :)
So, macam mana mula-mula I kenal Encik boyfriend?
Al kisah nya, kitorang ni dah lama jadi kawan kat Myspace. Haha malu nak cerita. Kan dulu Myspace ni ada community. Chako ni join community SAJO. Apa tu SAJO? Entah lah, haha. Tapi leader SAJO ni kira macam orang cakap, 'budak hot' la. I mula-mula agak segan jugak la nak tegur Chako ni kat Myspace tu. Ye la, budak community hot la katakan. Hahahahaktuihh! :P
Tapi sebab dah add, so I tegur la. And as I expected, dia tak reply pun. Hampa T____T
Tapi ! Selepas dalam beberapa minggu macam tu baru dia reply. So our relationship just macam tu je la, berbalas-balas comment. Tapi si Chako ni memang lembab sungguh ha nak reply comment. Beberapa minggu lepas tu baru dia reply. Sekarang ni kalau nak check balik, boleh kira dengan jari kot berapa I comment dengan dia. Ha ha.
So then one day, I ajak dia lepak. Sebab I bosan sangat. And I baru broke up time tu. Ye la time couple mana ada I keluar dengan lelaki lain. Time break la masa nya nak kembali muda. Haha takdelah. Entah kenapa time I ajak jumpa tu, rajin pulak dia reply. Dah jodoh kot, cehh cehhh :P
So we met and the relationship as a friend goes on sampai la dia mintak couple dengan I on 10th October tak silap I. So I accept and two days after that, his ex girlfriend wanna be with him, again. Can you imagine that? How hurt I am masa tu. But I tak salah kan dia, dia pun baru break dengan that girl. So I bagi je la dia nak couple dengan that girl. Ok, skip this part, hurt sangat. Huhu.
We broke up. Then few weeks after that, he broke up with that girl. I'm a bit shocked. Sebab I tak expect pun sebab dia macam madly in love je with that girl. Oh lupa nak cakap, sepanjang kitorang break tu, we still contact macam biasa. Ok, so next part ni yang best ni.
Beberapa hari sebelum 18 November 2009, dia ajak I datang rumah dia, rumah family dia ok, jangan fikir bukan-bukan. Hehe. Dia cakap ada surprise. I punya la excited, siap kira lagi berapa hari tu. Kenapa I excited? Sebab I tak pernah dapat surprise apa-apa. Even on my birthday, tak pernah. Haha. Ok so then I pun pergi je la rumah dia. Yang kelakarnya, anak buah Chako, si Adam ni, hampir-hampir kantoikan plan dia. Adam memang, mulut tak boleh cover. Dia la yang selalu rosak kan plan orang. Haha. So nak tahu apa surprise nya?
A CANDLE LIGHT DINNER !
hello, tak pernah ok I dapat macam ni ! First time taw. Imagine, ada kerusi and meja, and lilin. Makanan dah ada, time tu Nasi Lemak dengan fresh orange. Ish, kelakar je bila fikir balik. Hehe. And yang paling sweet, Chako pasang lagu 'I'm Yours' by Jason Mraz. And bila part Jason Mraz tu cakap 'I'm yours', then dia akan tanya I, 'apa you yang dia cakap tu?'. Ha ha ha how sweet. 18 November, I tak kan lupa, the rest of my life :)
Dah 8 months we together, bukan tiap hari happy. Macam-macam benda yang jadi especially bila hal pasal ex girlfriend dia ni bangkit. Ex dia pun selalu sangat nak cari dia. Tekanan? Yeah, tapi I still pertahan kan relationship ni. I believe, kalau kita sungguh-sungguh, Tuhan tak akan hampakan kita. Yeah, Tuhan tak hampakan I. Our relationship getting stronger everyday. And one day kitorang decide, jangan gaduh lagi sebab perempuan tu. Not worth it kan?
Honest said, dengan dia la I paling banyak menangis. Dengan dia la I paling banyak happy. He complete me. Chako la satu-satu nya orang that love me with sincere. I gemuk, I tak cantik, siapa nak? Selama ni I couple, lelaki semua nak duit I. Even ada ex I tak bayar lagi duit I. Tapi dia? I tak sangka, seriously, ada orang boleh terima I. Ok jap nak lap air mata. Haha over !
And and I rasa nak buat poem la. Jap loading loading... Pikir jap..
Hidup bukan selalu nya bahagia.
Tapi pasti satu minit dalam hidup itu akan ada bahagia.
Kalau kita punya satu yang bisa melengkapi segala,
untuk apa yang lain?
Mungkin yang lain lebih puas.
Tapi apa guna puas tanpa bahagia.
Harta akan hilang. Tapi cinta akan selalu ada.
Sampai mati juga ada dibawa bersama jiwa
Bagi aku, kamu itu jiwa, darah dan roh yang melengkapi.
Kamu itu bahagia yang muncul di kesedihan.
Kamu itu senyuman yang muncul bila menangis.
Kamu itu mimpi yang ada di waktu tidur.
Kamu itu segala.
Tuhan, kalau kebahagiaan yang ini jangan dibawa pergi ya?
Ok, as usual, indo slang please ! :D
Chako cakap, I sorang je yang faham dia. I dengan Chako banyak persamaan. Apa yang I rasa tentang orang, apa yang I tengok environment I, orang ni macam mana, orang tu macam mana. Semua sama. Kami melihat dari perspektif yang sama. Weird kan? Bila kita jumpa orang yang 100% sama macam kita.
Kalau ada jodoh, ada la. Chako pernah cakap, dia tak boleh bayangkan if we two break up. Macam tak ada sebab untuk break. Cuma one thing je I rasa nak lempang-lempang Chako ni. Suka sangat flirt kat Facebook ! Depan-depan I lagi tu ! Haha. Hobi Chako di masa lapang kalau nak tahu, dia suka buat girl perasan. So kalau ada yang terkena ayat manis Chako ni, buat bodoh je la ok? Haha.
Fulamakatak, panjang gila entry ni. Memang gila. Haha. Layan je la ok? So, I galak kan bagi siapa-siapa yang nak share cerita cinta dia, boleh la join contest ni. Tapi tak perlu la sampai buat movie 1 jam setengah kot? Hehe. Hopefully I menang ! :P
P/S : Cerita I belum cukup gempak lagi nak buat movie. Tapi kalau ada sesiapa nak buat ok gak. Ha ha ha